.

Sunday, June 26, 2011

Dalam blogging pun ada korupsi?

Aku nak bercerita dalam bentuk,syarikat Melayu dan syarikat Cina. Cerita syarikat ni cerita yang Abah aku share dengan aku. Aku nak cerita balik dengan korang.

Syarikat Melayu,biasanya dorang ada satu jenis cara dorang nak berniaga. Yeap. Kebiasaannya lah. Selalunya,kalau orang Melayu berniaga,dorang ni selalu cari jalan yang lebih mudah untuk naik ke atas. Dalam konteks perniagaan,diorang selalu cari jalan senang lah nak untung banyak,nak ada nama,nak ada pangkat,nak senang dapat tender syarikat,etc etc.

Jalan mudah yang aku cakap tu,lebih kurang macam,bodek Menteri,bodek orang kaya,jadi kroni. So semua benda nak berniaga jadi senang. Semuanya senang je nak buat. Duit pun senang je masuk. Even yang baru beberapa bulan bukak syarikat pun,tuptap terus dah naik famous gara gara kesenangan yang ada from orang lain. Tu tak cakap lagi dengan kedudukan istimewa bumiputera.

Namun,hasil kualiti dari syarikat dorang selalunya memang akan rendah dari biasa. Tidak kira,even banyak orang orang atasan yang main bagi je tender kat dorang ni suruh buat kerja,tapi banyak banyak hasil kerja tu lah yang kurang berkualiti. Banyak cuma sekadar,ala kadar je.

Benda sangat berbeza daripada Syarikat Cina.

Syarikat Cina,mereka selalu bermula dari Zero. Nothing. Yillek. From there,dorang slowly and slowly naik ke atas. Apa yang mereka rely,cuma bantuan sikit sikit dari ahli keluarga. Tidak kira apa yang mereka buat,pelanggan mesti tak complain mahal,hasil kerja mesti puas hati,dan bilangan pelanggan mesti keep increasing day by day. Itu target dorang. Untuk capai target dorang,dorang rajin bekerja dan dorang selalu nak tingkatkan kualiti hasil kerja dorang.

Dengan sedikit promosi mengenai syarikat,syarikat mula berkembang dengan perlahan lahan,pelanggan semakin bertambah,dan hasil makin bertambah puas hati. Pelanggan yang pernah datang pun,mula rekomen kat orang lain. Semakin ramai yang tahu pasal syarikat Cina ni,dan perkembangan semakin berterusan sampai mereka berjaya.

Bila mereka berjaya? Terus berada kat atas tanpa turun bawah. Semua orang suka tak kira bangsa,kerana hasil yang mereka buat tu adalah sangat memuaskan. Semua apa yang depa buat,adalah sangat mengkagumkan.




Situasi Bunkface Syarikat Melayu,dan situasi Syarikat Cina. Dua situasi yang berbeza. Nampak tak beza sikap dorang tu?

Sikap Syarikat Melayu ni,dorang suka rely on something,untuk naik cepat cepat. Ilmu yang ada sepanjang tu memang dorang tak guna nak perbaiki diri. Yang penting,untung je cepat,pelanggan ramai tak ramai tak kisah. Asalkan dapat tender banyak,duit masuk.

Sikap Syarikat Cina ni,dorang suka berusaha. Dorang rajin bekerja keras,dorang nak naik tapi sangat slow. Yang penting,kerja keras sampai berjaya. Tiap tiap hari. Kalau awal awal dulu diorang buat salah,dorang gunakan kesalahan dorang tu untuk bina balik diri dorang tu. Bina diri jadi usahawan berjaya. Dorang start from zero,tak rely on apa apa,tapi independent dengan diri sendiri dan sedikit bantuan cinonet from here and there. Dorang rajin bekerja keras,asalkan pelanggan puas hati dengan kualiti yang sampai. Dan mereka ulang ulang benda yang sama macam tu terhadap semua pelanggan.

Okay. Apa kaitan sikap Syarikat Melayu dan Syarikat Cina ni dalam blogging?

Anggap lah Syarikat Melayu ni,blogger Jenis A. Syarikat Cina pulak,blogger Jenis B. Ada dua jenis blogger dalam dunia commercial punya blogging lah kan. Contoh macam tu.

Blogger A mengamalkan sikap macam Syarikat Melayu tu. Blogger B mengamalkan sikap macam Syarikat Cina tu.

Hasil dia? Ramai blogger Malaysia yang kita nampak,follower je ramai tapi kualiti blog tak ada. Bila kualiti ada,perhatian tak ada.

Buka minda,tutup emosi,renung renungkan.

8 comments:

Ifti Larina said...

betul. dulu pun seperti syarikat melayu tu jugak -..-
tp sknk tak cmtu dah kott. follower pun dah hide. ada apelah dgn follower traffik tu pun kalau entri tak berkualiti. mine are not good as well

Haikal Blank said...

Korupsi itu mesti. nak berjaya kena ada korupsi. segala benda ada korupsi.

*kalau dengan 'adik - beradik' pun ada korupsi, apatah lagi membelog?

sumpah janji setia semua ke longkang. apa ada? hanya cerita dan kisah buruk orang ramai. ye, gua malu.


#hahaha macam tak ada kena mengena komen aku ni. abaikan jela..:D

Unknown said...

dengan naik melalui segmen dan GA yang BIAS dan dungu blogger2 ni akan perasan syok sendiri bila org masuk blog dia melalui si pengembala blog...


dan hasilnya... blog dia dipromote dengan gila babi sebab join segmen dan tampal header abg blogger...

bila klik.. hampeh "selipar pink saya hari ni putus" tajuk entry dia.

Kucing Serius. said...

Zulfikar. Sangat sangat setuju. Berapa kali dah kecewa time blogwalking tengok,yang best best tak dapat perhatian,yang pelik pelik entri dia semua naik. Gara gara pasal join macam2. Aish

Kucing Serius. said...

haikal.haha.pun bolehhh.banyak kena menegena jugak tu.

Kucing Serius. said...

ifti.takpe.asalkan bile kite nak bangunkan diri takpe.nampak kot usaha dalam entri semua.

kaizen said...

aku skong ko!!!

siyes... byk aku tgk skang nih folow jer blogger2 femes dgn harapan blog dorg naik dgn cepat...

*berkawan x salah tp jgn mengharapkan balasan

Amiey White said...

indeed .

aku setuju gila , syarat utama join segmen , contest dan ga . entah lah aku biasa , lebih suka pada penulisan orang itu walaupun sekesat mana , tapi itu lebih best dari blog yang meggunakan kaedah firaun "piramid" itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...