.

Saturday, December 18, 2010

Aku baca blog orang.


Apa yang wanita kata mengenai awek cun?
Post ni aku petik dari blog orang lain.
Aku punya part yang bold tu semua.Nak bagitau pandangan lelaki pulak



1) Perempuan cun ramai peminat. Korang ingat lelaki ni suka ke awek dorang ramai orang minat. Ha, mulalah naik bulu cemburu. Lepas tu mengongkong. Nasib badan!
SETUJU : Lelaki memang tak boleh buat apa. Kadang kadang lelaki sendiri rasa insecured dapat awek lawa. Pasal tu lah mereka secara involuntary action nya lelaki memang paling paling kurang pun TERkongkong awek depa.


2) Awek cun ni selalunya akan ditackle oleh mamat kacak juga dan bercinta pun dengan si kacak. (Fizo Omar??) Percaya tak bila si kacak bercinta dengan si awek cun, si kacak boleh jadi juga dari keturunan playboy darat (walaupun tak semua). So, si playboy mestilah pasang 5-6 awek kot!
TIDAK SETUJU : Biasanya mereka melayu yang lawa ni akan bersama dengan lelaki yang muka pecah rumah. Kerana lelaki yang hensem biasanya akan tunggu awek datang kat dorang lepas tu dorang yang pilih. Kalau sorang pun tak datang,terus jadi gay dengan kawan dorang yang hensem jugak. Lelaki yang tak hensem pulak biasanya akan rasa rendah diri dan paling paling pun,cuma setakat nak berkawan dengan awek lawa pasal tahu dorang tak akan dapat awek lawa tu. Tapi,last last awek lawa tu sangkut pulak pasal mamat tak hensem ni lah yang rapat dengan dia.


3) Awek cun banyak kerenah. Dorang ni selalunya manja, sensitif dan gurlygurlyyy. Bila awek sangat sensitif, tak semua lelaki akan layan. Tapi sebenarnya lagi parah kalau lelaki pun sama sensitif (kadang lebih!). Lemah lutut.
SETUJU : Memang pun. Mak aku kata masa dia hotstuff dulu kat Penang,memang awek awek lawa ni biasanya buat macam tu nak test market. Katanya,memang nanti akan dilayan macam puteri. Kalau lelaki yang tak layan,biasanya lelaki tak guna. Pendek kata, "Hang tak suka hang pi beramboih. Banyak lagi laki nak kat aku". Kalau lelaki tu dapat terima,biasanya lelaki tu,boleh dipikirkan lagi untuk kenal lebih rapat. Lebih kurang macam tu lah.


4) Awek cun ni kadang-kadang ada rasa insecure. Korang tahu tak perasaan macam takut kehilangan? Perempuan cantik, rasa insecure tu lebih tinggi sebab dorang takut kalau bf dorang ni terjumpa yang lagi cantik, parah la. Perempuan cantik tak suka disaingi. (Macamana Miss Reiko dapat tahu perasaan macam ni.??haha)
BOLEH SETUJU JUGAK : Biasanya lelaki yang dah berjaya dapat tekel awek yang hot lawa cun cantik ni,dorang dah tahu taktik nak tekel awek lawa macam mana. Jadi,ada possibility jugak kalau lelaki tu boleh cari yang lagi lawa,kalau dia tak setia.


5) Awek cun selalu mahukan ikatan yang cepat (kahwin cepat). Tapi kenapa? Kerana dorang tahu dorang cantik, dorang perlu diikat dengan cepat oleh lelaki yang dorang cintai. Kalau lambat, dorang akan selalu diancam bahaya. Contohnya stalker. uhh! Tapi lelaki, ramainya yang nak kahwin sangat lambat. Kalau dorang boleh simpan awek lama-lama dalam tong garam, agaknya dah jadi jeruk masin awek tu!
SANGAT TIDAK SETUJU : Gila apa. Selalunya perempuan lawa yang nak kahwin lambat. Pasal nak enjoy dulu sementara "aset" ada dan cantik lagi. Liey Roslan cakap kat aku,masa ni lah nak main main dengan ramai lelaki dan nak "enjoy life dulu". Lelaki sebenarnya yang lagi insecured dapat awek lawa ni,jadi lelaki rasa kalau dah dapat awek lawa ni baik kahwin cepat cepat,sebagai tanda ikatan sah, dan signboard besar "LELAKI LAIN PERGI MATI"


6) Awek cun selalu jadi mangsa salah faham pasangan. Mungkin bf awek cun tu nak lebih, mungkin mengharap kesempurnaan! Tapi apakan daya, awek cun hanyalah pompuan biasa yang tahu nangis aje kalau sedih kan... So lelaki yang terlalu mengharap kesempurnaan agak-agak korang nak ke kahwin dengan pompuan yang dia terlalu mengharap kesempurnaan tu? So terimalah kekurangan awek anda yang cun tu.
SETUJU : Selalunya lelaki susah nak percaya awek lawa kerana sentimen masyarakat terhadap awek lawa ni,"market baik". Lelaki BUKAN mengharap kesempurnaan tetapi saja nak test awek tu react macam mana bila lelaki kadang kadang nak touching. Kalau awek tu ada banyak lagi anak ikan,dia akan serta merta tinggalkan lelaki yang touching tu dan tak layan sangat. Baik pergi pada lelaki lain yang takda nak cari pasal,kan?

7) Awek cun selalunya wanita berkerjaya yang berjaya. Dorang tahu apa yang dorang nak. Kalau dalam cinta, dorang akan cari cinta yang betul-betul sepadan dengan citarasa. Kalau lelaki tu menjelikkan, kaki pukul, kaki kikis... jawapannya selamat jalan romeo!
No komen. Itu hal perempuan.

8) Awek cun selalunya ramai jer yang dengki. Dalam kes macam ni, ia adalah perkara yang paling sedih sekali. Cuba korang bayangkan kalau bf yang dia dapat tu, dahla kacak (Fizo Omar???), baik budi, penyayang, menerima kekurangan tersembunyi awek ni, tapi ada pulak orang dengki main bomoh la, main hantu raya lah, main toyol lah... buat mereka terpisah. sedih..
SETUJU : Memang sentiasa ada orang yang dengki punya. Tak pun main main semua benda tak elok untuk sabotaj.

9) Awek cun selalu disalah tafsir sebagai perempuan jahat (jalang kot?) kalau dorang banyak kawan lelaki, pandai bergaul dan ada karisma tersendiri akan dicop kupu-kupu malam. Lelaki hanya akan mempermainkan dorang, memandang sebagai objek nafsu semata dan berikan cinta palsu. Sakitnya hati! Padahal mereka kebanyakannya adalah perempuan yang berhati penyayang dan setia.
TIDAK SETUJU : Oh tidak. Tengok lah pergaulan mereka macam mana. Kalau asyik keluar berduaan,tapi setiap kali dengan lelaki yang lain, memang mudah masyarakat menyalah tafsir mereka sebagai perempuan sebegitu. Lelaki tengok dorang pulak,bergantung jugak. Lelaki akan tengok hati budi dan akhlak pulak kalau dah lawa macam ni. Ushar line,tengok apa dia buat. Bila dah rasa okay,baru kenal lagi rapat lagi. Kalau hati budi dan akhlak TERNYATA dah slack tapi muka lawa,lelaki akan ada persepsi lain terhadap dorang ni,dan dorang akan rapati perempuan tu semata mata nafsu sahaja.


10) Last sekali, awek cun ni sebenarnya ramai yang manja dan comel, tapi ada yang sebenarnya hati kering dan keras. Kalau lelaki buli dorang, ingat dorang nak berdiam diri? Tapi lelaki ni pulak, bila sekali kena backhand, terus angkat kaki. Ha tu la.. sape suruh buli awek cun agi!
BOLEH SETUJU : Pendek cerita,awek cun dan lawa ni sebenarnya ego lagi tinggi nak mati. Lagi tinggi dari lelaki. Lelaki memang tak boleh buat apa. Kadang kadang lelaki nak bimbing atau betulkan keadaan pun tak boleh jugak,gara gara ego awek cun.

Kredits untuk blog Reiko Dan Satellit Bintang :)

4 comments:

Syakirah Azami said...

haha. ni menarik. so cane aku ni. haish. *gaya bajet sket. sket je okay*

Kucing Serius. said...

hang nak kata hang cun kaa?? XD

Anonymous said...

yayayyy! aku suka gila ngn ulasan kau. nice loh.. ;-D

Anonymous said...

haha. lawak. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...