.

Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

Cerita Mendalam Pasal Playboy Part 2: How To Avoid?

Sambungan Dari Sebuah Entri Lama, Cerita Mendalam Pasal Playboy,Separuh Mendalam



Aku rasa Tasha Manshahar ni makhluk paling comel di dunia. Kalah Kucing Menggoda. Mak. Nak kahwin bolehhhhhh. Hehe. *buat muka comel*

Ehem. Aish. Okay. Abaikan. Topik jauh menyimpang. Serius balik.

Tasha Manshahar <3

--------------------------------------------------------------------





Aku pernah cerita dulu. Pasal ciri playboy macam mana. Dan aku rasa macam masih kurang berpuas hati. Pasal aku tak selit lagi regarding things macam ni. Macam mana nak avoid. Ye. Dan banyak respon yang aku dapat dari para perempuan pun,pasal benda ni lah. On how to avoid.

Certain things perempuan memang susah nak faham. Kenapa dorang asyik terjumpa dengan playboy. Kenapa playboy boleh wujud. Kenapa itu ini. Etc etc.

Bila bercakap pasal playboy,benda tak boleh nak tengok kat playboy tu jugak 100%. Yeap. Playboy adalah sangat memilih. Bila playboy memilih,diorang akan pilih yang tertentu je. Dorang tak pilih sebarangan perempuan nak jadi mangsa depa.

Dan,perempuan kena sedar benda ni tau. A few important things yang jadi akar umbi everything yang perempuan tak sedar. Sangat penting. Benda benda macam ni yang akan tarik perhatian playboy. Kalau benda ni perempuan tak tahu,tak kira lah baca banyak mana pun pasal playboy,akan still masuk perangkap jugak.

So how to avoid? Aku rasa ini sangat membantu.

1. Kenali Diri Sendiri Dulu. Tak Boleh Nak Blame Jugak Kat Buaya.




In most cases,semua orang akan cuma nak blame kat lelaki tu sahaja. Yeap. Memang salah lelaki. Tapi wanita tak mengerti. Sebaik baik lelaki tu pun boleh ditukarkan kepada buaya,semata mata pasal seorang perempuan.

Apa bila ada sesuatu hubungan tu,dia bukannya lelaki nak act je 24/7. Perempuan pun ada jugak bahagian depa. Kata dah hubungan. Two person interaction. Betul ni. Betulll. Meow tak tipu.

Apa kena mengena dengan nak elakkan diri dari playboy wahai kucing? Simbah air kang.

Of course. Manusia ada banyak jenis. Aku tak boleh nak kata specific sangat pasal buaya ni. Korang pun ada banyak jenis perempuan. Ada girls comel comel,ada girls yang tudung,ada yang freehair. Ada yang jenis tukar balak,ada jenis yang setia.

Ada yang senang cair. Ada yang susah setebal setebal batu nak cair.

Benda benda macam ni,korang kena sedar sendiri. Cari sendiri. Tanya diri korang balik. Bila dah tanya diri,dan tengok balik kat mana dalam diri korang tu,yang korang rasa kelemahan korang.





Dah jumpa? That is the part yang akan playboy petik dan guna. Yes. Kerana apa? Playboy adalah sangat detail. Dorang tak tengok benda besar besar obvious. Dia akan tengok benda kecil kecil dan akan guna benda kecil kecil ni.

Tittew Tak Paham Lerw Kucing Yang Comel. Kenapew. Citew Cikit.
Playboy ni,sekecil kecil benda tu diorang akan guna petik untuk tekel hati korang. Kelemahan yang macam mana?

Contoh.

Tudung tapi tunggang langgang (on off,baju seluar ketat,nampak lengan,etc etc). Apa kaitan dengan playboy? Benda benda macam ni tunjukkan tanda tanda lemah iman dalam diri. Senang cair punya material. Playboy senang cucuk.

Mudah bergaul tapi manja/gedik/open/kasar dan tidak firm. Bila tak firm,maksudnya senang terpengaruh. Bila senang terpengaruh,lepas tu, boleh pulak manja/gedik/open/kasar dengan lelaki,playboy akan guna benda ni as advantage. Senang bukak topik apa apa.

Faham tak? Banyak benda lagi,but, ini sekadar contoh je. Aku taknak cerita banyak.




Benda benda macam ni,things yang lelaki sendiri dapat rasa. Things yang menarik perhatian lelaki. Dia memang akan menarik perhatian lelaki normal,tapi akan trigger lelaki buaya untuk bergerak. Beza tau. Menarik dan trigger. Benda benda kecil macam ni yang mungkin nampak normal bagi perempuan.

Sebenarnya bermakna bagi buaya buaya. Be careful.

2. Belajar Hormat Diri Sendiri Dengan Lebih Extra. Be Firm And Independent.

Aku ada je kawan kawan yang selamat dari terkaman buaya buaya. Aku tengok persamaan diorang ni,is that dorang sangat sangat firm. Yes. Memang. Ramai orang nak mengorat dorang. Tapi pendirian dorang tegap. Dorang boleh decide sendiri,boleh bahagia sendiri without ada lelaki. Boleh buat kerja sendiri. Tak dependant,etc etc.

Bila ada sikap macam ni,buaya sendiri yang akan jadi buta. Diorang tak akan nampak kelemahan perempuan. Tak nampak. Bila tak nampak,dorang tak dapat nak selit. Bila tak dapat nak selit,dorang blah lah.





Pernah tengok tak stok perempuan dari sekolah sekolah perempuan? Tak kira dari mana mana. STF ke,CBN ke,SSP ke,Seseri ke. Mana mana lah. Ada persamaan obvious antara dorang ni semua ramai ramai. Which is,dorang sangat hormat diri dorang as perempuan.

They know that they are women. They act as a woman. Not as a priceless item. Tidak sesekali membuka ruang untuk lelaki masuk nak geli geli. One thing yang aku kagum pasal produk sekolah perempuan ni.

So,that particular thing tu lah yang perempuan zaman sekarang kena extra ada. Dunia sekarang mencabar. Semakin mencabar. Hormat diri sendiri and be firm. Selagi tak hormat tu,benda ni sentiasa akan tarik buaya buaya nak datang. Somehow akan ada signboard kat atas kepala tulis "Mengoratlah Sayewwww".

3. Period? Cuti? Toksah Habaq Kat Laki.
Dulu aku pernah cakap dan bagi amaran keras. Tak perlu cerita pasal period kat lelaki.

Memang,benda macam ni,dalam realiti,perempuan dah jadi macam senang sangat nak cerita kat orang lelaki pasal dorang tengah period. Senang. Seriously. Memang,korang tengah period adalah benda yang normal. That is what makes you a woman.

Tapi tak perlu bagitahu. Serious. Kucing Serius. Tak perlu bagitahu. TIDAK PERLU. Kenapa?




The dirtiest trick is,lelaki yang buaya ni dorang tahu sangat pasal sifat perempuan. Tahu sangat sangat. Masa bila korang behave normal,masa bila korang behave tak normal. Masa bila korang makan banyak,masa bila korang rasa nak diet tak makan seminggu.

Pasal tu bila dah bagitahu,dorang ni akan ikut jugak tau cycle tu. Ask yourself ladies. Apa yang terjadi setiap phase dalam korang punya cycle tu? They act based on the phases professionally.

Pasal tu korang nampak playboy ni melayan korang dengan sangat perfect. Tahu je macam mana nak deal dengan korang SETIAP masa.

4. Bila Mamat Tu Berhasrat Nak Jumpa Parents Korang,Izinkan.




One of the true honesty punya signs from the guys,is that, parents. Either,dorang kenalkan korang kat parents dorang,atau dorang datang nak jumpa parents korang,atau dua dua. Yes. Ala ala nak meminang gitu,tapi tak dapat nak meminang lagi.

Paling paling cikai busuk lah kan,at least parents tu kenal muka mamat ni dan pernah tengok live.

Bila berjumpa dengan parents,ada satu bond kat situ. That bond tu will create security. Security ni pulak memang playboy punya kelemahan. Bukan security guard. Tak. Tapi security. Dia taknak ada apa apa. Dia cuma nak datang dan pergi. Tak mahu komitmen. Dia still nak dengan perempuan lain lagi.

So,bila balak nak datang nak jumpa parents korang,izinkan. Mungkin,nak kahwin tapi still tak mampu lagi sana sini. Tapi kalau mamat tu nak jumpa,tak payah nak halang halang. It is a sign of honesty. A sign yang sangat mahal. Bonus for you girls.






If you look properly banyak banyak dalam semua ni,banyak benda yang aku sebut kat atas ni,Islam dah sentuh dah tau. Semuanya kaitan pasal ikhtilat. Pasal aurat. Pasal sifat malu. All the importance about those things. Tapi aku tak sebut exact kat atas. Aku cuma huraikan terus je. Tengok properly.

Certain things memang kita tak dapat nak nampak jelas secara microscopic detailing.

Aku harap,post ni sangat membantu para wanita kat luar tu. Macam mana nak avoid buaya buaya secara detail. Kadang kadang,kita memang tak dapat nak elak dari buaya. But,not to let your guards down,is the most important thing.

Ingat. Fahami dalam dalam k ladies. To help one,one must help themselves too. Harap ini membantu. :)

Friday, October 21, 2011

Cerita Mendalam Pasal Playboy. Separuh Mendalam.

Ini Entry Yang Marah. Kucing Marah. Secara Serius. Serius Ni.




Lagi banyak hari berlalu. Lagi banyak berita yang aku dengar. Bukan berita RTM. No. Tapi,berita khabar khabar yang aku dengar from sahabat sahabat.

Cerita pasal,kawan kawan dorang. Cerita pasal,life. Cerita pasal,bright side,dark side. Bla bla bla. Banyak benda aku semakin dengar. Macam macam. Bukan cerita kedai kopi. Tapi cerita restoran Mekdi.

Kalau tak pun,cerita kedai mamak.

One of the things yang aku paling tak puas hati sekarang ni,sikap perempuan. Sikap mana satu?

Sikap Kononnya-Dorang-Tahu-Playboy-Macam-Mana-So-Dorang-Ambil-Langkah-Sendiri-Tapi-End-Up-Dengan-Playboy-Jugak.


Berapa kali aku kena cakap pasal benda ni. Playboy tak ada sign sign sendiri. It is a kind of ART yang dorang buat tu. Perempuan tak akan nampak. TAK AKAN. TAK AKAN. TAK AKAN. TAK AKAN. TAK AKAN.

*cakar cakar kayu*



Dulu aku pernah sentuh dah pasal playboy ni,dalam entry lama aku. Aku expect orang akan faham. Aku nak cerita detail,tapi aku takut orang salah guna. Sumpah aku takut. Aku taknak. Aku boleh je nak provide superb in depths pasal dorang ni. Pasal tricks buaya darat.

In depths yang sangat serius.

Pasal dorang je lah. Buaya darat. Kucing cerita pasal buaya. Kucing Serius bukan buaya. Ehem.

With so,aku just nak letakkan checklist je. Sekadar checklist semata mata. Untuk korang tanya diri korang balik. Korang tu sangkut dengan playboy ke tidak.


Stage 1. (Perkenalan Yang Singkat, Jangka Waktu Max = 2 - 3 Bulan)
-Mamat ni KONPIDEN gila lah. PERAMAH pulak tu.
-Kenal sekejap tapi MACAM dah kenal lama. Hahaha. Ada "CHEMISTRY" lahh!
-Eh. SWEET lah dia ni. Isk.
-Rasa berbunga gila bila dengan dia. Bukan pasal tittew sendiri rasa berbunga,tapi TINDAKAN dia buatkan tittew rasa berbunga.
-RASA MACAM nak borak je dengan dia. Dia boleh layan banyak cerita lah. Syok gila.
-Nampak TRUSTABLE. Eee. I trust him.
-Dia ni SANGKUT KERW dengan tittew. Hikhikhik. Sukewnyewww *blushing*

Stage 2. (Kenal Rapat Sikit,Jangka Waktu = Sebulan)
-Kenapa dia ni macam BUSY je selalu bila nak dengan tittew. Tapi BILA dia dengan tittew dia sweet gilerw. TAK KISAH lah dia busy ;">
-Eh,alamak. Dia dah tahu pasal PERIOD CYCLE tittew lah. Malu malu. Tapi TAK APA,dengan dia je kan. Hikhikhik.
-Dia SANGAT SANGAT TAHU nak layan tittew macam mana. TERHARU :')
-SWEETNYEW DIA NIIIIIIIIIII. Suka angat angat!
-Dia ni MEMANG PERAMAH kerw? Eee. Jelesnyew.
-Eh. Dah tak boleh lah KALAU TAK ADA DIA :(

----------------------------
*Amaran: Cerita pasal Period Cycle kepada lelaki adalah sangat bahaya.*
----------------------------


Stage 3. (Sangkut Stage. Tapi Tak Ada Relationship Pun. Mood;Berbunga)
- RINDU dia lah. :(
- *angau kat dia* Eh. Kenapa aku kena angau kat dia? SEKEJAP je kot kitorang kenal.
- Lantak lah. Aku SAYANG dia.
- Aku MEMANG tak boleh kalau tak ada dia.
- Again,aku tak kisah. Aku SAYANG dia. Biar dia tak tahu pun.


Kelemahan Playboy.
Senang je. Dorang ni sangat sangat TAK SABAR NAK DAPATKAN KORANG. Dorang nak semua benda jadi cepat. So,dorang memang sangat pegang kuat dengan trick dorang,dan kekonpidenan dorang tu.

Trick dorang tu lah yang buatkan semua benda jadi cepat. Bukan apa yang dorang mintak. Dorang TIDAK AKAN mintak.

Dorang cuma program korang untuk memberi. Bukan psycho tau. Program dan Psycho,dua benda berbeza.



Kalau korang notice,aku ada cakap,perkenalan korang sangat sekejap tapi korang dah sangkut. Itu yang halus sebenarnya. SEKEJAP,tapi dah sangkut. Senang sangat sangkut. Perempuan kan. Ehem.

Oleh kerana itu,Playboy tak akan tunggu lama lama untuk seorang perempuan. Pasal,purata dorang akan jumpa kenalan perempuan yang baru,paling maximum is around 3-4 bulan untuk seorang. Dorang ni peramah. Of course,jumpa ramai orang. Sangat ramai.

Dalam ramai ramai tu,gerenti akan ada seorang mangsa dia. So,kalau girl yang tadi tu lambat sangat nak respon atau sangkut,jual mahal ke,apa apa ke,dia target girl lain yang senang.

Scary kan,girls?

Perbezaan Lelaki Honest Dan Mereka Ini.
Aku gerenti mesti ada certain orang yang baca kat atas ni,akan ingat yang balak dorang tu playboy. Atau anything yang sewaktu dengannya. Senang cerita,tadi aku dah cakap pasal kelemahan playboy. Which is MASA. Time. Dorang tidak akan tunggu lama lama. Dorang cuma nak semua benda jadi cepat.

So,beza nya yang paling obvious?

Playboy = Tak Akan Tunggu Lama
Lelaki Honest = Tunggu Lah Berapa Lama Pun,Demi Cintamu Bla Bla Bla...


Plus,lelaki honest akan buat things for the sake of your good. Lelaki Playboy akan buat things yang HANYA make you feel special. Tu je. Doesnt bring any good for you. Faham tak?

Ada beza tu. Tak faham,baca ulang ulang kali. So,girls mesti pandai main dengan benda ni. Masa. You need to test the guy with time.

Misconception Terhadap Playboy.
Playboy Tabur JANJI Manis.



Nope. Dorang bukan tabur janji. Tidak. Dorang memang manis. Tu je. Anything yang dorang cakap,memang manis. Dah. That's it. Nothing. Bukan dengan perempuan je,but dengan lelaki pun dorang akan cakap manis. Bukan pasal dorang gay,tidak. But,cakap manis as in between guys lah. Aish.

Bila aku dapat tahu girls yang banyak sebut pasal lelaki tabur janji manis lah,apa lah. Aku rasa semua tu karut. Tidak. Playboy cuma sekadar,

Be sweet = Perempuan cair = Anything goes.


Dah. Sweet tu pulak,comes in any kinds of forms. Kata kata? Tindakan? Anything. Tak perlu kata dorang tabur janji manis. Benda yang berbeza.

Playboy Ada Gaya Dan Rupa Tersendiri.
Gaya hensem? Smart? Cool? Comel? No. Tiada gaya. Yillek. Seburuk buruk lelaki (bagi korang lah kan) pun boleh jadi playboy. Kerana apa? Modal mulut.

Agak kelakar kalau girls cakap,lelaki hensem banyak playboy lah,lelaki tak hensem lagi baik lah,etc etc. Actually,tak ada makna pun. Playboy tidak bergantung pada fizikal.



Aku ada kenalan yang,err,rupa dia macam monyet yang hidung besar tu. Apa nama monyet tu entah. Tapi girls keliling pinggang. Pasal apa? Girls yang dia kenal tu, berpendapat lelaki tak hensem lagi baik.

Tapi aku yang sebagai lelaki,yang kenal mamat ni macam mana. Dia playboy yang sangat banyak main dengan rupa. Dia tahu dia tak hensem,so dia trick girls yang anggap tak hensem itu baik.

Ni baru satu. Pasal rupa. Pasal gaya gaya lain? Duit? Kereta? Motor? Pun tak ada makna jugak. Benda ni tak main dengan fizikal,dengan zahir.

Playboy Tak Ada Perasaan.
Sebenarnya,ada. Dorang ada perasaan. Tapi perasaan dorang tu,more towards themselves je. Not to you.

Bila dorang cakap,dorang suka atau dorang angau kat korang. Yes,sebenarnya betul. Memang betul. Memang betul dorang suka. Tapi,dorang guna perasaan dorang tu untuk treat girls professionally.

Their emotions towards you are the seed of his actions. Suka memang suka. But love? No. Ingat,dua benda berbeza.

So,pasal dorang suka tu lah yang dia jadi sweet kat korang. Bila jemu,tinggal macam tu je,cari orang lain. Itu lah perasaan dorang. Macam aku cakap tadi kat atas tu,they will do things that make you feel special,but not for your good.

Kalau Boleh...


Aku nak je provide more information pasal dorang ni. But,I prefer not to. Aku rasa,orang yang baca entry dah cukup faham,dah MAMPU faham,apa ciri ciri dorang yang basic sebenarnya. Entry ni dah kena altered dah pun. Banyak lagi subtopic aku nak sentuh,such as

Ciri Ciri Common Playboy.
Sweet People.
Jenis Jenis Playboy.
Jenis Jenis Mangsa.
Mereka Yang Susah Ditekel.
How To Avoid?


Kenapa aku tak nak provide? Pasal info yang lain lain nanti lelaki boleh salah guna. Tak nak. Apa yang ada kat sini,cukup untuk perempuan tahu apa yang patut buat dan tak patut. Kalau still tak tahu,comment dan tanya lagi apa yang korang nak tanya.

Jujur,aku dah tak nak tengok perempuan kena tipu dengan trick lelaki. Trick halus lelaki. Aku,as a guy yang tahu pasal selok belok benda ni,aku rasa macam obliged to tell the girls regarding these matters.

A woman's worth is more than you can ever imagined. They are not toys.


Perhaps by putting up an entry is already good. Think about it girls. Think carefully. Very very carefully. If you have any friends yang lebih kurang macam nak terkena tu,pandai pandai lah nasihat jugak.


*Updated: Part 2 on How To Avoid kat SINI*

Wednesday, August 24, 2011

Cinta Monyet. Busuk.


Lagu best,suara best. Tapi sayang,lirik lagu mangsa pedophile. Pasang untuk feel sambil baca.


Aku,sejak dah over 18 ni,aku banyak fikir balik pasal apa yang aku pernah buat dulu. Flashback. Flashbackkk balik semua yang dah lepas. Dari kecik kecik,sampai dah besar sekarang. Dari kiut miut dulu,sampai lah kiut miut sekarang. Dari zaman aku gemuk dulu,sampai zaman aku Seth Tan sekarang. Ehem.

Nak fikir balik,apa salah silap aku dah buat,apa benda betul yang aku dah buat. Apa yang orang lagi tua cakap masa tu. Dan apa yang AKU sendiri cakap masa sekarang ni.

Yeah,aku nampak logik pesanan orang orang tua bila aku dah jadi tua. Dulu family aku selalu pesan kat aku,

"Tak payah layan sangat laaaa lovey dovey muda mudi time sekolah ni. Tak ada ke mana pun."


Aku mengaku,after aku dah lepas semua fasa sesat tu semua dulu,aku nampak logik apa yang orang tua tua cakap. Aku nampak kenapa dorang cakap macam tu. Aku nampak logik kenapa cintan cintun time sekolah sangat sangat lah tak munasabah.

Sekarang,bagi aku,cinta monyet boleh dikatakan cinta bodoh.



Orang Melayu lah yang paling simple. Melayu dah la senang gila terpengaruh. Serius senang. Bila tengok orang buat,rasa nak buat. Bila tengok ramai orang buat,kita pun nak join.

Bila kita sendiri tak tahu apa itu cinta,senang senang je nak claim Nafsu itu adalah Cinta. Tak dapat bezakan.

Pro Dan Kontra Cinta Monyet.
Memang. Dunia sekarang sekular,kan? Tak ramai yang pegang betul dengan jalan Allah. Tak ramai yang letakkan Allah dalam hati. Of course,bila dah bercouple,not many yang letak Allah tu number 1 dalam hati. Dorang letak balak atau awek je nombor satu. Family,lain lain semua tolak tepi.

Bila dah clash,mula lah rasa kosong,rasa sunyi. Padahal dorang lupa Allah selalu ada untuk dorang. Awek dan balak nakkk sangat sangat dicari. Yang Maha Mengasihani tu,korang tak cari pulak?

But,think again. If you are really that secular and still wanted to be secular,think logically. Banyak sangat kontra cinta monyet ni. Pro tu hanya bagi dorang yang KUAT dan optimis je. Dan jugak dorang yang tak serius.

Again,tak ramai manusia macam tu. Especially Melayu. SANGAT SANGAT tak ramai.

Pros:
1. Mematangkan Diri,ONLY After Clash (tengok orang).



Yang ni,memang tengok orang. Seriously. Tak ramai yang survive kalau tengok konteks sekarang ni. Gila.

Proses mematangkan diri ni selalu perlukan kesakitan. Pasal biasanya, sakit perit jerih tu lah yang membuatkan orang nak fikir balik,apa salah depa buat,apa yang depa patut buat lepas ni,apa yang sekian sekian. Memang,sakit pasal clash lah yang mampu buka mata seseorang tu.

Maybe buka mata dorang,dorang serik lagi dah nak buat macam tu,nak buat macam ni,bla bla bla. And then decide yang dorang nak tunggu je sampai kahwin nanti.

Ada jugak yang before this maybe sesat gila,but later on after clash,back to jalan Allah. Ada je. Again,macam biasa,manusia. Bila sakit baru nak ingat Allah,kan? Bukti? Tengok je Facebook.

"Ya Allah,hebatnya dugaanku ini. Biarlah dia bahagia bersama dengan orang yang baru."

"Mungkin aku bukan yang terbaik untuk dia. Allah lebih mengetahui."


Dah sakit baru nak ingat. Dah sakit baru nak fikir panjang. Dah sakit baru nak itu ini. Time buat salah tak sedar. Breakups COULD BE your wake up call. Aku ulang, COULD BE.

Caps Lock tu. Ehem.

Kontra:
1. Mudah Sesat.
Yeap. Selalunya lelaki akan sesat dengan nafsu. Perempuan akan sesat dengan emosi. Pasaipa? Usually,budak sekolah menengah ni baru nak kenal dunia. Usually. Memang akan rasa apa yang dorang buat tu betul. Gerenti. Seriously.

Lelaki,memang akan confuse between Love and Lust. Nanti muncul lah,

"You're beautiful. I love you."

"Cutie,sweetiepie,pai manis,apam manis,cekodok manis,whiskas manis. I sayang you okay. Forever and ever and ever muahx muahx muahx!"


Itu adalah bukti. Dorang sekadar SUKA pasal tertarik dengan awek tu. Awek tu hot,awek tu cun. Mana tak tertarik? Lalu,dorang tak tahu adakah dorang tu Cinta atau Ikut Nafsu.

Of course,lelaki yang lead. Perempuan ikut je. Kalau lelaki tu betul dalam setiap tindak tanduk,perempuan tu pun akan betul. Seriously. Again,tengok balik dalam konteks budak sekolah. Dorang akan ingat apa dorang buat tu betul. Perempuan tu akan ikut je lah apa lelaki tu cakap. Sanggup buat apa sajalah kononnya. Ew.

Bila dah ayat,perempuan pun memang akan cair rasa macam dorang memang betul betul in love lah. Rasa macam memang habis in love. Oh lovey dovey.

Kelemahan perempuan di situ,emosi. Benda ni susah nak dijaga oleh perempuan tu. Seriously. Mulut manis lelaki jadi remote control,emosi perempuan ni yang terima signal. Sedangkan adults pun still fragile,lagi lagi lah budak yang baru nak kenal dunia. Di situ yang membuatkan seseorang mudah tersesat

2. Nafsu Disupport Diri Anda Sendiri.
Of course. Memang typically akan dengar kan,nafsu muda. The fact is,it really do exist in you. Budak sekolah,kalau rasa macam nak sangat buat itu buat ini,itu lah sebenarnya. Come on,deny it. Again,bila kau deny tu pun,include nafsu muda jugak.

Especially in coupling. Bila coupling memang nafsu akan disupport habis. Bukan oleh Syaiton Nirrojim,but,anda sendiri. You chose to accept the proposal,you chose to "pelihara" the relationship. You chose to do everything that it needs in a relationship.

You chose untuk pegang tangan. You chose untuk buat bukan bukan.



Again,everything came from you. Dont blame Allah atau takdir when anything is wrong happening.

3. Problematic.
Aku gerenti. Siapa tak pernah tengok Facebook status yang rasa nak muntah tengok?

"Nangis gilerw gilerw. Sampai hatiw diew buat tittew macam niew."


Hoi,PMR SPM dah nak dekat. Pergi belajar.

Obviously,orang yang in love memang banyak problematic. Susah nak fokus,fulus selalu kering,jiwa kacau,tidur tak cukup. Again,lagi lagilah dorang yang baru nak kenal dunia ni. Baru nak explore. Baru nak up. Keadaan memang lagi teruk.

Aku yakin mesti ramai pernah rasa kan? Paling paling pun,saksi je lah. Ini adalah REALITI.

4. Ketagih "Cinta" After Clash.



Bila dah clash. Rasa sunyi. Rasa kosong. Lonely. Forever Alone. Apa lagi? Lepas tu mula lah,tukar tukar balak,tukar tukar awek. Kononnya jumpa pengganti. Padahal,nafsu je yang seksa pasal semakin kurus.

Again,orang orang muda tak tahu pasal benda ni. Sangat tak tahu. Dorang ingat bila jumpa orang baru,

"Inilah cinta sebenarnya untuk aku. Hikmah dariNya aku clash dengan balak/awek sebelum ni."


Padahal,dorang cuma baru merasa hormon badan tu sebenarnya. Bukan love pun.

Pasal tu ada hikmah yang superb kalau keep away from all these things ni. Nanti dah kahwin,bila merasa LOVE tu sebenar,memang sangat sangat superb. Totally. Sangat superb punya lovey dovey.

5. Selagi Coupling,Selagi Tu Susah Nak Matang.
Bila couple,yang datang cuma keseronokan je semata mata. Cuma ada lah sikit sikit problem sana sini. You curang dengan I,I curang dengan You,You ignore I,I ignore You,You ego bla bla bla. Again,tu semua sekadar jiwa kacau. Bukan proses pematangan.

So,when indulged habis dengan keseronokan semata mata,badan pun dah penuh dengan hormon je,especially budak sekolah yang nak membesar ni,proses matang sangat sangat terbantut. Seriously.

Sama macam kalau budak sekolah hisap rokok. Ketinggian terbantut. Cuma kali ni "asap rokok" tu korang dapat through the heart.

Kesan? Minda susah nak berkembang. Dunia diri pun dikekang. Skop minda pun sempit. Lalu muncul lah,dorang yang IQ rendah even kat sekolah. Kalau tak IQ rendah pun, EQ yang rendah. Apa tu EQ? Emotional Intelligence.



Kalau dorang terus continously couple couple tukar tukar,terus sibuk dilayan perasaan,tu yang nampak ramai Melayu susah nak sukses. Berjaya pun sekadar ala kadar.

6. Menyesatkan Lagi After Clash.
Ini yang paling teruk. Kalau dulu bertudung,sekarang dah tak bertudung. Kalau dulu lelaki tu alim,sekarang dah sesat jiwa kacau tidur memanjang,solat semua tinggal.

Memang,setiap clash tu sangat effect gila gila kat seseorang tu. Cuma,terpulang kat diri. Ini adalah ujian yang sangat sangat hebat. Sama ada korang back to Allah,atau korang pergi jauhhhhh sesat menyimpang entah ke mana mana.

Ada yang tak sanggup tahan perit kehilangan,sampai bunuh diri. Ada yang mula pecah dara pasal geram dengan balak lama. Ada yang pendam sampai sakit jiwa. Macam macam.

Semua gara gara? Nafsu dah pelihara awal awal sampai gemuk. At last,even dah tak ada sumber nak suap nafsu,mula cari ikut benda lain pasal nak feed kepuasan dan keseronokan yang korang dah hilang tu.

Again,tengok balik on those yang muda mudi. Pasal tu makin lama makin banyak social problems. Mula dari benda ni lah awal awal. Selepas clash,memang sangat membuka mata. Tapi banyak yang membuka mata terhadap benda benda lain yang teruk je.

Sumber sumber semua point kat atas:
- Why Men Wants Sex And Women Need Love
- Pengalaman Diri Sendiri Dan Orang Lain.
- Ceramah




"The huge reason why we shouldnt be coupling now,is that we will face a break up later."


Mungkin aku dah hidup 19 tahun,tapi aku dah banyak pengalaman dah pasal ni. Ehem. Bukan lah tukar tukar awek. Tidak. Cuma kehilangan awek aku yang paling lama couple tu,yang family aku dah kenal tu,sangat banyak membuka mata aku pasal ni. Life after clash tu pun, sangat merubah persepsi aku. Kejadian memang mengubah diri aku totally 360 degree. Alhamdulillah,keadaan merubah diri aku to someone better dari dulu. Totally.

Even after aku masuk UiTM,aku banyak jumpa dorang yang tak pernah bercouple waktu sekolah. Dan ternyata,dorang tu adalah mereka yang hebat. Seriously hebat. Aku kagum dengan dorang. Dengan matangnya dorang,dengan excellentnya thinking dorang. Korang nak tak jadi hebat dalam hidup? Do consider all these kat atas tu.

Nak geli geli tu,nak berkawan,lantak lah. But coupling during these early days? Sangat sangat merugikan. Ramai dah mengakui benda ni. Think again.

Nafsu muda sangat merosakkan. Once ikut,susah nak return back.

Saturday, August 6, 2011

9 Definisi Cinta.

Ini adalah entry yang panjang. Buka minda dan baca sehingga habis untuk elakkan salah faham.


Baru baru ni aku tergodek entry lama aku. Cerita pasal Lovey Dovey dan Logik Bercinta tu. Aku rasa agak tak cukup. Sangat tak cukup. Dan memang,ada pihak yang mintak penjelasan lebih pasal ni.

So,here it goes again. Aku post mintak penjelasan Apakah Definisi Cinta secara random kat Sahabat Blogger. Nak mintak pendapat orang lain. Aku petik je dari orang ramai. Sekarang,aku explainkan logik Cinta yang aku dapat,based on these 9 definitions of Love yang aku dapat,serta ikut pandangan aku,dan berpegang kepada realiti.


Nak bagi cawan ni kat bini aku boleh? *blushing*



1. Blog Seth Tan
"Cinta bermaksud kita menerima seseorang itu sepenuh hati mengenai keadaan Zahir dan Batinnya,mampu mementingkan dorang dahulu sebelum kita,perasaan yang sangat kuat untuk mengabdikan hidup ini untuk mereka setelah kita mengenal diri mereka dan menerima sepenuhnya sama ada baik ataupun buruk."


Macam mana kau nak mengabdikan diri kau untuk balak dan girlfriend korang,kalau korang tidak memiliki dorang secara halal? Walaupun sekejap Cinta itu berputik sebelum berkahwin,memang,korang still tak mampu nak mengabdikan sepenuh hati. Betul tak?

Boleh ke korang nak apa apa dengan dorang before kahwin? Tak kan? Even though korang menjaga batas,Cinta korang tu pun,still tak sampai matlamat. Adakah sekadar perasaan yang korang rasa itu,Cinta?

Cinta itu tidak mencapai sepenuhnya. Kerana pengabdian diri kepada masing masing tu bukan 100%.


2.Cik Aan Raihan
"Love is not about finding the right person, but creating a right relationship.
It's not about how much love you have in the beginning but how much love you build till the end."


How are you going to create the right relationship with limited space and movement? Yeap. Limited tu,maksud aku,batasan. Kena jaga batas lah kan of course bila tak kahwin lagi. Bila korang langgar,yea,something will go wrong. Tak kira langgar batasan sikit sikit macam pegang tangan ke,apa ke. Something will go wrong.

Macam nak siapkan bangunan lah. Build dari bawah,sampai ke atas. Bila ada batasan, sama lah macam bangunan terbengkalai pasal ada limit. Ada material yang tak ada,so kena tunggu lah. Padahal kat atas tak siap lagi. Tunggu je bila nak continue nak siapkan.

Hasil? Kat bawah tu buruk dah,anjing datang lepak,pokok tumbuh sana sini,simen dah pecah pecah,Indon datang party apa semua kat situ. Sama lah macam Cinta yang korang build tu. Cinta yang start build sebelum kahwin tu akan dikotori.

Cinta selepas kahwin tu pulak macam bangunan yang disiapkan dengan sempurna stage dia dari awal sampai habis. Tak ada halangan membawa kepada tiadanya terbengkalai,tak ada pokok tumbuh,takda semak apa semua,semua berjalan lancar. Bangunan yang siap tu? Complete without any failure.


3. Mejuez,



"Cinta itu bagaikan lukisan,perlu dilukis,dihiasi,dinilai dan dihargai."


Kalau bercouple? Setiap perhubungan tu macam satu canvas putih. Batas adalah bagaikan bilangan pen. Bila bercouple,sangat banyak batasan. More batasan in a relationship,more batasan in drawing. Contoh,kurang pen nak melukis. Faham tak macam mana? Err,macam,apa benda tah proportional to bla bla bla tu. Dah lupa.

Dengan bilangan pen yang kurang tu,korang pun lukis lah sepuas hati,cuba lukis lawa lawa. Tiba tiba nak tukar pen lain tak boleh,pasal ada satu pen je. Canvas yang dilukis tu pun,tak siap. Lepas tu menyirap. Letak tepi.

Lukisan itu jadi lukisan separuh jalan. Tidak dapat dihiasi,tidak dapat dinilai,tidak dapat dihargai. Silap hari bulan,canvas tu kena koyak,buang.

Lukisan tidak dapat siapkan. So,Cinta tak menjadi. Yang betul betul komited tu,cari jalan nak siapkan lukisan dia tu. Pergi kedai cari pen. Keluar duit.

In real life,kira cari jalan nak nikah lah.

Kalau sudah bernikah, dikaitkan dengan definisi ni,macam, dah ada banyak Pen untuk buat lukisan tu. Boleh lukis sepenuh hati. Boleh hiasi sepenuh hati. Boleh tukar tukar pen warna warna untuk mencantikkan lukisan tu. Batasan adalah ditahap minima.

Lalu,terciptalah lukisan yang cantik dinamakan Cinta di atas canvas putih bernama Relationship.


4.Fahmi Mahat.
"#1: cinta melemahkan pencintanya , dan akan mengikut kehendak yang dicintainya
#2: dihadapan orang yang dicinta, kita merenung ke dlm mata, di hdpn yang dicrush + suka, kita tersipu
#3: cinta adalah harapan"


#1: Perkahwinan menguatkan antara satu sama lain,tidak melemahkan. Kerana apabila berkahwin,kehendak masing masing tu memang dah fulfilled. Tapi bukan pada couple. Still ada yang missing. Seriously.

Mengikut kehendak yang dicintanya? Kalau dapat pasangan yang kehendak bukan bukan sebelum kahwin,kau nak fulfill ke? Kehendak agama mau letak mana? Kantoi lah yang bercouple tu tak tinggikan agama.

#2: Aku pernah baca dulu,tapi hilang sumber. Dia kata "Merenung wanita yang bukan mahram secara berpanjangan umpama merogol wanita itu". Correct me if I'm wrong.

Kau nak "rogol" orang yang kau Cinta tu? Sanggup ke? Kalau kau claim kau Cinta,kau takkan sanggup.

#3: Harapan tetap harapan. Kena berpegang pada Realiti jugak.

"Frustration is the difference between Hope and Reality." - John C Maxwell.


Dalam realiti,apa apa pun boleh berlaku. Bila bercouple,bila bila boleh clash. Dalam dua hari boleh ada balak baru. Takda waktu idah,takda apa semua. Bila Cinta selepas kahwin? Harapan dan Realiti adalah sangat terpelihara. Paling teruk pun,harapan itu hancur sekejap,ada waktu 3 bulan untuk berfikir lagi,mewaraskan akal.

Kerana ikatan yang sangat kukuh dah ada.


5.Miss Nurul.
"cinta itu kawan :) haha ayat cite kuch2 hota hai :))"



Kalau dah kahwin,lagi banyak kita mampu share. Aku repeat, MAMPU share. Pasangan tu yang lagi tahu serba serbi pasal kau,tahu baik buruk pasal kau. Lalu,dia lah yang jadi kawan sejati kau.

Pasangan = Kawan Sejati
Cinta = Kawan
Pasangan = Cinta sejati.


Kalau belum berkahwin,admit lah kan,yang dah tahu segala baik buruk tu,gerenti ada langgar batasan agama. Gerenti. Tak banyak pun,sikit. Kerana malu itu sudah berkurangan yang amat. If so,mana korang letak agama korang kat hati korang?

Matematik kat situ! Jangan asyik nak kira No Study = No Fail je.

6. Cundaa.
"cinta yg ikhlas datang dari hati yang suci..
cinta untuk ALLAH, taat perintahnya,
cinta untuk manusia, jujur dan setia kepada sidia.
c=cinta
i=itu
n=nikmat
t=tAPI
A=awas.....jgn buta kerana CINTA"



Apabila Cinta untuk Allah tidak ada,kita tidak akan taat perintahnya. Kalau tidak taat perintahnya, mana mau dapat hati yang suci?

Kalau tidak ada hati yang suci,macam mana nak bercinta dengan ikhlas?

Apabila tidak ada keikhlasan,macam mana nak Jujur dan Setia kepada si dia?



Semua sangat sangat berkait kalau tengok betul betul. Alah,kalau couple memang gerenti ada langgar punya perintah Allah,secara sedar tak sedar. Paling paling pun,bergayut sampai hati jadi bubbly. Betul tak? So,fikir balik ikut definisi Cinta ni.

Adakah anda berCinta dengan suci sebenarnya kalau bercouple tu? Kalau Cinta mula selepas kahwin,memang gerenti suci.


7.Azizah Alwi.
"Love is like handling a gun, having them to point at your heart and trusting them to never pull the trigger.itu definisi cinta bagi aku.haha"


Kalau bercouple,memang gerenti bila bila korang akan clash. Gerenti. Bila clash tu,pasangan tu yang akan tembak hati korang. Kalau berkahwin? Aku tak cakap dorang tak akan tembak hati tu. Tapi probability tu adalah sangat kurang. Kepercayaan tu pun adalah sangat banyak terhadap pasangan.

Pasangan yang berkahwin akan fikir masak masak,fikir dalam dalam,untuk tembak hati orang yang pernah dorang share hidup bersama tu.

8.Nyamuk Terbang.



"cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan..wlau pedas hingga mengalir air mata masih mahu dimkan jua"


Sambal Belacan tu nikmat. Pedas tu adalah perasaan. Bila pedas,of course lah cari bahan nak hilangkan pedas kan?

Bila bercouple. Sorang hujung sini,sorang hujung sana. Korang pedas kat hujung sini,bahan nak hilang pedas kat hujung sana. Korang pun pergi lah hujung sana nak bagi hilangkan pedas. Tak pun,at least,contact lah kan.

Tengok tengok nanti,korang akan ada wujud satu jurang kat situ. Jurang tu ada pasal korang bercouple. Memang. Gerenti punya. Jurang tu memang akan ada. Kesan? Pedas tak dapat nak hilang betul.

Perasaan yang mengalirkan air mata tu,tidak mampu hilang sepenuhnya. Muncullah pendam,sakit,etc etc.

Kalau cinta selepas kahwin? At least lah kan,at least,senang je nak capai bagi hilang pedas. Bahan nak hilang perasaan yang mengalirkan air mata tu,ada selalu dengan korang. Sentiasa untuk korang. 24/7 devoted dengan korang. Kalau pedas menangis nangis tengah malam,boleh kejut tengah malam.

Tidak ada kesan perasaan "pedas" yang terkumpul dalam hati. Muncullah hidup yang hasil dari hati yang bersih 2.0

Selalunya perempuan lah yang "mencari tempat dan bahan menghilangkan pedas". Bila ada tu,di situ tempat bergantung dia. Seriously.

9.Mat Lanchang.
"Cinta = Sesuatu yang kita sayang"


Kalau kita sayang sesuatu tu,kita mesti jaga dia elok elok,betul tak? Come on,sayang handphone,jaga handphone. Tak sayang,campak handphone kat anjing. Sayang kereta,bawak carefully. Tak sayang kereta,bawak macam haram.

Macam mana kita nak menjaga betul betul seseorang yang belum halal tu,untuk lead a good life together? Paling paling pun,memang akan ada terkumpul sedikit dosa tu kat situ. Paling paling lah kan. Itu sedikit sebanyak,korang dah mengotori dah diri dia.

Mengotori dia,sama lah macam bagi calar sedikit je kat kereta korang. Sedikit je. So,adakah korang tu menjaga dia? Menjaga tu always come with Sayang. Automatik. Tak dapat dipisahkan.

Pak Jaga pun sayang tempat yang dia jaga tu.

Kalau cinta bermula selepas kahwin,dapat jaga habis dari A to Z. Sehabis habisnya. Kalau couple, A to F. Pastu skip beberapa huruf. Pastu start balik J to M, dan seterusnya.



Nampak tak logik dia macam mana? Sekali lagi,logik akal Cinta yang datang dari definisi secara sekular ni pun,memang akan tunjuk kepada kahwin. Seriously. Nampak sangat tak ada guna kalau bercouple couple,nak claim korang "Cinta" sebelum kahwin sebenarnya. Tidak logik. Tiada logik. Kalau ada pun,still tak lengkap lagi,dan perkataan "Cinta" yang korang claim tu,bukan sampai tahap Cinta yang betul lagi.

Memang guideline Islam tu sangat perfect dengan menyuruh,seseorang yang jatuh hati kepada wanita tu,terus berkahwin. Selepas berkahwin itu lah bermulanya Cinta. Di situ korang nak mula build the relationship to the max. Tak ada tangguh tangguh,limit sangat kurang.

Orang sekarang ni ramai confuse between Nafsu and Cinta. Sampaikan tiap tiap hari dok cakap Ailebiu ailebiu kerana ada muncul satu perasaan dalam diri tu. Tu bukan cinta namanya. Tu nafsu. Bila itu yang diikutkan,habislah hancur Cinta yang korang cuba nak build tu.

So,think again,adakah sebenarnya korang sedang dok layan Cinta,ataupun "Cinta"? Jikalau anda masih ingin kuat meneruskan dengan cara Cinta sebelum couple tu, bermaksud minda anda dijajah Sekularisme. Seriously. Ingat,Cinta,Nafsu dan Jatuh Hati adalah perkara berbeza.

Macam sekarang. Aku bukannya cintakan Lisa Surihani. Tapi sekadar jatuh hati. Ehem. Dia comel.

Fikir fikirkan.


P/S: Ribuan terima kasih ditujukan khas kepada semua yang membantu aku dalam berikan definisi ni. Hehe. Sangat sangat. Terima kasih sangat sangat. Kat sini,aku backlink terus ke blog korang.

To readers,jangan lupa visit blog dorang sekali okay :D

Saturday, July 30, 2011

Rantai Hidup (Promo)



Situasi di ceritakan dalam bentuk dialog.

"Aku tak sangka dia akan buat macam ni kat aku. Sampai hati dia tinggalkan aku? Aku punya lah lawa. Dia kata dia cintakan aku. Dia kata dia tak akan tinggalkan aku. Dan aku telah berikan segalanya kat dia. Kenapa dia tinggalkan aku??? Mana janji manis mu Jantan??? Kau berkahwin dengan minah tudung entah apa apa tu tiba tiba. Kenapa??? Kau kata kau cintakan akuuu???!

Ini sangat tidak adil. Hidup sangat sangat tidak adil. Aku tak sanggup hidup lagi macam ni. Biarkan aku bunuh diri. Biarkan. Maruah aku sudah tergadai. Tiada guna aku hidup lagi"


Permulaannya? Cinta. Suatu perkara yang simbolkan sebagai bentuk hati warna merah dan comel. Macam lolipop. Perasaanya? Sesuatu yang mungkin nampak senang apabila perasaan itu muncul. Apabila sudah ada,seribu satu alasan kau tujukan untuk menghalalkan cinta kau. Mengatakan Cinta itu suci. Melihat bagaikan Cinta itu adalah segalanya. Melihat bagaikan Cinta itu yang membawa hidup kau ke arah yang baik.

Tapi kau tidak sedar. Kau sekadar rasa sahaja kau tahu apa itu Cinta. Dan kau sanggup melanggar batasan agama demi mengagungkan Cinta. Permulaan Cinta yang sememangnya suci itu kau kotorkan. Akhirnya,kau terjun KB Mall. Video kau terjun masuk Youtube. Lepas tu aku tengok. Lepas tu aku bagitau kat sini yang aku tengok.

"Pegang tangan je. Alah,sikit sikit je pun."

"Peluk dia je. Taknak orang lain sibuk himpit dengan dia dalam KTM ni. Aku melindungi orang yang aku sayang."

Memang. Kecil je tu. Kecil je. Kan? Nampak simple je kan?

Semua itu sekadar permulaan kecil bagi sesuatu yang besar dalam hidup kau. Ingat,rantaian situasi tidak akan putus dalam hidup ni.

Semua hasil dari tindak tanduk kau. Jangan salahkan takdir jikalau kau satu hari nanti kau kecewa dari semua itu.

Sambungan entry di blog Memadam Komplikasi

Thursday, July 14, 2011

Lovey dovey? Cinta? Apa logiknya? Part 2

Ini adalah entry yang superb panjang. Superb gua cakap.


Kadang kala aku sudah naik penat dengan hidup. Terlampau penat dengan segala tipu helah dunia,tipu helah Syaiton Nirrojim. Penuh benci,menyampah,menyirap,dengan spesies mereka ni.

Tiap tiap hari nak sangat menyesatkan aku dan orang ramai. Aku akui aku masih manusia biasa yang kadang kadang masih tersesat.

Aku perlu selalu nak aware dengan segala apa tindak tanduk aku yang tidak sedar. Kadang kadang,contoh cinonet,bila subuh,masih liat lagi nak bangun. Tapi bila sedar itu adalah waktu subuh,dan sedar itu adalah amanah dan tanggungjawab,aku akan cuba nak lawan rasa liat tu.

Nasib baik aku bernafas lagi waktu subuh tadi.

Aku teringat la dulu dulu aku macam mana masa pagi tadi. Masa zaman dulu dulu, aku pernah been on both sides masa dulu dulu,zaman baik baik dan zaman sekular. Dimana ada satu zaman aku sendiri dulu azan subuh kat surau hampir tiap hari,dan jugak ada zaman aku sendiri selalu mengelat untuk subuh in any means necessary. Antara dua zaman lama aku dulu tu,jangka masa tak lebih pun dari setahun. Satu perubahan yang sangat ketara dapat aku rasakan.

Sumpah,tak best gila rasa dia. Hidup jauh dari rasa tenang masa zaman sekular tu. Semua gara gara pengaruh lovey dovey yang membutakan.

Bercakap pasal benda ni. Macam mana lovey dovey stuff ni boleh pengaruh daily life? Bila korang baca situation kat atas ni,mesti korang rasa macam,tak ada kaitan sangat kan? Antara subuh,dan cinta.

Aku nak cerita pasal kenapa,tak kira sealim alim manusia,tak kira sehebat hebat ilmu agama dalam seseorang manusia tu,macam mana diorang boleh sangkut jugak dalam maksiat.

Macam mana seorang perempuan bertudung labuh,dok gembira gila bersenggama dengan balak beliau lalu tersebar menjadi 3gp hangat Melayu bla bla bla.



First of all yang paling kena ingat,sememangnya kita tidak maksum,memang dah stated lah kan?

Tetapi,ni aku nak tengok dari satu sudut lain. Sudut berada sendiri di dalam "konon Cinta Islamik".

When it comes to Cinta Islamik ni,aku yakin,memang ramai yang bercouple memang akan ada yang kejut balak atau awek korang untuk subuh,ajak berbuat baik,dating tak pegang tangan,etc etc. Paling paling bila rasa hormon naik gila,korang akan bergayut je. Tu je. Paling paling la kalau ikut situasi normal sekarang.

Tapi kena lihat balik,perempuan,bila bercinta,emosi mereka ni adalah diluar kawalan. Semuanya memang akan bergantung pada lelaki. Tak kira perempuan tu sebaik mana,sealim mana,sekuat mana pegangan mereka pada agama. Lagi lagi apabila mereka yang bertudung labuh,mereka akan rasakan cinta mereka terhadap balak dorang tu adalah cinta yang sangat suci. Tapi,itu sekadar RASA je lah. Cinta atau nafsu,tengok pada situasi.

Betul,aku tak tipu. Aku pernah TER tekel budak sekolah agama dulu. Aku tahu lah.

Mereka tetap manusia. Manusia yang berhormon,manusia yang tidak maksum,manusia yang Iman ni selalu turun naik.

Manusia yang bernafsu.

Benda ni semua buatkan aku tak percaya dengan couple muda mudi yang kata dorang tengah on cinta Islamik. I dont believe in it beri beri much. Lambat laun lagi tu nanti adalah jugak yang tersesat. When it comes to cinta yang Islamik ni,aku cuma percaya pada tunang dan kahwin je.

Why Kucing Serius why? Dorang bukan buat apa pun. Loving in such a good condition kot. Bagus gila weh dorang. Couple couple,selalu kejut subuh,apa tu semua.


Minah gambar ni mesti tak baca blog aku ni.


Bila berlovey dovey,aku nak highlightkan satu perasaan ni yang couple akan rasa. Rasa tingly dan seronok tu,memang perempuan tu akan rasa bila in love kan? Rasa macam,indah gila teramat.

Perasaan ni adalah satu benda yang sangat lah bahaya bagi perempuan,tak kira bertudung labuh atau tidak,bertudung ataupun tidak,straight ataupun bisexual. When it comes to perempuan,benda ni bahaya.

Boleh lead kepada sesi mengawan. Kalau tak pun,at least,intro lah.

Yeap. Itu perempuan. Mereka hanya menerima tindak balas yang diberikan oleh lelaki. Kalau lelaki pulak? Apa role dorang?

Mengayat,menyampaikan kata kata jiwang berbunga habis nak muntah. Dan memang,lelaki tak tipu. Mereka cuma akan tertipu dengan perasaan. Dorang akan rasa,rasa syiok,rasa best gila,rasa indah gila,bla bla bla. Dorang akan sampaikan dan expresskan semua feeling tu kat perempuan tu,tak kira dengan ayat romantik cara apa sekali pun.

Contoh:
Satu adegan dating di sebuah pondok terdedah di tepi tasik. Seorang lelaki yang kurus gila,rambut sikat belah tengah,muka skema gigi jongos,baik gila,tak tinggal solat,bersama sama dengan aweknya yang manis,ayu,bertudung labuh. Alasan mereka rasa boleh dating kat situ,pasal tempat terbuka.

"Sayang,saya bersyukur gilerww Tuhan temukan kitewww kan. Saya sayang awak banyak banyak tau. Awak jangan tinggalkan sayewww." <- Lelaki start luahkan rasa indah gila habis lah couple cara Islamik diorang ni.
"Saya lagi bersyukur tau awak. Syukur cangat cangat. Awak baik cangat. Saya yakin awak mampu jadi Imam saya." <- Perempuan yang dengar tadi tu,beri respon. Dua dua rasa best gila after meluahkan. Feeling yang takleh nak describe.

Lalu,bila dua dua dah rasa best dalam dada tu,terus rasa macam dunia ni dorang punya. Dah tak nampak dah orang lain. Berdebar debar,rasa romantik,rasa yang sangat sweet. Takleh nak describe.

Dorang memang duduk dah berjauhan dah,satu hujung pondok situ,satu hujung pondok sini. Namun,bila dah luahkan tu,senyuman dan renungan dilemparkan dari jarak satu depa itu. Dorang tak nampak Syaiton Nirrojim kat tengah.

Bila rasa dah romantik,

Indahnya dunia ini bagai mereka yang punya,suci nya cinta mereka itu,dorang rasa begitu.

Rasa je begitu. RASA JE

Wajah semakin berdekatan,terasa lebih indah.

Dekat lagi,dekat lagi.

Setepek kucupan diberi,mengubah segalanya. Aliran elektrik lalu dalam badan kedua duanya.

Lalu...

"Assalamualaikum. Dah kahwin?" Termuncul lah golongan mereka yang pakai ketayap di belakang mereka,sambil bawak video camera,rakam dorang ni pastu masuk Youtube. Lepas tu aku pun tengok,bantai gelak ramai ramai dengan member.



Nampak tak perasaan tu macam mana? Bukan lah pujuk rayu atau bla bla yang semua orang commonly known sekarang ni. But,cinta itu sendiri memang akan membawa satu jenis perasaan yang susah nak dikawal. Serius. Kucing Serius. Especially bila umur sangat muda,tapi nak "membaikkan" cara lovey dovey dorang dengan setkan yang dorang sedang couple Islamik.

Perasaan tu cuma paling best nak sampaikan tu bila dah kahwin nanti. Makkk,nak kahwinnnnn.

Even kalau bergayut pun,bila perasaan tu dah ada,dia memang akan accumulate dalam diri tu tanpa sedar. Setiap hari menahan perasaan tu,kononnya jaga batasan. Benda tu bukannya rindu,bukannya nafsu,but,a kind of feeling that is hard to be described.

Perasaan tu lah yang akan membutakan diri itu,walaupun tidak lama,tapi sekejap je,dah membawa satu perubahan yang sangat sangat besar dalam hidup kalau kita rasa masa couple couple ni. Daripada hidup yang diberkati dan tenang,nanti slowly dan slowly akan rasa hilang tenang tu.

Perasaan tu yang akan tambah sifat macam macam yang baru dalam diri. Nanti mula lah rasa malas nak subuh,malas nak itu ini,solat laju laju nak siap pergi dating,rasa macam nak start pegang tangan,etc etc.

Perasaan tu akan overcome melalui celah celah amalan korang,yang korang dah claim korang kejut subuh,apa tu semua,korang akan dah rasa "cukup baik sangat" dah bercouple macam tu. Benda tu akan kabur mata korang,bawak korang into something that you may regret.

Percayalah,memang akan dapat rasa obvious perubahan kepada sesuatu yang jauh lain hidup tu rasa bila anda couple. Perasaan yang tidak tenang,tapi kita akan cuba nak deny. Cuba selidik betul betul.

Aku bila hidup single ni dah dapat rasa balik tenang dia.

Sangat tak logik bila orang claim couple Islamik ni. Couple tu,cuma nafsu yang disalah tafsir. Tak ramai yang end up in love yang betul betul love,the pure love.

Now this is the real logic about lovey dovey stuff,part 1

Sunday, July 10, 2011

Lovey dovey? Cinta? Apa logiknya?

Ini adalah entry yang superb panjang. Superb,gua cakap.


Lately ni aku macam jumpa banyak dorang dorang dan mereka mereka yang stok putus cinta. Mereka yang dulu bercintan seronok gila,tapi sekarang hidup single dan enjoying life. Masing masing admit dulu tu semua sia sia semata mata,dan masing masing ada pandangan sendiri dengan cintan ni,based on pengalaman dorang.

Dan dalam banyak banyak pandangan tu,aku ada jumpa fahaman yang common.

Sejak aku single dulu,banyak benda yang aku fikir sampai sekarang. Masa awal awal single dulu,aku selalu tertanya tanya,betul ke ex aku ni orang yang aku sayang dan cinta? Masa tu aku masih belum betul betul faham lagi apa lovey dovey ni semua. Aku masih betul betul tak faham.

Lepas tu,bila hidup single aku bermula,aku mula dengan gaya hidup Seorang-Lelaki-Yang-Cuba-Nak-Lupakan-Ex-Beliau. Cuma aku tak tukar tukar awek. Hidup aku memang single sejak tu. Ehem.


Even gua gemuk masa single dulu,gua hot stuff tau!


Dari situ lah aku jumpa bermacam macam jenis manusia. Semua memang bukak luas mata aku. Ada yang lurus bendul,ada yang bijak,ada yang cemburu buta,ada yang kaki clubbing,ada yang bekas maahad,ada yang hot stuff jual mahal,ada yang lesbian. Macam macam. Masing masing aku rapat waktu tu. Dari situ aku banyak kaji sendiri,apa tu sayang?

Adakah angau tu sekadar sayang? Adakah bila perasaan rasa membuak buak nak bersama dengan dia tu,adakah couple dan bermaksiat maksiatan tu,itu semua tanda sayang?

Jawapan yang aku jumpa,adalah A BIG NO. When it comes to lovey dovey stuff,semuanya lead to kahwin. Yes. Apabila ada wujudnya perasaan,lalu membawa actions menjerumus kepada kahwin dan akad nikah,malam pertama yang halal OH YEAH itu lah tanda cinta dan sayang. Ehem.

Agak kelakar kan bagi orang orang muda nak faham benda ni?



Masa zaman jahiliah aku dulu dulu,memang aku admit,aku tak nampak logik akal kenapa zaman muda muda dulu orang selalu dok judge kata tu semua cinta monyet,kenapa tu semua cinta berlandaskan nafsu,kenapa orang selalu kata itu ini. Aku pun tak nampak the reason why semua budak budak Haram Police kat sekolah aku,kata macam macam pasal lovey dovey ni. Serius,aku tak nampak. Apa yang aku nampak cuma bestnya cintan masa tu.

Tidak kira siapa pun,ramai yang tak nampak jelasnya dan penerimaan logik kenapa cintan itu kenalah later,dan sia sia je kalau bercouple couple ni.

Kenapa kah? Okay kat sini cerita bermula.

Cuba fikir balik. Translation cinta manusia bagi setiap orang,masing masing adalah subjektif. Bagi aku, "Cinta bermaksud kita menerima seseorang itu sepenuh hati mengenai keadaan Zahir dan Batinnya,mampu mementingkan dorang dahulu sebelum kita,perasaan yang sangat kuat untuk mengabdikan hidup ini untuk mereka setelah kita mengenal diri mereka dan menerima sepenuhnya sama ada baik ataupun buruk."

Bila ikut pandangan Mejuez,katanya "Cinta itu bagaikan lukisan,perlu dilukis,dihiasi,dinilai dan dihargai." Sedih gila story dia.

Bila ikut pandangan Cik Aan Raihan,katanya "Love is not about finding the right person, but creating a right relationship.
It's not about how much love you have in the beginning but how much love you build till the end."


Ini cuma 3 description yang aku pilih dari banyak banyak. Okay,itu baru satu hal.



Sekarang,tengok pulak persoalan jodoh dari segi Islam. Aku bet,mesti time korang tengah coupling korang nak relationship korang berkekalan sampai kahwin kan? Kan? Kan? Kan? Betul tak betul tak? ;D

Kalau tak tu memang korang penipu la.

Jodoh dari Syaitan: Pasangan yang berkahwin setelah pernah berzina / membuat maksiat sesama pasangan tersebut.

Jodoh oleh Jin: Jodoh yang diperolehi dari amalan-amalan seperti penggunaan Minyak Dagu, Nasi kangkang dan sebagainya.

Jodoh oleh Allah: Jodoh yang berlandaskan suruhan dan amalan-amalan / garis panduan Islam.

Tiga jenis contoh jodoh ni aku ambil dari Perempuan Jomblo. Pernah jumpa pasal benda ni dulu tapi buku tu aku tak tahu kat mana.

Okay. Aku nak highlightkan Jodoh oleh Allah ni. Jodoh dari segi Islam lah kan. Pernah dulu aku dengar baca artikel,kalau jodoh dari segi Islam ni,nak dipendekkan cerita,dia cuma berjumpa,kenal,berkenan,terus berkahwin. Tu je. Kalau pendek cerita la.

And then,cuba dikaitkan dengan hidup manusia sekarang ni,dimana memang manusia terkonpius antara jatuh hati,dan cinta. Jatuh hati tu memang lah ternyata berkenan. Tapi jatuh hati bukannya cinta.

"Jadi macam mana nak kahwin kalau belum bercinta? Ishhh. Tak logik. Tak logik. Baik bercinta dulu baru kahwin! Setakat berkenan je terus kahwin,rasa cinta tak ada. Aish." <-- Ini tipikal pemahaman zaman sekarang.



Berbalik balik kat atas sekali tu,ada 3 pandangan orang berpengalaman pasal cinta yang betul betul cinta ni. Gabungkan dengan jodoh dari segi Islam. Apa yang anda nampak?

Yang aku nampak,cuma A Perfect Love Life. Aku ulang sekali lagi,PERFECT.

Yes. Indeed. Tengok balik. Bila berkenan kat awek tu,terus chup kahwin. Sarung lah cincin tunang ke apa. Bila berkahwin,sememangnya kita dah letakkan devotion life kita tu dengan each other,betul tak? Bila kita berkahwin,di situ lah bermulanya episod kertas lukisan baru yang putih,dimana kat situlah kita akan menghiasi,menilai dan menghargai,betul tak? Bila berkahwin,di situlah kita akan start creating the right relationship,no matter if you have the love in the beginning,but you are going to build it until the end,betul tak?

Halal haram pun senang terjaga. Tak perlu nak tahan nafsu bersenggama masa tengah cinta time couple couple ni.

Pi mai pi mai celah mana pun,semuanya akan lead to one single solution dan conclusion. Akad Nikah. Tu je. Kan? That is all. Tak faham? Baca balik dari atas.



Tengok,Islam tu indah kan? Semua dah setting baik dah. Cuma akal manusia kena fikir dalam dalam tengok keindahan Allah dah tetapkan kat merata rata,secara tersurat dan tersirat.

Bila pandang ikut sudut inilah,nampaknya tak logik bercinta tu kena bercouple couple. Putus satu,cari satu,tukar tukar balak/gerlpren. Aishh.


Kekecewaan aku waktu dulu,membuka mata aku pada semua benda ni. Sebelum ni aku tak nampak. Masa tu cuma indahnya lovey dovey ni,best gilewww lah dok cayunk cayunk ni. Tapi,itulah. Masa tu kan member Haikal si Syaiton Nirrojim banyak menyelit,bila dah bercinta without ikatan. Banyak yang dia senang hasut tanpa kita nampak,tanpa kita mampu lawan masa tu.

Thursday, July 7, 2011

Cinta.

Ramai orang makin confused dengan benda ni. Satu perkataan bodoh bernama Cinta. Ramai tak tahu apa itu cinta. Masih tidak mengenali apa itu Cinta.

Cinta bukan mampu datang dari beberapa hari berkenalan dan terus jatuh hati. Jatuh hati dan Cinta adalah berbeza. Cinta adalah sesuatu yang jauh lagi bermakna dari itu.

Cinta bukan datang hanya daripada orang yang kita suka. Orang selalu kata Cinta tu akan datang bila kita dah suka kat seseorang tu. Suka hanyalah pada Zahir,Cinta adalah sesuatu yang tidak dilabelkan sebagai Zahir atau Batin.

Cinta bukan senang nak wujud kembali dalam hidup setelah kita kehilangan seseorang tu. Bukan senang. Kalau kita Cinta dan berpisah,memang sukar untuk perolehi Cinta tu balik dan menyintai orang lain kemudiannya.

Cinta bukannya datang after lelaki tu mengorat perempuan tu.

Jadi,apa tu Cinta?



Cinta bermaksud kita menerima seseorang itu sepenuh hati mengenai keadaan Zahir dan Batinnya,mampu mementingkan dorang dahulu sebelum kita,perasaan yang sangat kuat untuk mengabdikan hidup ini untuk mereka setelah kita mengenal diri mereka dan menerima sepenuhnya sama ada baik ataupun buruk.

Tidak kira manusia yang macam mana pun,sama ada playboy,playgirl,pelacur,Raja Lawak,Perdana Menteri,mahupun artis Bintang RTM,hanya ada seorang yang sangat bermakna dalam hidup dia,sama ada dia masih memilikinya atau tidak.

Perempuan banyak tak sedar pasal benda ni. Ramai menganggap cinta itu adalah jatuh hati. Ramai menganggap lelaki bila sweet dengan anda,mereka tangkap cintan dengan anda. Tidak. Ada lelaki yang memang dah automatik memang sweet. Nak buat macam mana.

Lelaki senang tertipu dengan perasaan suka dan jatuh hati pada peringkat awal. Itu semua sekadar reaksi kimia dalam kepala. Jangan biarkan lelaki tu menipu anda pula dengan perasaan dia. Dia bukan menipu perempuan dengan kata kata,tetapi menipu dengan tindakan mengikut hati.

Aku taknak cakap banyak dalam entri ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...