.

Saturday, May 28, 2011

Feeling aku-tak-tahu-apa-aku-rasa-kalau-aku-jumpa-macam-ni

Aku selalu ada satu feeling ni tau. Nak kata kesian,boleh kata lah jugak,tapi tak sampai tahap tu lagi. Nak kata rasa bersalah,pun tidak. Nak kata sedih,tak jugak. Aku tak tahu nak describe macam mana. Tapi,aku tahu lah rasa sendiri. Aku tahu aku ni lelaki yang sensitip. Eceh. Cuma,feeling ni aku memang,nak kata suka pun tak,nak kata tak suka pun tak. Entah lah. Tapi feeling tu buatkan aku gerak lah.

Contoh situasi?

1.Tengok seorang awek kepada pemain DOTA yang tegar.
Aku memang seorang yang tak suka DOTA. Sejak azali lagi. Aku tak tahu kenapa orang lain boleh suka sangat dengan game ni. Dah cuba main,tapi tak boleh jugak nak suka. Sampai ada kes yang member aku break dengan awek dia yang jenis Pilihan Mak tu gara gara DOTA. Gilalah. Sampai macam tu penangan game ni?



Yang aku tau,DOTA ni Dunia Orang Tanpa Awek. Dan so far aku tengok awek awek kepada pemain tegar game ni memang asyik tension. Tension dengan balak depa main DOTA je kerja. Sampai susah nak macam macam. Lepas tu nanti awek depa ni carilah benda lain nak buat. Pastu jumpa balak baru. Pastu pemain DOTA ni frust kejap 5 minit pasal clash. Then sambung main balik. Jerit jerit macam tak ada apa.

Macam tu ke harga diri perempuan depa letak nak dibandingkan dengan DOTA?

Aku memang tak ada kena mengena,tapi aku tak suka tengok perempuan kena macam tu. Macam tak ada apa apa nilai. Pasal tu lah,awek awek sekalian. Kalau balak anda stop main DOTA tu untuk jawab text korang,sayangilah beliau sepenuh hati.

2.Nampak orang tengah susah yang aku pernah been through
Contoh? Masa dekat UiTM. Satu masa tu ramai ramai kena pergi Dewan Sri Budiman tengah malam. Bukan satu,banyak kali lah. Aku,macam biasa orang terakhir kena tinggalkan studio dengan a few budak lain yang tak ada kereta. Studiomate yang lain kebanyakan dah kena angkut dengan kereta himpit himpit pergi dewan. Tinggal empat orang je yang terakhir termasuk aku. Dengan bawak barang banyak macam haram. Tertunggulah kitorang sejam setengah dekat bus stop tunggu RapidKL dengan bawak banyak barang.




Masa tu aku terfikir "Kalau lah aku ada kereta ni,aku nak je bawak studiomate aku ulang alik dari studio pergi dewan tu. Aku taknak tinggalkan seorang pun."

Feeling macam tu lah. Kenapa orang yang mampu taknak tolong dorang ni angkatkan baranglah at least?

Aku tak boleh tengok orang susah. Tak boleh. Sensitip. Dan aku memang rasa macam tensen gila kalau aku tak tolong orang yang tengah susah. Kalau ada makcik datang kat aku jual apa apa,aku beli je lah bila aku mampu. Kesian kot. Kenapa tak tolong bila kita mampu? At least bagi untung sedikit lah kat makcik tu. Tu aku selalu beli bahulu masa dekat UiTM dulu.

3.Nampak orang kena aniaya.



Lagi aku tak boleh tengok. Salah satu kes contoh. Aku selalu baca blog orang. Ada lah blog seorang perempuan ni yang aku follow dia dari Form 3 sampai sekarang. Masa tu dia single mingle. Sekarang dah bercerai. Huh? Kira aku follow dia dari zaman single,couple,tunang,kahwin,bersalin,cerai. Blog dia best. Cuma aku terkejut dengan post baru dia tengah sedih sedih pasal kena cerai setelah senyap berapa minggu. Huu. Dah lah comel. Seriously memang jenis Pilihan Mak. Mak aku tengok mesti berkenan. Rugi laki dia.

Dia cakap,rumahtangga dia jatuh pasal dianiaya. Sampai macam tu sekali. Memang terus aku dengan jiwa sensitif menyentuh perasaan ni aku rasa kesian lah. Dan bercampur baur. Bukan feeling tu aku nak highlight. Tapi feeling yang aku rasa bila aku tengok dia sedih. Isk. Aku takleh nak describe. Kalau nak letak emoticon cuma boleh nampak macam :( atau :/ je.

4.Solat Jumaat kat masjid yang panas.
Panas kering tak apa. Ni kalau panas yang angin dia,semacam. Kalau kat rumah,aku selalu solat Jumaat kat Masjid Bandar Baru Sungai Buloh. Siapa siapa yang duduk Sungai Buloh ni aku rasa tahu lah kot keadaan dia macam mana. Besar tu memang besar,tapi panas dia,lain macam. Angin dia sendiri panas dan lembab. Panas lembab. Lepas tu ramai Indon dan Bangla.

Bukannya aku nak complain tau.

Masa tu lah buatkan aku tak khusyuk dan aku selalu terfikir yang "Kalaulah aku jadi jutawan ke,billionwan,serius aku letak aircon kat masjid ni. Selesa nak beribadah." dan jugak "Kenapa authorities tak letak tempat ibadah semua properly? Bagilah keselesaan sikit. Seronok orang beribadah. Tu je dah cukup." .

Bukannya apa. Aku panas kering tak apa. kat Malaysia,architecture cincai je. Tak banyak bangunan yang air ventilation elok. Dah tu,tak angin tak masuk,tak letak aircon lak.

Sampaikan dahulu masa zaman nakal nakal kecik kecik cinonet jahiliah dulu,aku pikir 10 kali setiap kali orang ajak pergi Solat Jumaat kat situ. Kalau masjid lain,laju je aku on.

5.Feeling yang Aku-Dah-Cakap-Awal-Awal-Tapi-Kau-Buat-Jugak



Rasa macam nak cakap padan muka tapi kejam sangat. Kalau sekali dua tak apa. Kalau 10 kali straight? Tak ke tension?

Kadang kadang kita kenal sorang tu macam mana,dan kita cuba nak tolong dia yang terbaik habis bila dia mintak nasihat. Kita pun bagi lah tolong rekomen itu ini. Tapi dorang ni pulak,bertindak melulu depa tak guna akal panjang main buat. Bila dah buat,baru menyesal yang dia tak dengaq cakap. Sekali dua tak apa lah. Mungkin aku punya nasihat pun tak berapa bagus. Kalau banyak kali in a row dia terkena? Bila dengar cakap aku je dia okay pulak. Dia sendiri admit yang kata dia selamat dengan nasihat aku.

Aku rasa macam Aku-Nak-Cubit-Pipi-Kau-Kuat-Kuat-Sambil-Jerit-Dengarlah-Cakap-Aku-Pasal-Aku-Tak-Nak-Kau-Kena-Apa-Apa-Yang-Buruk-Lagi-Pasal-Kau-Ikut-Hati-Kau. Ada perkataan lagi pendek tak?

6.Jumpa awek cun yang totally ikut taste kau,randomly.

Ayu Raudhah. Bini Baru Saya Muahx!


Hehe. Hehehe. Hehehehehe. Aku tau aku lelaki yang hormon teenager. Tapi aku dapat kawal lagi. Hehe. Lumrah lelaki kan.

Contoh situasi. Tetiba aku terjumpa ada seorang perempuan yang ayu gila,cun,comel,lembut,memang totally ikut taste. Gila totally 100% taste lah kalau physically. Stock yang kalau korang nampak mesti nak bawak balik rumah terus tunjuk kat mak. The thing is,dorang yang korang jumpa ni cuma random people je. Macam,yang tukang jaga kedai buku,duduk depan kita bila dalam KTM atau bas,jadi cashier,etc etc. Yang macam tu lah. Dia macam awkward moment kejap where kita terpegun yang wujud-lagi-perempuan-comel-macam-ni. That kind of feeling lah. Nak kata segan,tak. Cuma,rasa macam tak percaya. Lebih kurang lah.

Tapi dorang tu,comel tu comel camtu je lah. Bukannya aku nak mengorat pun. Ehem. Sekadar datang dan pergi camtu je :)

*kat 7 Eleven baru dekat Bukit Rahman Putra Fasa 1 ada awek comel sangat sangat kerja shif malam. Suka usik dia alang alang time beli rokok atau topap. Taknak pergi kedai lain dah. Hehe. Hehehe. Hehehehe.



6 je feeling simple. Tapi aku tak dapat nak describe. Situation atas atas ni semua aku compilekan semua sekali. Senang sikit nak baca.

2 comments:

.::: mr IQ :::. said...

kata nak benti rokok, masih lg membeli rokok nampak...

scya lollita said...

pasal tngu bas tu kannn .
aku teringat mse duk kolej mawar , mse budak degree/dip x msuk lg . gilaaa lama nk tnggu bas . budak asasi plak sume malas2 nak jalan kaki gi fakulti . ggrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...