.

Sunday, September 11, 2011

Impak Blogging Terhadap Diri Aku.Tak Tahu Lah Kalau Korang Rasa Benda Sama.

Ini adalah entry cerita biasa. Pasal hidup sendiri je.


Yeah fine. Aku buat entry ni pasal nak rumuskan kejap apa yang aku dah buat sepanjang cuti sem ni. Isnin ni dah bukak kelas. Kembali ke studio,kacau orang buat kerja,makan Kayu Nasi Kandar Seksyen 7 waktu lunch,tidur bawah meja bila mengantuk,etc etc. Hidup separuh normal akan bersambung. Tapi tu semua sem lepas.

Aku harap kali ni lebih normal dari last sem. Pasal aku tak sewa rumah atau duduk hostel memana. Aku ulang alik Sg Buloh dan Shah Alam. Dekat je. 20 minit fun drive. Dah ada Salmiah My Cayunk Bucuk Bucuk Comel.

Ehem.



Bila tengok balik apa yang aku dah buat sepanjang sem,aku cuma banyak spend on dua benda. Tolong Mak aku dan jugak blogging. Yeah. Honest. Banyak jugak benda lain aku buat. Kerja sambilan sikit sikit,kacau orang sikit sikit,etc etc. Tapi dua ni yang lebih sikit.

Oleh kerana aku banyak tertumpu kat blogging,banyak benda ni bagi effect kat aku. Mengubah diri aku. Aku bukan macam dulu. Honest. Sangat berbeza.

Dan aku happy gila dengan aku yang sekarang ni. *joget kucing*

Rasa Lapang. Pikir Banyak Pun Rasa Lapang.
Yeah. Honestly. Actually aku ni seorang yang sangat sangat berfikir banyak. Tapi,yang tak bestnya,aku fikir banyak tapi aku tak dapat nak cerita. Honest. Dulu pun ada studiomate aku cakap,

"Weh,kau tidur berkerut doh. Mak aku kata orang tidur berkerut ni fikir banyak. Kau fikir apa?"


Tapi aku tak dapat nak jawab. Tak terjawab pun. Aku selalu fikir banyak,tapi benda yang merapu rapu je. Entah apa apa,pelik pelik. Bukan kuat fantasi,no. But fikir pasal benda benda realiti.

Aku terlebih sangat cari jawapan kenapa,apa,bagaimana,bla bla bla tu semua pasal sesuatu benda yang tak ada kena mengena. Setiap masa. Dan aku memang tak akan puas hati kalau aku tak dapat jawapan yang konkrit. Tambahan pulak aku ni seorang yang sangat observant.

Observant + Terfikir Banyak Persoalan = Serabut.


Pasal aku fikir macam tu,ada banyak chain reaction dari tu.

Kadang kadang orang tengok aku ni blur. Aku pun tak dapat nak fokus apa orang cakap. Orang boleh cakap A,apa yang aku sebut pun pasal A,tapi aku fikir pasal Z. Sangat jauh. Tak ada kena mengena.

Because of that jugak,aku tak boleh buat rumusan masa dulu. Aku tak boleh nak explain secara lisan kat orang yang suka potong orang cakap. Mostly studiomates aku. Pasal dorang memang tak akan paham apa yang aku cerita. Aku ingat lagi ada presentation pasal CTU aku kena cut halfway. Aku rasa macam dah buat entry dah masa tu.

Tapi entry yang separuh jalan. Panas je masa tu.



Bila aku dah aktif gila blogging ni,renew semua,identiti baru,etc etc, aku dapat cerita banyak benda yang aku pikiaq. Honestly. Bila start cerita,ada dapat feedback. Aku rasa puas. Sangat puas. At least,burden yang aku simpan ni aku dapat keluar kan. Burden fikir benda benda tak penting tu,dah habis keluar.

Aku rasa lapang gila. With that,aku dapat buat benda lain yang lagi penting dengan fokus.

Aku dapat bagi total fokus bila practice buat drawing. Dapat fokus bila bercakap. Aku berjaya ignore benda lain bila aku duduk dengan family. Aku dapat khusyuk time solat.

Aku dapat bagi total fokus bila buat sesuatu tu berbanding dulu. Dulu mungkin tak boleh buat rumusan,sekarang boleh dah. Dulu aku tak boleh explain sangat dengan lancar. Sekarang ni so far so good dah. Semua gara gara main thing,which is aku dapat fokus setelah lapang dada berblogging ni. Lepas tu baru aku dapat fokus benda lain.

Family aku pun cakap yang aku dah berubah banyak sejak blogging.

Aku Jadi Minat Membaca. Sangat Minat.
Dulu aku memang sangat allergic dengan buku. Aku tak suka. Aku tak suka novel. Aku tak suka surat khabar. Aku tak suka membaca. Tapi bila aku dah aktif blog,bila rasa lapang,rasa bosan,aku rasa macam nak baca blog orang lain.

Tu permulaan aku suka membaca. Aku blogwalking,baca,comment. Kalau tak comment pun,aku like kalau aku suka. Aku baca setiap blog,rasa macam seronok. Bila dah bosan baca blog yang pasal personal and lovey dovey,aku start baca blog yang agak serius dan matching dengan apa yang aku selalu fikir dulu.

Lagi tambah generate lagi apa yang aku fikir. Tambah lagi entry entry aku.



Sampai at one time,aku rasa terkongkong dengan dunia blogging. Aku taknak tersangkut dalam blogging je. So,aku keluar. And ada sekali tu paling teruk,bila aku kat luar pun,kat Pavillion,aku rasa nak membaca. Dalam diri ni asyik membuak buak nak balik rumah pulak pasal nak membaca.

Masa tu jugak,aku tiba tiba terjumpa Times Pavillion,masuk dengan selamba,godek apa yang aku jumpa kat situ,dan habiskan duit terakhir bajet seminggu aku kat situ.

Eversince that,aku banyak membaca. Tak kira apa. Each time kalau aku keluar,aku akan standby any reading material dengan aku. Nampak buku kat kedai je aku pergi. Aku tak boleh duduk diam kalau tak membaca.

Tiba tiba jadi kucing buku. Bukan ulat tau. Ulat tak comel. Ehem.

Malas Keluar. Sakit Mata Tengok Dunia Luar.
Aku boleh kira berapa kali je aku keluar sepanjang cuti sem ni semata mata nak enjoy. Mostly aku keluar pun,keluar pasal ada hal. Jadi PA Mak aku. Drive sana sini. Jadi drebar berbadan Seth Tan. Ehem.

Dan each time bila aku keluar tu,akan muncul lah idea idea entry yang akan hilang bila aku jejak kaki kat rumah.

Aku memang agak tak suka dengan dunia luar,pasal sejak cuti sem ni duduk rumah,banyak benda yang aku realize. Pemahaman aku pun berubah pasal reading and blogging. Aku lagi nampak banyak benda tak kena kat luar tu. Sangat banyak.

Sakit mata ni. Honestly sakit mata. Cukup dah apa yang aku nampak dalam alam maya ni. Nak tambah lagi dengan dunia luar.

Dari rasa sakit mata tu,muncul persoalan banyak. Sangat sangat banyak. So,better aku cuma keluar sekali dua dan jadikan tu source nak buat entry entry aku,berbanding keluar selalu buatkan aku serabut pasal sakit mata.

Membantu Aku Mengubah Diri Aku.


Ini. Okay. Memang,aku yang sekarang ni adalah seorang yang berbeza 4 bulan lepas. Sejak dulu lagi,bagi aku,setiap kali bangun tidur,aku nak jadi lagi better dari semalam. Tapi aku tak dapat nak bergerak,pasal aku tak fokus. Bila aku dah dapat rasa yang macam blogging and reading buatkan aku lagi rasa puas,seronok dan beneficial,membantu aku untuk fokus,aku continuously buat benda ni.

Dan aku dapat tengok balik,progress aku dulu dan sekarang macam mana. Dapat tengok perubahan aku macam mana dari dulu sampai sekarang based on my entries.

Yeah. My past experiences were quite full with lessons. Macam mana nak masak ikan rebus dengan betul,macam mana nak bukak tin Whiskas guna paw,etc etc. But aku tak dapat ambil lesson tu fully kalau aku tak fokus. Bila aku blogging ni,membantu aku nak fokus dan muhasabah diri.

Tambah tambah lagi dengan rasa puas hati dan seronok tu,lagi rasa lapang. Banyak lagi chain reaction dia yang lain atas hidup aku. Chain reaction yang positif.

Banyak Kenalan Baru. Megan Fox Pun Jadi Member Aku. Ehem.

Yang aku tau,Megan Fox ni bela kucing bernama Nyek. Haaa.


Hehe. Kenalan baru,memang. Tapi aku bukan dapat kenalan baru based on Follow You Follow Me Back tau.

Kenalan baru aku pun,banyak yang satu kepala. Aku notice,bloggers semua BANYAK yang open when it comes to friendship,berbeza dengan non bloggers,pilih bulu. Honestly. Ini apa yang aku nampak.

Macam bila aku join Sahabat Blogger punya gathering,ramai tegur macam dah kenal lama dah. Padahal banyak yang aku baru kenal hari tu,dan the day before that. Tak ramai yang kenal siapa aku. Tengok tengok tiba tiba aku dah menang Award Blogger Paling Kecoh. Aish. Malu tau tittew. Aku ni pemalu. Tak tau kecoh tang mana. Ehem.

Tu baru gathering Sahabat Blogger.

Eversince that,aku tambah aktif gila dalam blogging,dapat kenalan ramai lagi through group Facebook. Dari Megan Fox sampai lah ke Haikal. Dari Nyamuk,Panda,Rabbit. Kucing UPM. Krew blog Memadam Komplikasi. Macam macam. Lepas tu betul betul jadi kowtim. Seronok rasa dia. Aku dapat banyak kenalan baru bergelar bloggers. Another whole new world exposed to me. *joget kucing*

Away Dari Henset. Jimat Topap.
Yang ni actually,aku baru notice tadi je. Baru tadi.

Actually,tadi baru dapat duit PTPTN. Ehem. With that,aku nak bajet sikit duit aku. Buat kira kira nak bajet monthly. Masuk bab bajet topap je,aku tengok balik,aku rasa macam tak perlu. Sangat tak perlu.

Kalau dulu aku boleh jadi RM30 topap sehari masa kat UiTM,sekarang RM20 sebulan paling maksima. Puas hati.

Yeah. I dont use much of phone during cuti sem. Pasal aku banyak melekat dengan laptop. Anything,nak lepak mamak dengan member,contact ikut Facebook. Anything through Facebook. Multipurpose. Ping blog,sambil contact kawan. Taip entry,sambil Facebook.

Check hp,banyak dah unread messages. Hehe. *buat muka comel*



Now these are my,boleh kata kesimpulan hujung cuti sem, based on aktiviti yang paling banyak aku buat sepanjang cuti sem ni,which is blogging. Aku suka dengan dunia blogging ni,I am loving it,I am happier with it,dan blogging ni sangat bagi effect kat diri aku ni dan banyak benda lain.

Kalau orang kata blogging ni tak berfaedah la,bila blogging selalu je terus kata blog addict la. Nak kutuk itu ini la. Aku dapat kata orang yang macam ni sangat sangat singkat pengertian dorang. Honestly. Setiap orang buat sesuatu tu,ada sebabnya,ada pro dan kontra dia.

It helps myself and it helps other people as well. Selagi beneficial pada aku ataupun readers,selagi tu aku buat.

Aku tak tahu lah kalau korang rasa benda yang sama jugak masa blogging? Korang dijemput sangat sangat untuk share sekali. Nak tahu jugak story korang. :D

31 comments:

Syafiq Salim said...

yuyu polo blog hang !!
style dok komen aku...hahaha

yunZatie said...

blogging wat aku ari2 berpikir tanpa henti..berpikirrrrr...

Muntos said...

senyuman kepuasan. senyuman kebahagiaan. weh aku pun rasa benda yang sama. (menyeka airmata)

Ked said...

stujuuu!!fon aku sampai mati sendiri x dek bateri..hahahaha..papehal kontek aku kt fb je..blogging mmbuatkan aku lagi teruje sign in blogger dari fb..

.::: mr IQ :::. said...

addict blog.. aku lalui semua itu. Dan aku tulis berdasarkn apa yg aku lalui. X mau org lain jadi sama seperti aku yg dulu. yup, pengertian aku tu mungkin sangat2 singkat. (Tacing la plak. huhu)

Berblog selagi mampu. Asalkan ia tidak melanggar syariat, sudahlah. teruskan blogging utk kebaikkan diri dan org lain... :)

Zyla said...

betul! betul! berblog ni memang mengubah kehidupan kita. kalau dulu bosan bila dok menghadap fb je tapi skrg bila dah ada blog, rutin harian zyla diisi dengan pelbagai info dan cerita oleh blogger2 yang zyla follw. ta kisahlah apa og nak cakap ttg kita yg mcm obeses sgt dgn blog janji zyla puas dgn apa yg zyla buat!.

Anonymous said...

Well. Aku rase blog ni membantu aku luahkn pe aq rase n sedikit sebanyak build up confident aku. Sbb kalau kenal depan2 n dgar aku bcakap. Aku quite laju bercakap,n talkative. But asyik tersasul je ble bcakap.tp x gagap. Haha. So,bile aku berblog. Sdikit sebanyak membantu aku lebih fluent bercakap. Smpi satu mase,aku bcite kt bf aku. 'td,SEMASA bos dtg. U see that,SEMASA? Haha. So,bole improve skill bcakap n penggunaan bahasa. Haha. And hnstly,ble aku pegi tgk blog org sane sini rase pemikiran aku lebih luas. And aku x sesoSIAL dlu,dlm mase yg same aku bekerja tp dgn blog aku stil updated,and lebih pemikiran matang. Ehem. So,even aku xhangout. X melepak. Tp dgn adenye blog aku dpt ilmu, and jadi sorang yg lebih kuat berfikir plus blog ni sedikit sebanyak membuang sifat ignorant aku dan menginsafkan aku. Alhamdulillah. Serious aku suke entry ni ohh ;) yg penting kite berblogging happily. Blog ni da mcm our soul. Da cam boyfriend aku da blog ni. Haha :p *mak aih panjangg da cam entry. kit sebanyak build up confident aku. Sbb kalau kenal depan2 n dgar aku bcakap. Aku quite laju bercakap,n talkative. But asyik tersasul je ble bcakap.tp x gagap. Haha. So,bile aku berblog. Sdikit sebanyak membantu aku lebih fluent bercakap. Smpi satu mase,aku bcite kt bf aku. 'td,SEMASA bos dtg. U see that,SEMASA? Haha. So,bole improve skill bcakap n penggunaan bahasa. Haha. And hnstly,ble aku pegi tgk blog org sane sini rase pemikiran aku lebih luas. And aku x sesoSIAL dlu,dlm mase yg same aku bekerja tp dgn blog aku stil updated,and lebih pemikiran matang. Ehem. So,even aku xhangout. X melepak. Tp dgn adenye blog aku dpt ilmu, and jadi sorang yg lebih kuat berfikir plus blog ni sedikit sebanyak membuang sifat ignorant aku dan menginsafkan aku. Alhamdulillah. Serious aku suke entry ni ohh ;) yg penting kite berblogging happily. Blog ni da mcm our soul. Da cam boyfriend aku da blog ni. Haha :p *mak aih panjangg da cam entry.

aiEz said...

fuhh panjang,heh...

ak pn perasan jgk bila ak berblogging ni,sblm ni kurang sgt nk membaca ni sume,tp bila dah buat blog ni kena bykkan mmbaca jugak..baru dpt hasilkan sesuah entry...biler ak berblog jugak ramai dapat knalan alam maya ni,sdikit sebanyak ada juga brkongsi idea sesama yg lain..:)

Namee Roslan said...

kucing...aku pun sama. aku ni jenis yang tak suka keluar rumah. so aku sunyi tu yang aku buat blog tu. aku fikir aku nk create satu group untuk cari kawan baru. :) hehe nnti blog dah luas kita boleh start buat business kan. btw, megan fox tiru aku. hhahaha

lagi satu, otak kita sentiasa befikir untuk update blog. so kita harus banyak membaca kan!

A'an said...

Hey! Kucing kat UPM sini sumpah comel!! Gebu je. Tak nampak macam kucing tepi jalan langsung!! Hyperactive pulak tu..

*realiti bukan pasal aku*

Syazwan Che Deraman said...

aku pun sama, suka fikir, and sometimes blurr sebab mulut susah nak explen apa yang difikirkan.

.lepas terlibat secara serius dalam blogging, aku jarang keluar..

bestnya blogging ni, kita boleh dapat banyak info and some pengajaran..aku perasan, aku lebih berinformative berbanding kawan aku sebab blogger ni pantang jika ada berita menarik je, mereka akan post and kita dapat aklumat tu bila blogwalking.

cantik megan fox melayu.
hhehehe..

Syazwan said...

lagi banyak pro dari kontra, definitely (:

.drakula. said...

baik bila kita berfikir kita perlu dan tidak baik bila kita tidak berfikir dan buat andain terburu-buru...

berblog kepada aku amat berguna ,ada banyak benda yang tidak mampu kita ucapkan dengan kata-kata tetapi blog mampu membantu kita untuk meluahkan apa yang tidak terkata...

setidak-tidaknya kita tidak terpasung di dalam diri sendiri.

aimanayie said...

heh... smua geng2 atas ni dah ckp.. aku cuma bley setuju jah XD

Unknown said...

nasib baik tak boleh anyam tikar dalam blog kan? kalau tak..

peeehh aku bygkan kucing anyam tikar alam maya...

aku suka blog.. bila aku blog aku ada ramai kawan..

ramai nak kawan ngan aku.. dan kini aku menambahkan lagi liga2 kawan...

kawan opis, oldskool, kereta, badminton, mamak, gunung,.. dan blogging...

mas saari said...

berblog sekadar untuk kepuasan! rasa sangat puas kalau dapat update dan share story dengan kawan2..heheheee

eyjalukman said...

haha first time dtg cni sbb kak namee :)

good luck in your study bro !
blogging ni oke je sbnrnya klu kita pndai manfaatkan dia .
lagipun dr kutuk2 org , baik tulis bnda faedah kan .

Shahada Fauzi said...

mostly blogger akan merasai penyakit addicted dgn blog..me too..hoho..

tapi aku tulis belog sebab aku memang suka menulis dan berkongsi idea..lagi satu sebab aku suka membaca..bile jdi blogger akan jumpa ramai kawan blogger yg lain yg suka berkongsi cerita mereka dlm belog..so that dari situ kita akan saling berkongsi..^_^

PearlKaz said...

oh! saya masih mencari cara utk stop berfkir nak buat entry bila time solat... huhuhu.. kdg2 tgh solat pun boleh terfkir nak tulis ape kt blog nnt.. huwwaahaha~!! *nampak sgt solat tak khusyuk* =,=

Unknown said...

itulah seronoknya kucing mengenal kucing2 lain.

Unknown said...

stuju ngan impak yg ko kena tu... aku pn rasa mcm tu.. dan salah satu yg aku dapat dlm blogging ni, social skill.. aku susah bab bercakap ngan orng ni sbb kurang konfiden nak cakap,dan blogging ni ubah aku.. aku mula konfiden tuk bcakap, mengeluarkan idea, etc..

Guru said...

setuju bab banyak membaca sebab berblog...

LynnAiza said...

WOW! imprresed dgn kau pnye entri. and for me, yaaa, sangat best blogging. mcm apa kau cakap, segalanya boleh luah dlm blog. ikut hati masing2. xyah nak simpan2. ape kau nak cakap, just go on. dan yang penting, bloggers semua awesome(setakat yang aku kenal selama ni)! tak belagak.senang buat kawan. :P

Unknown said...

blogging mmg bagus.. tp jgn addicted sgt.. :)

Unknown said...

blogging mmg mngubah cara berfikir bertindak dan gaya bahasa aku..seriusly ! huhu

Benjamin Ali Rifqi said...

a'laika salamun,

wahai inche kucin ! terasing 2 fun >_0 siyes coz i've been in ur paw n still am (not really urs)! haha

i officially following ur blog n 4 da very reason is. . . "*joget kucin"
sumpah, diz catch my attention 2 read da rest of ur blog ! kipidap bro ! humor yg sgt berkualiti


fii aman Allah,

L.N *joget kucin phg style >_0

Dr. Bentara said...

part negatif camana pulak?

Unknown said...

aku pun rasa cam baik je sebab ade blog ni , tak merempit da , tak beromen da,meh kasih lahh. huhu. apasal aku tak dimention? tacing wokkkkkk~

TSYA'Z (~_^) said...

pnjg entry.... tpi aku bc gak smpi abes... nk tahu gak apa ko rasa, so kna bc abes... :)

mia kaftiya said...

same, aku pun suke berfikir, kadg sambil basuh pinggan. *basuh pggan kan tagn je yg bergerak* kepala aku mula berfikir. mcm2 bnde. padahal aku pun tak tau ape yg aku pikirkan. sampailah bila aku dpt keyword tentg apa yg aku pikirkan, terus aku menulis. x jgk tlis dlm blog. Tapi tulis! dlm buku, dlm lappy. just nak keluarkan buah fikiran tu.

at last sekarg, aku mula berjinak2 utk jd penulis. heheh.. the power of thinking!.

Rara said...

aku pun banyak berfikir. tapi kadang-kadang ada bnda best nak cakap tu, mesti tunggang tebalik kalau kat blog.so, how?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...