.

Tuesday, June 7, 2011

Dia sibuk. Dia busy. Aku sunyi. Aku perlukan teman. KONON

Merujuk kepada title,sebenarnya aku nak cakap bukan pasal aku. Ya. Bukan aku. Tapi,aku pernah menjadi mangsa keadaan macam atas tu. Bila aku yang sibuk,dan dia perlukan teman. Lebih kurang lah. Masa dulu dulu. Zaman jahiliah dulu. Masa muda muda dulu. Setahun yang lepas. Ehem.

Kejadian yang berlaku masa tu,sangatlah mengubah hidup aku. Betul. Ehem. Ok taknak cakap benda lama.

Lately ni,aku banyak tengok couple yang tengah sibuk. Maklumlah,ramai tengah cuti. Tak kira budak sekolah,atau budak U. Kebanyakan budak batch 1992. Batch aku dan ke atas. Ramai yang tengah cuti nak tunggu masuk degree ni bulan 9. Oleh dengan itu,ramai la yang pergi kerja. Si Kekanda berkerja keras waktu siang dan malam, si Adinda Evans pulak bekerja waktu siang saja. Anak dara mana lah boleh kerja lewat malam. Tak baik tau.

Contoh situasi.

Oleh kerana kesibukan Kekanda bekerja,dan si Adinda ni banyak sikit masa terluang nak banding dengan si Kekanda ni,si Adinda terasa lonely bila si Kekanda asyik sibuk. Rasa sedih menyelubungi hati lagi lagi kalau time period. Setiap masa menyeksa jiwa dan raga si Adinda akibat kerinduan meluap luap dekat Kekanda.

Lalu,si Adinda mengambil step yang paling silap sebagai seorang perempuan; main mesej mesej dengan lelaki lain,gayut dengan lelaki lain,konon sebagai mengisi masa. Aku labelkan lelaki lain tu, Jantan.



Jantan ni merupakan seorang sahabat dengan Adinda. Sekadar sahabat sahaja. Dan dilabelkan sebagai sahabat baik dalam hidup Adinda. Melalui gayutan dan mesej-an yang dialami hampir tiap malam,mereka berdua bertambah rapat. Apabila Kekanda tak dapat jadi tempat luahan Adinda,Adinda akan mengadu ke Jantan. Kekanda bukan tidak contact langsung. Kekanda cuba contact tiap tiap hari namun didapati Adinda sudah tidur,duduk dengan mak,serta pelbagai komplikasi rumit menyebabkan kesukaran Kekanda dan Adinda berhubung.

Hubungan menjadi semakin renggang. Rindu terhadap Adinda semakin bertambah gila gila nak mati.

Pada satu tahap,Kekanda menetapkan keputusan untuk berhenti kerja kerana tinggal sebulan dah nak sambung belajar. Kekanda berhenti sebulan awal supaya dapat meluangkan masa bersama Keluarga dan juga Adinda. Namun,apa yang Kekanda dapati Adinda sudah berubah,tidak seperti dulu. Sentiasa melebihkan Jantan lebih dari Kekanda. Bila ditanya,Adinda selalu mengatakan sayangnya kepada Kekanda. Namun,hati sudah terpaut dengan Jantan. Kekanda yang percaya,mengasihi Adinda sepenuh hati. Duit yang dikumpul banyak banyak untuk dating dengan Adinda sepuas hati.

Perkara ini terbawa bawa sehingga dating,dan sambung belajar. Bila dating,Adinda asyik sibuk dengan handphone,mesej dari Kawan. Ditanyakan siapa, rupanya Jantan. Jantan dan Kekanda saling mengenali. Kenalan satu batch ketika di sekolah dulu. Oleh kerana percaya,Kekanda mengambil mudah perkara ini dan menganggap Jantan sekadar sahabat baik Adinda. Kekanda pun ada sahabat baik perempuan,bernama Artis dan Tudung. Kerana itu dia menganggap biasa untuk bersahabat. SAHABAT.



Bila kedua dua dapat tawaran belajar di tempat sama,iaitu di Kolej Matrikulasi Selayang,si Adinda dengan kentalnya mengatakan hasrat untuk berseorang diri. Tidak mahu ada hubungan dengan Kekanda. Kekanda cuba mempertahankan hubungan. Namun,apa yang Kekanda kantoikan dalam handphone Adinda adalah mesej berbaur cinta dan nafsu muda,Adinda dah curang siap loving loving bersama Jantan.

Bila ditanya,Adinda berkata Adinda masih sayangkan Kekanda. Namun dia tidak boleh melupakan Jantan. Kekanda adalah pilihan hati Adinda,namun Jantan tetap ada dalam hidupnya. Setiap hari,Adinda mesti ada Jantan.

Akhirnya apabila keadaan sudah ditahap hidung Kekanda, Kekanda menanyakan soalan "Jantan,atau Kekanda? Pilih seorang sahaja."

Namun yang dijawabnya Jantan. Kata Adinda,Adinda masih sayangkan Kekanda,tetapi tidak boleh melupakan Jantan. Sakit meluap luap bila Jantan tidak ada,izinkan Adinda bersama dengan Jantan,dan bukan Kekanda.

Hatinya sudah terpaut dengan lelaki lain. Kekanda terus patah hati,hancur hati,hati dilenyek,hati kena Steam Roll,hati kena tar,hati kena bom dan sebagainya.

Tidak tahan dengan melihat Adinda di tempat belajar yang sama,melihat Jantan yang datang dari Pusat Asasi Sains Universiti Maksiat, mengambil Adinda keluar pergi dating dari Matriks,tidak balik malam entah ke mana,Kekanda mengambil keputusan untuk keluar dan sambung belajar di tempat baru,iaitu Universiti Teknologi Melayu. Hidup baru dimulakan,yang lepas dilupakan,nafas baru dihidupkan.


Fuh. Feeling jugak aku taip post ni sambil bapak aku main gitar lagu sedih.

Okay. Based on the situation,apa yang korang nampak? Adinda sekadar mesej sahabat je, bukan apa pun. Nampak macam tak ada apa kan? Tapi macam mana dia boleh sangkut?

Aku tengok memang sekarang ni ramai dalam keadaan yang susah nak contact dengan korang punya loved ones. Tapi tolonglah faham. Mereka tengah sibuk bekerja. Bukan sibuk dok asmaradana. Ish ish.

Especially untuk perempuan. Adalah sangat bahaya tau kalau korang rasa lonely dan korang cuba nak cari orang lain nak layan korang,especially kalau korang layan lelaki. Kalau korang ada buat,nampaknya relationship memang tak akan bertahan lama. Percayalah. Benda macam ni dalam Orang Putih kata,"Lubang untuk orang lelaki rampas awek orang". Seriously. Dan memang sebenarnya,benda ni pun one of the guys punya dark magic. Perempuan memang tak akan nampak langsung. Percayalah.

Perempuan memang tidak akan nampak,tidak akan sedar,tidak akan tahu,benda ni dorang tengah terkena kalau dorang buat macam tu. Last last,yang perempuan tahu nanti diorang dah confused tiba tiba. Later,end up dengan clash dan everything. Mintak simpang.

Memang mesti ada antara korang akan tengah busy. Memang antara korang ada yang akan penat. Gerenti ada bila korang expect diorang akan reply sms korang atau call bila diorang habis waktu kerja,tapi diorang tak buat sampai lah dah balik habis mandi apa semua. Dan jawapan common,"cYunK dH pnT gIlErW nIee.." lebih kurang macam tu. Tolong lah faham. Janganlah curang dikala mereka tidak ada sebentar.

Sangat sakit rasanya bila kita tahu kita dicurangi.

3 comments:

I do I need Iman said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah. ini ke story ye. mwr tahu dah ;)

sikuat said...

hei! berjinak2 dgn u punyer blog.. nice!! :)


ps: yes.. aku admit it.. pempuan.. memang camtu der.. xleh ilang sekejap.. mule aa nk cari sane.. nk cari sini.. tp laki pun kene jujo gak.. xsemestinyer pompuan je.. aha.. peace!

ADIE said...

sedih. nauzubillah. mintak jauh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...