.

Tuesday, June 7, 2011

Selebriti Internet On The Rise.

Follower dah naik 100++! Sebagai seorang blogger yang masih noob,aku terkejut. Tak perasan pun follower naik macam tu. Haha. Apa yang aku buat bila blog cuma hapdet post baru dan reply comment kengkadang. Thanks untuk semua yang follow! *buat muka kucing jantan*

Okay. Tadi aku bukak Youtube,setelah menghabiskan kerja tolong abah tadi. Dengan duduk keseorangan di dalam bilik,berasa kegembiraan internet yang laju,diberkati lagi dengan angin yang sejuk dan malam yang indah.

Aku bukan apa. Sedang aku bukak Youtube,tiba tiba ada satu video cover of a girl,nama dia hhhanaaaa. Okay tu nama channel Youtube dia. Dengan tudung sempoi nya,bila aku tengok betul betul,aku dengan penuh saspen perhatikan beliau menyanyi. "La,adik kawan aku rupanya".



Betul. Aku kagum dengan dia. Try tengok video dia yang lain kat channel dia. Nyanyi dia best. Bagi aku better dari Ainan Tasneem atau artis youtube lain. Abang dia pulak nyanyi lagu metal best. Pernah jugak dengan abang dia melalak dulu kat hostel. Aku rasa darah seni tu memang ada dalam family dia. Nama dia ni Hannah Agong. Masih bersekolah,dan aku nampak sangat potential yang besar dengan dia.

From nyanyian Youtube,sampailah ke tulisan blog,aku tengok dia ni memang berbakat yang tak-habis-olah lagi. Blog dia best untuk budak umur macam dia. Boleh jadi famous ni satu hari nanti. Betul ni. Aku tak tipu. Aku tengok blog dia apa yang aku nampak cuma potential,potential,dan potential. Cuma kena asah je lagi ni,and some more commitment je. Youtube dia tadi buatkan aku wajib letak cerita pasal dia promot dia ni.

Rasa rasa macam nak pay a visit, click here . Aku tak terkejut kalau dalam masa beberapa tahun lagi,bila dia dah makin besar,dia jadi famous nanti dekat Internet.

1 comment:

abdul said...

haikal ke? bassist aku tu...bge2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...