Tiba tiba AutoCAD yang diusahakanya freeze tiba tiba. Not responding,lalu tertutup. Tiada autosave.
"KAU FREEZE PULAK TIME TIME MACAM NI DAH NAK SIAP WOIIIIII TOLONGLAHHHH"
Screeetcccchhhhhh!. Dicakarnya pula screen laptop itu. Terus tak nampak apa.
"Banggggg. Bang cakar lagi ke screen laptop tuu. Habis nanti kita kena tukar screen baru lagi yang. Macam manaaa??" Jerit Kucing Menggoda yang berada di dapur.
Kucing Serius duduk termenung dihadapan laptopnya. Nasib baik dia sempat lagi save separuh jalan. Namun dia masih lagi kena buat balik lagi separuhnya. "Arghhh. Esok je lah." Kata Kucing Serius dalam hati.
"Ketong keteng kteng kteng kteng ktong. Chenggggggg" Bunyi bunyian dari dapur,hasil bunyi dari ketukan senduk dan kuali yang digunakan Kucing Menggoda untuk memasak. Jelas bau bauan Whiskas Masak Merah seluruh rumah. Hari ni Kucing Menggoda menyediakan feveret suaminya itu untuk berbuka. Disamping Ikan Rebus dan air susu.
Selesai sahaja,Kucing Menggoda terus catwalk masuk kedalam studio suaminya.
"Ayang masak speciaaaalllllll hari ni untuk Abang tau. Whiskas Masak Merah. Mesti Abang suka kann. *guling guling* "
"Wow. Whiskas Masak Merah? Lagii masak apa lagi? *tercangak berdiri*"
"Ada Ikan Rebus jugak,dengan air susu. Finally kita dapat makan kat rumah. Malam ni kita pergi terawih tau bang."
"Of course lah ayang~"
Kucing Menggoda sambung guling guling berehat sebentar sementara tunggu berbuka. Kucing Serius pula duduk termenung sahaja menyusun kembali jadual dalam kepala otak beliau. Bahagi masa gamaknya.
"Ayang ayang. Abang nak cakap sikit ni."
"Apa dia abang??"
"Abang kann,nanti esok abang nak...."
SPLASHHHH!!!! Siraman air datang tiba tiba dari jauh menimpa mereka.
"Hoi kucing dua ekor ni bising betul lah. Mengiau ngiau,mengiau ngiau. Pergi jejauh!!" Jerit seorang manusia yang hilang sabar. Sebaldi air disiram mengena kucing dua ekor mengiau di belakang rumahnya.
Lalu kucing dua ekor itu berlari bertempiaran mengeringkan badan.
5 comments:
perghh mmg peminat setia kucing nih..haha
haha...kelakar! ye ye je...cam real je///
tukang siram air tu admin blog nie ker? haha
hahaha
keh87878 ingt apela tadi^^
haha..memang drama habis la ni..tggi btol imaginasinya..
Post a Comment