*Ini adalah mengenai ikhlas dalam konteks common.*
Benda ikhlas ni aku rasa benda yang ramai tak tahu nak cari macam mana. Tapi benda yang paling common dengar,paling common baca. Jujur. Bulan Ramadhan ni pun,aku gerenti betapa ramainya manusia dengar perkataan ikhlas dekat ceramah,dekat blog, mahupun Surah Al - Ikhlas yang Imam baca. Ataupun korang sendiri yang baca dalam solat korang.
Benda memang common. Benda memang common. Normaliti yang cacat.
Tapi yang paling aku tak boleh terima lah rasanya,ikhlas itu datang dengan cara paksa. Sungguh. Kita paksa diri baru boleh ikhlas. Sungguhnya ayat ni aku dengar daripada kecik sampai besar, 100% orang yang aku jumpa akan kata benda ni. Ikhlas.
Paksa baru ikhlas. Paksa baru ikhlas. Fuh. Pantang aku mendengar.
My Own Definition Of Ikhlas.
Okay. Before that, kita tengok balik maksud perkataan kat dalam dictionary. Ikhlas.Bahasa Melayu = Tak dapat jumpa sebenarnya pasal dictionary Melayu tak ada.
English, Sincere = Free of deceit,hypocrisy, or falseness. Genuine; real.
Bahasa Arab الإخلاص = Keikhlasan. Purity. Hearfelt.
So that is all about Ikhlas kalau tengok kat dictionary yang aku jumpa. Benda semua maksudnya bawak something yang suci. Bawak something yang jujur. Of course,jujur ni something yang datang dari hati.
So,my own definition?
Ikhlas tu adalah apabila hati kita yang nak sendiri buat benda tu dan diri kita pun buat benda tu jugak.
Aku rasa semua orang faham kan? Pernah rasa sendiri kan bila hati nak buat sesuatu benda tu?
Based on my own definition,aku rasa benda ayat tu mampu nak reflect balik diri semua yang rasa benda sama. Kenapa? Of course, bila benda dah kita nak,memang datang dari hati sendiri kita memang nak buat tu. Tak kira apa yang halang pun,korang akan tetap buat. Tak kira. Tak kira apa jadi.
Apabila hati dah tak nak,korang buat lah macam mana pun. Sampai ada orang kata,
"Dah tak ikhlas buat. Baik aku tak payah buat."
Gerenti ramai gila guna ayat ni.
So bila orang tak jumpa "keikhlasan" tu,dia akan cuba avoid benda yang diorang nak buat tu. Tunggu keikhlasan jatuh dari langit. Tunggu keikhlasan datang bergolek umpama kucing. Tunggu dan tunggu bagaikan seribu tahun takkan mati punya tunggu.
Tengok tengok, mati esok rupanya menunggu ikhlas nak datang.
Macam Ni La.
So far aku dah observe betapa ramai manusia buat perkara dengan ikhlas, tapi buat benda salah dengan ikhlas. Sungguh. Walaupun dorang buat benda salah, secara jujurnya itu adalah benda yang ikhlas datang dari hati dorang. Kenapa?Benda tu sendiri datang dari hati dorang. Dorang nak buat. Dan dorang buat. Dorang dah berjaya pun buat salah. Bila ditegur ajak buat benda baik, dorang akan kata,
"Dah tak ikhlas buat. Baik aku tak payah buat."
Mainly, paling common,soal tudung. Soal aurat. Soal Solat. Dan banyak lagi soal agama. Paling banyak sekali dengar ayat macam kat atas ni. Lalu,akan dengar lagi pihak yang menegur kata ikhlas itu tidak akan datang kalau tak paksa. Huih. Sebagai seorang yang pernah jadi sekular,aku tau sangat apa rasa dia bila ayat tu terkam hati ni.
Tapi,masalahnya,dua dua dah ada betulnya. Pihak yang menegur betul,pihak yang buat salah pun betul. Mana nak ambik?
Ikhlas tu datang dari hati. Apa yang korang nak buat,dan korang determined nak buat,itu adalah benda yang ikhlas datang dari hati korang. Tak kira baik atau jahat. Bila itu yang korang nak dan itu yang korang buat, korang dah ikhlas membuatnya. Tak kira lah apa pun.
Secara ikhlasnya korang love one person tak mengharapkan apa apa dari dorang.
Secara ikhlasnya korang buat model Final Project tak tidur 3 malam.
Secara ikhlasnya korang menyampaikan mesej dakwah.
Secara ikhlasnya korang main cakap lempar jahat kat orang lain.
Secara ikhlasnya korang pergi terawih sendiri tanpa tekanan dari Mak. Ehem.
Contoh. Bila SPM,memang terasa nak belajar. Tak rasa nak ada awek pasal nak belajar. Bila tak belajar,rasa tak kena. Bila hati anda dah terhadap SPM. Memang lah. Kalau hati memang dah tak ada kat SPM,rasa belajar pun sakit. Paksa paksa paksa belajar.
In our daily lives ni,adakah hati kita ni terhadap Allah? Betul ke hati kita sebenar benarnya meletakkan Allah kat tempat yang agung? Bila dah ikhlas nak buat something tu,memang seribu daya nak buat. Tak payah nak paksa paksa dah.
Mat Saleh dah tekankan pun pasal soal ikhlas ni dalam buku buku self development dorang. Dan dorang memang ikhlas pun buat sesuatu benda tu,jahat atau baik. Kita ni Muslim. Kenapa perlu soalkan benda ikhlas ni bila diajak buat baik? Sedangkan diri itu ada jelas ikhlas dan jujurnya diri berbuat salah. Kalau hati dah taknak buat benda baik,jangan salahkan soal "Ikhlas".
Flaws Dalam Teguran Zaman Sekarang.
Aku pernah ada kat tempat tu dulu. Aku tahu sangat rasa dia macam mana. Semua yang dalam golongan "tak ikhlas tak payah buat" pun semua fikir benda yang sama. Dorang tak tahu. Sungguh. Tak tahu pun ada apa dalam hati dorang sebenarnya. Bila dengar lagi rasa sakit hati dan taknak buat.
Bila dah tak tahu,lalu ikut je "normaliti" yang cacat sekarang ni. Lalu teguran hanya tinggal teguran.
Persoalannya,Macam Mana Nak Cari Ikhlas Untuk Buat Baik Ni?
Senang cerita. Tanya diri tu apa yang korang nak. Kalau pergi solat jemaah pun muncul beribu juta alasan tak nak pergi. Tiba tiba awek ajak dating,terus bersemangat minyak wangi sebotol nak pergi. Kat situ dah nampak dah,anda prefer nak buat something yang bukannya tuntutan agama. Bukannya benda lain.Soalnya,kenapa hati itu pilih yang itu? Kenapa bukan agama? Sesuatu benda yang halus tu yang perlu ditanya.
Sayangnya,diri masih malas dan ego nak mengaku diri salah walaupun bermonolog sorang sorang. Kita ni tak kira apa apa pun,akan menyalahkan benda lain jugak. Betul tak? Walau diri dah memang pelupa tetiba je salahkan semut yang kotorkan air. Contoh lah kan macam tu.
Dalam konteks ikhlas ni,dorang akan menyalahkan soal "Ikhlas Buat" berbanding dengan hati sendiri yang tak tahu pun hala tuju ke mana.
The only thing yang nak disoalkan adalah hati. Hati tu. Benda yang paling vulnerable dalam setiap manusia. At the same time,benda yang paling dibiarkan kotoq macam tu je. Tak ramai pun yang persoalkan suci ke atau kotor ke hati kita ni. Tak kira apa pun,taknak salahkan hati ni jugak. Sedangkan hati tu benda yang paling penting.
Apa yang hati nak tu yang control diri. Kalau hati memang nak ke jalan Allah,memang diri tu akan ikut dah automatik. Tak perlu paksa paksa.
Monolog je diri sendiri. Apabila hati tu nak lebih kepada benda yang larangan agama,something is not right somewhere. Cuci cepat cepat dengan muhasabah diri. Full stop. Bila kita soal hati sendiri ni,the nikmat memang tu akan ada. Tak ada pun rasa sakit pasal perubahan hidup ke,atau rasa sakit pasal paksa diri. Kita hidup ni untuk Allah. Bukan untuk Syaiton Nirrojim. Bukan Nafsu. Bukannya Diri Sendiri.
Soal je hati tu sendiri. Diri itu yang lebih mengenali sendiri daripada sejuta manusia lain.
*Reflection to all the readers and also to my own self during this Holy Month of Ramadhan*
9 comments:
xramai manusia melakukan sesuatu tu dgn hati ikhlas sebaliknya ada sebab dan perlu dibalas, ikhlas memg dtg dari hati bukan disuruh atau dipaksa utk mendapatkn keikhlasan :)
Aku rasa bab ikhlas ni memang luas and kalau fikir berapa tahun sekali pon, susah kita nak cari keikhlasan hati ni.
Salah satu masalah nya kita tahu banyak sangat benda yang kita tak patut tahu. Bila banyak sangat benda yang tak patut kita tahu, tu yang buat common sense kita lintang pukang. Kita terlalu fikirkan benda yang tak patut kita fikir.
Contoh bila kita bersedekah. Kita keluar kan duit. Then kita terfikir orang miskin ni betul ke miskin? betul ke sakit? Macam mana kalau dia tipu? Then orang ramai nampak. Kita pon terfikir.aku ni btol ikhlas nak derma.tapi orang pandang, aku risau dorang ingat nak berlagak alim.
Benda2 mcm ni yang bole buat keikhlasan hati kita hilang. kita terlalu banyak tahu and fikir benda yang kita tak patut tahu.sedangkan asalnya amal ibadah itu simple je. bak kata nike.just do it.xperlu fikir benda laen.
ni just pandangan ku je.harap dapat membantu.n ada salah tolong beri tunjuk ajar. terima kasih :)
Wow. Superb. Nice one :D
Agree sangat. Pasal tu memang kena buat betul betul kerana Allah semata mata. Bukan untuk benda lain.
Pernah dengar ceramah, apabila kita meletakkan Allah sebenar benar di tempat teragung dalam hati,insyaAllah semua tu tak ada. Ikhlas tu memang akan datang automatik.
susah sebenarnya nak bercerita tentang ikhlas...
hanya antara diri dengan ALLAH je tau ikhlas kita..
mencari ikhlas seperti mencari semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada waktu malam yang pekat.
tapi kalau untuk perkara2 wajib seperti solat, aurat dan lain2 memang boleh dipaksa.
Maybe you still do not understand what am I trying to say here.
Sincerity (keikhlasan) dalam buat apa sahaja ni,memang dah disentuh dalam banyak buku buku ilmiah Inggeris sebenarnya. Bila dah tahu cara,senang kita nak melihat. Tiada paksaan,lalu nikmat tu datang bila buat kerana Allah itu.
Tak perlu dah nak soalkan apa apa pasal orang lain kata apa,etc etc.
Soalnya,apabila matlamat bukan kerana Allah,memang confirm kena paksa and sukar nak capai nikmat tu. Kerana hati tu sendiri dah bukan matlamatnya terhadap Allah.
Apabila meletakkan Allah sebagai yang utama dan yang teragung, memang dah tetap macam tu dah dalam hati walaupun subconsciously, memang confirm tak perlu paksaan dah. Nikmat akan datang tiba tiba.
InsyaAllah. :)
pada pendapat aku, Ikhlas berpunca dari niat kita sendiri. niat kita datang dari hati. bermain dengan hati. memerlukan masa yang amat lama untuk membentuk seorang insan menjadi lebih khyusuk beribadat.sebelum hati dibentuk,kita harus kuat pegangan dan kefahaman.sudahkah ilmu tauhid didada sudah kuat tidak kisah ilmu usuluddin, ilmu tauhid dan sifat, ilmu kalam n ilmu aqidah.janganlah aabid iaitu seorang yang mengamalkan ibadat tanpa sebarang ilmu.
Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah.
Amal tanpa ilmu ibarat buah tanpa pokoknya.
pegangan mereka para sahabat rasulullah saw alquran dan sunnah sangat kuat. mereka menerima dan memahami kandungn al quran dan hadis. kepercayaan mereka sangat kukuh.jadi ibadat mereka menjadi lebih khusyuk dengan niat yang ikhlas.
Bagaimana kita hendak beribadat jika pegangan kita sekali tolak sudah goyang.
tepuk dada tanya iman.
contohnya selama ini kita sembahyang @ solat. kita rasa kita sudah kenal ke ALLAH swt tuhan yang selama ini kita sembah betul betul?
jika aqidah kita sudah mantap. pegangn kita sangat kukuh. kefahaman kita terhadap agama sangat tinggi. Insyallah niat akan mula berubah.Ibadat kita akan mula lebih khusyuk.
jika pendapat aku ini salah, fikir balik bagaimana mualaf itu mereka tertarik dengan Islam?sebelum masuk islam mesti mereka kaji betul betul tentang agama agama yang lain. mereka kata islam itu yang terbaik.
mereka merelakan hati mereka dengan ikhlas setelah mereka mengakui ALLAH itu esa.
tiada tuhan yang patut disembah melainkan ALLAH.
hanya ALLAH jua patut disembah. fullstop.

Post a Comment