.

Friday, October 21, 2011

Cerita Mendalam Pasal Playboy. Separuh Mendalam.

Ini Entry Yang Marah. Kucing Marah. Secara Serius. Serius Ni.




Lagi banyak hari berlalu. Lagi banyak berita yang aku dengar. Bukan berita RTM. No. Tapi,berita khabar khabar yang aku dengar from sahabat sahabat.

Cerita pasal,kawan kawan dorang. Cerita pasal,life. Cerita pasal,bright side,dark side. Bla bla bla. Banyak benda aku semakin dengar. Macam macam. Bukan cerita kedai kopi. Tapi cerita restoran Mekdi.

Kalau tak pun,cerita kedai mamak.

One of the things yang aku paling tak puas hati sekarang ni,sikap perempuan. Sikap mana satu?

Sikap Kononnya-Dorang-Tahu-Playboy-Macam-Mana-So-Dorang-Ambil-Langkah-Sendiri-Tapi-End-Up-Dengan-Playboy-Jugak.


Berapa kali aku kena cakap pasal benda ni. Playboy tak ada sign sign sendiri. It is a kind of ART yang dorang buat tu. Perempuan tak akan nampak. TAK AKAN. TAK AKAN. TAK AKAN. TAK AKAN. TAK AKAN.

*cakar cakar kayu*



Dulu aku pernah sentuh dah pasal playboy ni,dalam entry lama aku. Aku expect orang akan faham. Aku nak cerita detail,tapi aku takut orang salah guna. Sumpah aku takut. Aku taknak. Aku boleh je nak provide superb in depths pasal dorang ni. Pasal tricks buaya darat.

In depths yang sangat serius.

Pasal dorang je lah. Buaya darat. Kucing cerita pasal buaya. Kucing Serius bukan buaya. Ehem.

With so,aku just nak letakkan checklist je. Sekadar checklist semata mata. Untuk korang tanya diri korang balik. Korang tu sangkut dengan playboy ke tidak.


Stage 1. (Perkenalan Yang Singkat, Jangka Waktu Max = 2 - 3 Bulan)
-Mamat ni KONPIDEN gila lah. PERAMAH pulak tu.
-Kenal sekejap tapi MACAM dah kenal lama. Hahaha. Ada "CHEMISTRY" lahh!
-Eh. SWEET lah dia ni. Isk.
-Rasa berbunga gila bila dengan dia. Bukan pasal tittew sendiri rasa berbunga,tapi TINDAKAN dia buatkan tittew rasa berbunga.
-RASA MACAM nak borak je dengan dia. Dia boleh layan banyak cerita lah. Syok gila.
-Nampak TRUSTABLE. Eee. I trust him.
-Dia ni SANGKUT KERW dengan tittew. Hikhikhik. Sukewnyewww *blushing*

Stage 2. (Kenal Rapat Sikit,Jangka Waktu = Sebulan)
-Kenapa dia ni macam BUSY je selalu bila nak dengan tittew. Tapi BILA dia dengan tittew dia sweet gilerw. TAK KISAH lah dia busy ;">
-Eh,alamak. Dia dah tahu pasal PERIOD CYCLE tittew lah. Malu malu. Tapi TAK APA,dengan dia je kan. Hikhikhik.
-Dia SANGAT SANGAT TAHU nak layan tittew macam mana. TERHARU :')
-SWEETNYEW DIA NIIIIIIIIIII. Suka angat angat!
-Dia ni MEMANG PERAMAH kerw? Eee. Jelesnyew.
-Eh. Dah tak boleh lah KALAU TAK ADA DIA :(

----------------------------
*Amaran: Cerita pasal Period Cycle kepada lelaki adalah sangat bahaya.*
----------------------------


Stage 3. (Sangkut Stage. Tapi Tak Ada Relationship Pun. Mood;Berbunga)
- RINDU dia lah. :(
- *angau kat dia* Eh. Kenapa aku kena angau kat dia? SEKEJAP je kot kitorang kenal.
- Lantak lah. Aku SAYANG dia.
- Aku MEMANG tak boleh kalau tak ada dia.
- Again,aku tak kisah. Aku SAYANG dia. Biar dia tak tahu pun.


Kelemahan Playboy.
Senang je. Dorang ni sangat sangat TAK SABAR NAK DAPATKAN KORANG. Dorang nak semua benda jadi cepat. So,dorang memang sangat pegang kuat dengan trick dorang,dan kekonpidenan dorang tu.

Trick dorang tu lah yang buatkan semua benda jadi cepat. Bukan apa yang dorang mintak. Dorang TIDAK AKAN mintak.

Dorang cuma program korang untuk memberi. Bukan psycho tau. Program dan Psycho,dua benda berbeza.



Kalau korang notice,aku ada cakap,perkenalan korang sangat sekejap tapi korang dah sangkut. Itu yang halus sebenarnya. SEKEJAP,tapi dah sangkut. Senang sangat sangkut. Perempuan kan. Ehem.

Oleh kerana itu,Playboy tak akan tunggu lama lama untuk seorang perempuan. Pasal,purata dorang akan jumpa kenalan perempuan yang baru,paling maximum is around 3-4 bulan untuk seorang. Dorang ni peramah. Of course,jumpa ramai orang. Sangat ramai.

Dalam ramai ramai tu,gerenti akan ada seorang mangsa dia. So,kalau girl yang tadi tu lambat sangat nak respon atau sangkut,jual mahal ke,apa apa ke,dia target girl lain yang senang.

Scary kan,girls?

Perbezaan Lelaki Honest Dan Mereka Ini.
Aku gerenti mesti ada certain orang yang baca kat atas ni,akan ingat yang balak dorang tu playboy. Atau anything yang sewaktu dengannya. Senang cerita,tadi aku dah cakap pasal kelemahan playboy. Which is MASA. Time. Dorang tidak akan tunggu lama lama. Dorang cuma nak semua benda jadi cepat.

So,beza nya yang paling obvious?

Playboy = Tak Akan Tunggu Lama
Lelaki Honest = Tunggu Lah Berapa Lama Pun,Demi Cintamu Bla Bla Bla...


Plus,lelaki honest akan buat things for the sake of your good. Lelaki Playboy akan buat things yang HANYA make you feel special. Tu je. Doesnt bring any good for you. Faham tak?

Ada beza tu. Tak faham,baca ulang ulang kali. So,girls mesti pandai main dengan benda ni. Masa. You need to test the guy with time.

Misconception Terhadap Playboy.
Playboy Tabur JANJI Manis.



Nope. Dorang bukan tabur janji. Tidak. Dorang memang manis. Tu je. Anything yang dorang cakap,memang manis. Dah. That's it. Nothing. Bukan dengan perempuan je,but dengan lelaki pun dorang akan cakap manis. Bukan pasal dorang gay,tidak. But,cakap manis as in between guys lah. Aish.

Bila aku dapat tahu girls yang banyak sebut pasal lelaki tabur janji manis lah,apa lah. Aku rasa semua tu karut. Tidak. Playboy cuma sekadar,

Be sweet = Perempuan cair = Anything goes.


Dah. Sweet tu pulak,comes in any kinds of forms. Kata kata? Tindakan? Anything. Tak perlu kata dorang tabur janji manis. Benda yang berbeza.

Playboy Ada Gaya Dan Rupa Tersendiri.
Gaya hensem? Smart? Cool? Comel? No. Tiada gaya. Yillek. Seburuk buruk lelaki (bagi korang lah kan) pun boleh jadi playboy. Kerana apa? Modal mulut.

Agak kelakar kalau girls cakap,lelaki hensem banyak playboy lah,lelaki tak hensem lagi baik lah,etc etc. Actually,tak ada makna pun. Playboy tidak bergantung pada fizikal.



Aku ada kenalan yang,err,rupa dia macam monyet yang hidung besar tu. Apa nama monyet tu entah. Tapi girls keliling pinggang. Pasal apa? Girls yang dia kenal tu, berpendapat lelaki tak hensem lagi baik.

Tapi aku yang sebagai lelaki,yang kenal mamat ni macam mana. Dia playboy yang sangat banyak main dengan rupa. Dia tahu dia tak hensem,so dia trick girls yang anggap tak hensem itu baik.

Ni baru satu. Pasal rupa. Pasal gaya gaya lain? Duit? Kereta? Motor? Pun tak ada makna jugak. Benda ni tak main dengan fizikal,dengan zahir.

Playboy Tak Ada Perasaan.
Sebenarnya,ada. Dorang ada perasaan. Tapi perasaan dorang tu,more towards themselves je. Not to you.

Bila dorang cakap,dorang suka atau dorang angau kat korang. Yes,sebenarnya betul. Memang betul. Memang betul dorang suka. Tapi,dorang guna perasaan dorang tu untuk treat girls professionally.

Their emotions towards you are the seed of his actions. Suka memang suka. But love? No. Ingat,dua benda berbeza.

So,pasal dorang suka tu lah yang dia jadi sweet kat korang. Bila jemu,tinggal macam tu je,cari orang lain. Itu lah perasaan dorang. Macam aku cakap tadi kat atas tu,they will do things that make you feel special,but not for your good.

Kalau Boleh...


Aku nak je provide more information pasal dorang ni. But,I prefer not to. Aku rasa,orang yang baca entry dah cukup faham,dah MAMPU faham,apa ciri ciri dorang yang basic sebenarnya. Entry ni dah kena altered dah pun. Banyak lagi subtopic aku nak sentuh,such as

Ciri Ciri Common Playboy.
Sweet People.
Jenis Jenis Playboy.
Jenis Jenis Mangsa.
Mereka Yang Susah Ditekel.
How To Avoid?


Kenapa aku tak nak provide? Pasal info yang lain lain nanti lelaki boleh salah guna. Tak nak. Apa yang ada kat sini,cukup untuk perempuan tahu apa yang patut buat dan tak patut. Kalau still tak tahu,comment dan tanya lagi apa yang korang nak tanya.

Jujur,aku dah tak nak tengok perempuan kena tipu dengan trick lelaki. Trick halus lelaki. Aku,as a guy yang tahu pasal selok belok benda ni,aku rasa macam obliged to tell the girls regarding these matters.

A woman's worth is more than you can ever imagined. They are not toys.


Perhaps by putting up an entry is already good. Think about it girls. Think carefully. Very very carefully. If you have any friends yang lebih kurang macam nak terkena tu,pandai pandai lah nasihat jugak.


*Updated: Part 2 on How To Avoid kat SINI*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...