.

Tuesday, June 14, 2011

Teringat waktu dulu.

Ini bukannya post yang Nostalgic. Ini juga bukan karangan My First Time.

1. Masa aku muda muda dulu Zaman Hot Stuff waktu awal Form 4,aku pernah pergi satu farmasi ni. Aku admit,satu farmasi tu pekerja dia awek comel belaka. Aku tak tahu mungkin satu kedai farmasi tu,ada leak gas hormon ke apa yang buatkan pekerja depa horny,setiap sorang dari tu senyum kat aku lain macam. Aku buat bodoh je lah,anggap depa ni mesra. Masa aku nak beli barang barang lelaki tu,ada jugak lah yang dok sebelah borak borak. Okay,dorang sangat friendly.

Sampai dekat cashier,beliau terus kata "Kalau saya cakap saya nak kat awak,awak nak tak kat saya?". Aku rasa macam aku mimpi atau igauan kreatif semata mata. Dengan straight forward masa tu aku cakap "TAK NAK". Terus muka dia mencuka gila gila yang obvious teramat,dia sumbat barang barang aku dalam plastik dengan penuh tension. Aku senyum,cakap Terima Kasih dan terus blah bawak barang barang aku.

2.Masa waktu selepas SPM. Aku ada duduk kat Starbucks KLCC tengah menunggu Mak aku shopping kat dalam Parkson tu. Dengan penuh ketenangan menghirup air yang lazat,tetiba makcik sebelah tu tegur. Borak borak. Friendly gila. Nama dia Datin Roziah. Ingat lagi. Aku pulak jenis yang suka berkawan,layan je lah apa dia cakap. Dia kata laki dia sekarang dekat Bahrain.

Tiba tiba dia dah start mula menghorny dengan aku. Aku dah pelik apahal makcik ni? "I sebenarnya sunyi,husband I dah lama tak dengan I. I need someone to be with. And I found that you are quite interesting and sweet. You want to come over to my home sweetie?".

"No thanks Datin. Im not into these kind of matters"

Sekali lagi apakah aku dalam mimpi atau dunia yang nyata? Dengan penuh kegelian,aku terus blah from the spot. Taknak aku jadi Anak Ikan. Dah la Menopaus.


Dua insiden ni buatkan aku bertambah sedar realiti ni macam mana. Sesuatu yang sangat lain kot. Selalu mestilah common kan dalam Harian Metro,ada anak ikan la,tu la,ni la. Mungkin rasa macam kurang percaya sikit kan? Tapi,bila dah kena sendiri,baru tahu realiti tu macam mana.

Gila apa. Tiba tiba borak borak perempuan dah boleh naik horny macam tu. Satu benda yang sangat menakutkan. Serius. Takut gila. Syok tu ada la sikit sikit

Aku pelik kenapa orang boleh anggap benda benda macam ni kecik kan. Semua benda jadi murah sangat in realiti. Memang lah,kengkadang nafsu tu naik menghangat boleh jadi kabur mata depa. Aku pun tak boleh cakap sangat.

Masa tu memang aku tak sangka benda macam ni wujud. Mana taknya baru habis SPM. Kalau dah ada tu fine lah aku lambat sikit. Kalau aku sangka pun,aku tak expect yang akan aku saksi sendiri depan mata. Haish. Banyak lagi macam macam yang aku saksi,macam,couple comolot dalam kereta kat UM,drebar kereta Proton Saga pakai helmet,etc etc. Selalu benda benda macam ni mungkin dapat tahu dari Internet,tapi bila nampak depan mata,ish.

2 comments:

Unknown said...

layan lah datin tu.HAHAHA

Kucing Serius. said...

Kau gila. Ahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...