.

Friday, December 17, 2010

Ramona Flowers (Movie Review Sebenarnya)


Mak,boleh tak kalau b nak meminang mat saleh? XDDD


Scott Pilgrim Vs The World;review



Yeah. Cerita ni agak dah lama. Sebulan dah. Dua hari lepas aku baru start download benda alah ni guna uTorrent dan baru subuh tadi aku habis download. Dengan penuh kesabaran cabut bateri laptop dan biarkan bukak selama dua malam,semuanya worth it lah. Aku suka Ramona comel dan hot movie ni.

Cerita ni pasal kisah seorang mamat ni nama Scott Pilgrim,dia jatuh hati kat seorang awek ni, Ramona Flowers (yang kat atas tu). Dia pun nak tekel lah awek tu. Tapi untuk tekel dia,dia mesti kalahkan 7 orang ex ramona tu. Setiap seorang memang ada skill masing masing. Dia pun kena lah kalahkan setiap seorang tu dari ex yang first sekali sampai lah yang last,Giddian/G-man,the one yang Ramona susah nak get over. Sekor sekor datang masa process dia cuba nak ngorat Ramona ni,dan movie ni tunjuk lah cara dia nak kalahkan setiap seorang tu. Yang last tu macam palat sikit. Aku menyampah gila tengok dia.

Aku suka movie ni pasal story line dia. Ramona tu,dia baru pindah dari Amerika,pergi ke Toronto,Canada (tempat dalam movie tu) untuk mula hidup baru. Tapi, ex boyfriend dia semua siap buat persatuan pulak tu nak hancurkan Ramona dalam love life dia. Bila dia jumpa Scott,kira Scott ni lah laki Ramona yang paling baik dia pernah jumpa.

Scott ni pulak dia macam ala ala typical loser dalam cerita barat lah kot. Cuma dalam cerita ni,dia digambarkan macam tu pasal kawan kawan dia pandang rendah kat dia couple dengan awek 17 tahun,budak sekolah menengah,padahal dia umur dah 22 tahun. Dia dump awek dia tu untuk dapatkan Ramona.


Aku tengok cerita ni aku teringat kawan aku,Tunku Kamal Ikram.Muka depa nak sama. Cuma spect kacau.


Benda lain yang aku suka selain Ramona Flowers dalam movie ni,grafik dan action dia lah. Sumpah aku cakap,sepanjang babak aksi dorang aku rasa macam tengah tengok intro nak start game. Faham tak? Macam Tekken,drama drama NFS Carbon,Mortal Kombat, XIII, dan sewaktu dengannya lah. Dan jugak rasa macam main kat arcade. Betul. Siap ada letak sound effect ala ala komik macam tu. Kira,akal logik tak dapat terima lah movie ni sebagai sesuatu yang realiti tapi boleh terima cerita ni sebagai satu movie rekaan yang sangat best. Cerita ni pun lebih kurang macam ala ala muzik sikit. Penuh dengan lagu best best sepanjang movie tu.

Aku tak dapat cakap banyak pasal movie ni,pasal,dia best dan unik dia dalam cara tersendiri. Korang kena tengok baru paham. Kalau tak best,aku tak buat review macam ni. Kutuk kutuk ja macam post aku yang The Last Exorcism dengan Skyline tu.



Grafik rating: 8/10 (nampak glitchy sket kadang kadang)
Storyline Rating: 8/10
Konsep rating: 10/10 (ala ala komik,game,dan memang betul betul buat macam tu)

Overall:8.9/10 (aku taktau kenapa aku tak boleh bagi 9.Aku tak puas lagi kot)


Jadi,rekomended lah untuk korang tengok cerita ni. Sangat best. Aku suka Ramona cerita ni.

1 comment:

Raqib said...

Hahaha kesian Knives Chau.xD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...