.

Saturday, April 30, 2011

Ada apa dengan kucing?



Kucing adalah sejenis makhluk yang sangat comel. Ya, aku pun suka sangat sangat dengan makhluk comel bermisai dan manja ini. Suka sangat menyelit dengan orang. Aku paling suka tengok kucing yang gemuk gebu lepas tu suka menyelit dengan aku. Rasa macam nak cekik pun ada pasal geram. Geram yang dia comel.



Kucing ni,ada orang yang takut jugak. Aku pelik apasal doh dorang nak takut dengan kucing ni. Bukannya depa ni nak gigit sampai mati pun. Kalau orang takut,depa pun takut. Pastu lari tergedek gedek pastu pandang balik dengan muka yang comel. Kan?



Kucing pun,suka bermain dengan manusia. Dorang ni,ada yang peramah,ada yang pemalu. Sampai dalam Bahasa Melayu pun,ada simpulan bahasa "Malu malu kucing" . Tengok,kucing ni ada bagi kesan yang mendalam dalam hidup masyarakat. Kalau tak percaya,Catwoman pun ada. Dah lah hot. Cat pulak tu. Ini turut melambangkan yang kucing tu semua adalah hot. Dalam fesyen pun ada catwalk. Sampai macam tu sekali kucing mempengaruhi hidup manusia.

Lagi satu,biasanya perempuan lah akan suka gila dengan kucing ni kalau depa tak takut. Reaksi dorang akan macam

"EEE comewlnyeeee kucing ni!!! Gerawm gerawm nak pelowk2 cubiwt2 jerw taw!"
atau
"Eh eh tengowk tuw! Aderw kuwcing lerww! Alololo comewl gilerwwwwwww"


Kemudian,perempuan tu akan ambil kucing tu dan peluk peluk kucing tu kat dada mereka. Kurang asam. Tengok,kucing ni adalah satu makhluk yang amat disayangi. Sampai bila lelaki main main dengan kucing pun dah jadi sebagai simbol penyayang. Perempuan tengok terus kata lelaki tu penyayang. Kalau fake pun takpa lah. Perempuan percaya punya.



Ternyata,kucing adalah makhluk yang disayangi oleh kebanyakan manusia. Kucing banyak memberi kesan dan impak yang mendalam kepada manusia di muka bumi ini. Ternyata,sayangilah kucing anda,kerana mereka sentiasa menyayangi anda.

Studiomate aku selalu panggil aku kucing. Aku pun tak tahu kenapa. Ada apa dengan kucing ni? Adakah aku mempunyai kualiti di atas semua? Mereka sahaja yang tahu. Yang penting,kucing itu comel. Dan mereka panggil aku kucing.


Bangga betul depa panggil aku kucing. HAHA

5 comments:

hazirahamzah said...

orang panggil kau kuceng sebab oviously kau gatal macam kuceng. meleset sana sini kat orang. HAHAHAHAHAHA

Kucing Serius. said...

wehhh hotak kauuuuu. hahahaha. mana ada gatal doh! :DD

Anonymous said...

GARFIELD bam bam.

!Oh! Azizah said...

hah... meh tengok kucing kak jie.... chomel tak???
http://ohazizah.com/2011/04/aksi-yang-jarang2-kelihatan/

Paradise Gal said...

kucing memang comel no doubt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...