.

Tuesday, June 28, 2011

Love tak akan suap mulut ni sampai kenyang.

Tapi kita ni yang akan suap Love tu sendiri. Kenapa aku cakap macam tu?

Tadi aku terbaca satu artikel,pasal situasi zaman sekarang,pasal mak bapak buat drama Antara Dua Darjat bila anak depa (perempuan) nak kahwin. Dalam artikel tu,ada mamat ni support anak dia kahwin dengan mamat tu yang darjat dia kononnya nampak lagi rendah. Maka aku yang tengah prepare nak kahwin dengan Lisa Surihani ni ni pun terfikir macam macam non stop.

Lelaki kat dunia ni memang dah dilantik untuk jadi leader dalam keluarga. Bukan perempuan. Perempuan cuma jadi Assistant kepada leader ni dalam keluarga. Ye lah,tolong itu ini kan untuk support keluarga.

Bila seorang lelaki tu dalam keadaan susah tapi menggatal nak kahwin,sampai sanggup nak ambik awek tu kahwin lari,kononnya cinta itu buta. Apa relevan dia? Fikir tak nanti kesan jangka panjang?


Dato K: Gua dapat Siti Nurhaliza bai! Lu dapat ka?


Okay. Bila masuk bab cintan cintun ni,adalah sangat tipikal kalau semuanya nampak indah masa tu. Masa tu nak kahwin,masa tu lah kata cintan itu segalanya lah sangat,tak kisah lah apa yang terjadi asalkan bersama dengan cintan tu,bla bla bla lovey dovey vavi. Tapi bila fikir balik dengan akal yang waras,cuba tengok jangka masa panjang. Cinta tu mampu ke nak suap korang nanti bila dah beranak pinak?

Selalu tak tengok dalam TV,orang tak mampu,tak ada pendapatan,tapi anak gila banyak berderet dok crit crit nguwek mengaum semua kat belakang tu. Apakah yang mereka fikir? Masihkah cinta itu buta?

Kenapa jadikan isteri sebagai kilang anak kalau sudah tahu kewangan masih tidak stabil?

When it comes to love,70% apa yang going on in that love bergantung kepada lelaki. Kenapa? Lelaki tu memang akan lead. Tak kira apa. Secara emosi,zahir,batin,fizikal,kewangan,memang dia akan lead. Cuba tengok balik kalau dalam konteks korang bercouple. Tak kira apa pun,memang lelaki tu akan lead,secara sedar atau tidak. Nak makan,diorang bayar. Nak tengok wayang,diorang bayar. Betul tak? Betul tak? Kalau tak pun,at least ada la terdetik dalam hati perempuan tu expect lelaki akan bayar korang punya kehendak. At least.

Berbalik balik dengan konteks kahwin,soal Antara Dua Darjat. Yeap. Dalam soal macam ni,lelaki tu mesti lah hormat keputusan ibu bapa awek tu. Kalau rasa diri masih tak mencapai tahap standard ibu bapa dorang,capaikan. Doa banyak banyak,usaha banyak banyak. Automatik kau akan perbaiki diri kau untuk bini kau,dan kau buktikan love itself terhadap awek kau,depan mak bapak awek kau. Adakah patut untuk membenci ibu bapa awek beliau kerana tak bagi kahwin? Sungguh,tidak. Kedudukan ibu bapa tu lagi penting dari kedudukan lelaki yang tak kahwin lagi tu,sepanjang dunia dan akhirat. Diorang ada kuasa.

Lelaki yang baik akan relakan awek mereka tu akur dengan kehendak ibu bapa,kerana lelaki yang baik tak akan rosakkan sesebuah keluarga.


Kahwin Berlari


At least,kalau lah memang dah sayang kat awek tu,tapi tak mampu sangat sangat nak kahwin dengan dia,korang fikir je lah jangka panjang.

Kalau kahwin lari,macam mana dengan mak bapak dia nanti sepanjang hayat korang kahwin? Mak bapak yang membesarkan anak tu,tiba tiba lelaki yang datang rembat macam tu je. Mengapakah lelaki tu tidak hormat?

Kalau korang berusaha kuat sebelum nak kahwin tu,gerenti korang sendiri akan happy tengok bila dah kahwin tengok anak bini senang nanti,ye tak?

Ingat,bila nak kahwin dengan seseorang pun,bermaksud kita akan kahwin dengan whole family dia. Bukan awek dia sorang tu je.

Memang,kononnya Cinta Itu Buta. "Darjat berbeza pun peduli apa." No way. Kalau zaman dulu memang lah boleh. Zaman sekarang? RM3k per month pun tak cukup nak sara sorang diri kat KL ni. Ini kan nak sara anak orang,dengan anak korang sendiri? Sekarang ni it is all about money. Without money it is hard for the love itself to survive.

Sanggup ke nak kahwin susah susah then tengok anak bini korang yang susah? Sanggup ke nak tengok kita bina love tinggi tinggi then semua hancur pasal wang?

Aku tak sanggup. Biar aku susah kerja masa bujang ni nanti stabilkan diri aku dulu,baru aku kahwin.



Aku dah banyak sangat saksi orang bercerai pasal kewangan ni. Bila tengok akar umbi dia,semua berbalik macam cerita kat atas,soal Antara Dua Darjat. Bukan apa,tapi kewangan lelaki terlampau tidak kukuh untuk tampung hidup zaman sekarang. Keadaan jadi lagi teruk dengan ego tipikal lelaki dan ego wanita bekerjaya.

Cinta tu tidak buta. Manusia je yang dibutakan dengan akal pendek sendiri. Cinta sahaja tak akan suap perut anak bini dengan makanan. Manusia bergelar Ketua Keluarga yang perlu buat macam tu.

Dan siapakah Ketua Keluarga? Lelaki yang berakal 9 bernafsu 1.

Perempuan zaman sekarang ni yang bahaya. Pasal cinta,perempuan akan jadi lebih buta kerana akal korang yang hanya 1,berbanding lelaki yang ada 9. Bila bercintan ni,korang automatik akan jadi superb rely dengan lelaki tu. Tapi,nasihat aku sebagai lelaki untuk perempuan,tolong berpegang kuat ingatan kat mak bapak,future korang dan future LOVE korang sendiri. Future love tu pulak,think about PRO dan KONTRA of what and what.

Jodoh memang di tangan Allah. Aku tahu. Aku taknak jawapan tipikal ni masuk komen aku. Tapi ingat,jodoh ditentukan di tangan Allah,atas usaha kita sendiri. It is a 50-50 situation. Kita yang cari mana yang terbaik untuk kita. Then kita doa banyak banyak mintak kat Allah. InsyaAllah makbul beb. It is all about DUIT. Doa,Usaha,Istiqamah,Tawakal.

Bila kita tak doa,kita tak usaha,kita tak rely on Allah,macam mana Allah nak mengubah nasib kita?

17 comments:

rahimah said...

Kerana cinta tida matalah dipanggil cinta itu tak buta:D

muaz syamil azizan said...

haa i liek! takdir bukan semua dah fix. ada yang kita boleh ubah, ada yang dah tetap. yang penting, usaha. bagus

muaz syamil azizan said...
This comment has been removed by the author.
Kucing Serius. said...

Rahimah. LOL. Pasal takda mata ye? Hahaaa.

Adakah itu statement yang abstrak?

Kucing Serius. said...

muaz. Betul. Tapi ada certain orang diorang berserah totally tanpa usaha apa apa. Macam mana nak maju kalau macam tu? Pastu bila ada yang tak kena jadi,semua dia blame takdir. Not fair.

Aesya Zealous said...

aku penah dgr sorg girl ni ckp kat member die yg die xpercaya perlunya restu ibu bapa. die kate, Allah dah tentukan jodoh, knpa parents nak deny lak? parents xleh la nak kate tak setuju.


hampeh tol minah ni. rasa nak menyampuk je bagi aku explain plus tazkirah sekali.

tp hampa..waktu tu dalam bas.

haha..

Pendamba Mawar said...

da pepatah mnyangkal cinta tak buta...
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan.

Haikal Blank said...

hehehe pasal jodoh ni lak ramai tertipu. sama je ah laki perempuan. mereka sekdar berpegang pada 'jodoh kata'.

dalam ayat, memang lebat.
dalam realitinya sangat lembut.

HAPE PUN TAKBOLEH!

*mak bapak pernah ke bagi jodoh seorang penyangak?

I do I need Iman said...

senanye. mmg smua ikut takdir. dan jodoh merupakan salah satu takdir kan'

tapi dalam alquran sndriri menyatakan Tuhan akn ikut permintaan hmbanya. jika ke arah itu hmbanya berfikir maka kesitulah masa depnnya.
sebb itulah muncuulnya konsep usaha dan tawakkal.

najihahfara said...

follow sini..
datang dari SB :)

Kucing Serius. said...

Aesya. Tengok betapa singkatnya view seseorang tu kan? Tak fikir panjang. Huu.

Kucing Serius. said...

Pdamba Mawar. Hmm. Pasal tu akal kena lebih alert dari biasa,kena outstanding. Mampu mengawal cinta dan bukan cinta mengawal kita.

Kucing Serius. said...

haikal. LOL. Jodoh seorang penyangak? Itu lah yang setiap mak bapak kat dunia ni cuba nak elakkan.

Tapi perempuan tu tak,selalu pilih yang macam tu.

Kucing Serius. said...

Iman. Exactly. I agree :)

Kucing Serius. said...

Cik Najiha. Thanx! :D

Farierahasanz said...

apsal ko letak gamba kucin tuutt ~ erk.!!

jodoh yg di restui ibu bpa sememang nye yg terbaek . .
walaupun ade jugak yg bercerai berai lam kes mcm ni , tp kite tak boley salah kan dorg . sebab jodoh tu rahsia tuhan . .

berserah dan redho dgn ape yg terjadi . . usaha terlebey dulu . . na jadi anak yg taat bukan senang , tp tu laa yg boley menjamin kebahagiaan kite di akhirat =)

Namee Roslan said...

cinta..kalau cinta je mmg x jalan. nk kena ada tggjwb..rasa tgghwb itu yg pertahankan cinta, kalau cinta sekadar jiwang2 ja, mmg x tahan lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...