.

Wednesday, June 1, 2011

IQ jatuh ke bercinta? Atau orang IQ jatuh je bercinta? Part 1

Statement nak gempak je kan? Okay okay. Nak cakap pasal cinta ni. Satu benda yang semua orang pernah rasa. Aku sendiri pun pernah rasa dulu. Sekarang punya,err,maaf ye. Percintaan aku dengan Lisa Surihani terpaksa dirahsiakan dari public. Alamak,terbagitau pulak.

Aku sendiri pernah tengok ramainya orang jadi bodoh bila bercinta. Aku pun pernah rasa. Dan memang rasa bodoh gila. Tapi aku tak menyesal. Benda tu jadi pengajaran untuk aku. Mematangkan aku,dan buatkan aku lagi faham dengan cinta ni. Pasal tu lah sekarang Lisa Surihani steady je dengan aku dulu. Cuma tiba tiba dia dengan gosip dengan Yusry pulak. Aku pun,dump lah dia. Ehem. Sii Saleha dah ada. Ehem.

Okay back to the topik.

Betul ka IQ orang jatuh bila bercinta? Ataupun korang ada rasa yang orang IQ jatuh je bercinta? Kejam tak statement. Ahaha.

Well,aku pernah baca dan khatam satu buku tebal ni,dulu ada jual kat MPH Bookstores,taktaulah kat Kedai Buku Gula-Ika ada jual kan (Hehe. Hehehe. Hehehehe),buku ni title dia Why Men Wants Sex And Why Women Needs Love. Geli kan tengok aku baca? Ahaha. Tapi okay lah. Laki ke perempuan ke,baca buku ni baru faham badan korang macam mana.



Dia state dekat dalam buku,yang "Bila seseorang tu bercinta,IQ anda akan jadi rendah dari biasa" . Dah translate dalam Bahasa Ibunda from English of course.

Aku tengok pun,memang betul lah. Cuba tengok sekeliling. Ada banyak kan kes tinggal mak bapak pasal balak depa,pergi kahwin lari sampai ke Lombok. Macam macam. Pasal pada waktu tu,otak tak boleh nak berfikir dengan waras. Menyebabkan anda pandang yang "Cinta tu adalah segalanya". Gelinya aku cakap macam tu. But it is a fact. Aku pernah rasa sendiri.

Pasal tu jugak lah,aku dah tahu jugak kenapa wanita boleh sayang seseorang tu dengan sepenuh hati jiwa raga. SESEORANG je tau. Bukan ramai. Tak kira lelaki tu muka buruk kontrak Indon ke,atau Bangla yang kerja isi minyak. Dan jugak,aku dah tahu kenapa lelaki boleh kahwin empat. Hehe hehehe hehehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...