.

Friday, May 6, 2011

Antologi seorang yang tiada motosikal.

Motosikal? Apa tu? Kali pertama hidup aku bergelumang dengan sahabat yang bermotor adalah masa aku form 3 dulu. Tu pun,pasal kawan kawan rapat aku dulu sorang dua ada naik motor dah. Selalunya yang kaya sikit tu ada kereta terus,walaupun tak ada lesen. Pergi sekolah pun naik kereta. Kiranya,aku selalu bergelumang dengan para sahabat berkereta. Nak lepak pun naik dengan dorang,naik kereta. Sampai sekarang pun,semua sahabat rapat aku naik kereta. Tak ada sorang pun yang naik motor.

Kat rumah pulak,jangan harap nak nampak motorsikal kat situ. Satu pun ahli keluarga aku tak ada lesen motor,atau ada motor,atau suka motor,atau selalu naik motor. Yang pernah pun ayah aku la. Abang aku suka sangat merempit dengan kereta dia. Kalau mak aku atau kakak aku,bila dengan perkataan motor,depa cakap "Gila ka???? Jangannn ehhhhh"

Bila aku naik SBPI Gombak, memang tak ada lah motorsikal dalam kamus radius sahabat aku. Siapa nak bawak motor pergi asrama penuh? Warden je. Merempit pakai kain pelekat datang hostel atau surau. Masa tu,aku memang masih tak ambil kisah pasal motor. Memang langsung tak terlintas pun aku rasa perlukan motorsikal dalam hidup. Buat apa? Sama jugak masa masuk matrik dulu.

Tapi sekarang,aku UiTM Di Hatiku. Jalan bukit bukau,celah sana celah sini. Makan kat dalam tak ada. Semua benda kat luar. Seronok duduk sini,tapi sukar kalau susah nak gerak. Naik bas, perjalanan motor 5 minit boleh jadi 45 minit. Tu pun kalau keadaan tenang je. Kalau dalam UiTM pun jamm,kereta berduyun duyun pelbagai celah,mahu dekat sejam setengah. Last last jalan kaki sampai berpeluh boleh perah satu baju.

Aku memang dibesarkan hidup tanpa motorsikal,dalam keadaan yang tidak memerlukan motorsikal. Dan sekarang bila aku rasa perlukan, aku tak reti nak naik. Betul. Gelak lah nak kata apa pun. Kimak benda dua tayar berenjin ni. Aku lebih kepada kenderaan 4 tayar je. Kereta la. Kepingin gua akan kereta.

Bukan aku nak complain. Banyak benda aku dah terlepas dan susah pasal tak ada kereta, tak reti bawak motor dan jugak gabungan jadual pack + bas yang lambat. Kira kalau aku gerak naik bas,banyak masa aku terbuang macam tu je. Tekanan semua tu memaksa aku macam macam. Tertekan aku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...