"Kucing gemokkkkkk. Bangunnnnnnnn." Terjah Faiez yang datang secara tiba tiba dari dimensi ke berapa entah.
"Sakit kepala aku tak hilang lagi ar. Makin sakit ni. Serious. Teruk gila rasa."
Suara itu pudar. Lalu aku kembali ke dalam kepada Salmiah Sawi ku cuba nak menuju Plaza Masalam. Nak makan Pelita Nasi Kandar.
Baru nak duduk, aku nampak Megat dengan warga kerja beliau tengah dok borak pasal projek RM500 Juta tu. Hebat Megat ni. Muda muda lagi dah borak pasal projeck berjuta juta.
Lalu sebuah rompakan berlaku. Segalanya bertukar menjadi cemas. Cemas melampau. Berdebar debar tau. Berpeluh pulak tu. Dah lah baru nak duduk, tak ambik nasi lagi pun. Cis. Namun, Megat berjaya menyelamatkan keadaan. Dengan aksi heroic beliau, para perompak tak jadi nak merompak Pelita Nasi Kandar itu. Takut angat angat. Megat ni ada superpower.
Beberapa minit kemudian, Jack dan warga polisnya datang untuk mengutip maklumat maklumat yang ada. Setelah selesai, warga polis semua bersorak menjerit slogan yang sama,
"Jom Dota! Jom Dota!"
Namun kedatangan YB Lemmy pula mengubah keadaan. Semuanya terkagum sebentar dengan dialek Kelantannya serta Neelofa yang dibawa. Fuh. Kenapa seksi sangat Neelofa kali ni.
Neelofa. Neelofa.....
Neelofa.....
.
.
.
Segalanya terus pudar. Kembali gelap. Cahaya samar samar kembali muncul dengan perlahan. Aku kembali di bawah meja studio. Segera aku keluar melihat jam. Oh.
Aku mimpi lagi rupanya tadi. -.-"
----------------
Tahukah anda, tidur kat studio boleh generate minda untuk berfikir macam macam dikala mimpi? Kalau tidur kat rumah, best je lena macam apa. Tapi bila kat studio ni, apa yang telinga aku dengar, itu yang aku mimpi. Padahal dorang nak kejut je pun, aku akan mimpi yang dorang tu kejut aku. Dorang cakap pasal Dota, aku mimpi orang main Dota.
Tapi yang Neelofa tu datang sendiri lah dalam mimpi. Ehem.
Dah berapa hari aku tidur kat sini, dah macam macam mimpi aku dapat. Syaiton Nirrojim gamaknya. Cis. Cilaka Syaiton. Shuh shuh. Pergi jejauh.
2 comments:
sayangnya disitu bila neelofa datang dengan orang lain.
kang best kalo dia datang usap usap kau..
tula tidur tak basuh kaki..;p
Post a Comment