.

Showing posts with label luahan palat. Show all posts
Showing posts with label luahan palat. Show all posts

Tuesday, January 8, 2013

Bersarang Siap Tumbuh Pokok Dan Hutan

"Tanya sama pokokkkkkkkkkk. Apa sebab goyangggggggg. Ada angin yang goncanggggggg". False. Ada kucing bergayut kat atas dahan tapi tak dapat turun pasal bomba malas nak ambik. Kesian kucing tu. Dia buat signal goyang goyang dahan tapi orang yang tengok tu buat lagu pulak. Pastu dia famous. Kucing tu still tersangkut atas pokok tu lagi. Mengiau tak habis habis. Ehem.



Blog aku dah jadi pokok rupanya.

Wednesday, July 11, 2012

Sebulan Lebih.

Memang lately ni aku away. Away yang agak away. Kesibukan duniawi. Huh. Sekarang tinggal hujung hujung musim exam dah. Lepas tu boleh berjimba. Berguling guling comel atas katil sendiri di rumah Sg Buloh. Dating dengan Mak bawak jalan jalan Malaysia. Kacau Kucing Menggoda. Pergi terawih for this upcoming Ramadhan. Tolong Mak masak untuk berbuka. Kacau Kucing Menggoda lagi.

Eh. Dua kali kacau dah tu. Hihi.

Aku selalu je bukak blog aku. Tapi aku bukak je terus pergi kat new post. Taip halfway pastu tetiba mengantuk then tidur. Pasal aku bukak new post tu pasal bila ada masa je. And of course,bila ada masa tu memang diisi dengan tidur je. Selain makan. Makan pastu tidur. Fuh. Nikmat.

Speaking of bukak blog,baru tadi ni aku notice something.



Sebulan lebih dah aku tak update rupanya. Gila. Sungguh gila. Macam apa. Cis. Cis cis. Double cis cis lagi.



Thursday, May 31, 2012

Langkah Masa.



Dalam banyak banyak benda kat dunia ni,akan ada satu benda yang paling paling pantang aku kena. Which is rasa tak boleh tidur. Fuh. Tidak boleh sama sekali. Kerana rasa tak boleh tidur dan perasaan terpaksa tidur akan menyebabkan pembaziran masa tahap maksima. Sungguh. Berimaginasi lah banyak mana pun atas katil yang mendodoi. Nyanyi lah lagu seromantik dan sejiwang mana pun. Careless whisper ke. Whisper whisper pun tidur tidak akan datang selagi mengantuk tidak ada.

Mengantuk pulak selalu datang time time tak kena. Cis.

Cakap pasal tidur,






Lately ni tidur aku sangat tunggang langgang yang super awesome tunggang langgang. Which is selalunya pukul 9am baru aku lena. Bangun at 3. Aku tak pasti kenapa. Aku tak pasti mengapa. Mungkin kerja bertimbun membuatkan aku tak rasa nak tidur. Tapi time buat kerja mengantuk pulak datang. Mengantuk siap dengan rasa mabuk. Ergh.

Not at the right time.

Cakap pasal kerja,





Atas ni gambar mockup model. Pavillion untuk kanak kanak. Tinggal sikit lagi dah nak masuk final. Final sekentut je lagi. Bak kata pepatah mat saleh, "sekadar sekitar sudut itu." Betul tak tipu. Muka comel macam ni ada ke nak tipu. Cis. Kerja banyak. Final crit tinggal seminggu.

Baru baru ni join competition Reka Setia Inter Varsity Playground Design. Nama nak panjang osem. Aku harap design aku tu salah satu design yang osem lah di mata depa. Aku dah buat comel comel untuk kanak kanak riang dan muda mudi yang comel. Competition tu pulak memang timing comel lah. Final project aku buat benda yang sama jugak macam depa nak. Alang alang menyeluk pekasam,biar sampai masuk ke swimming pool. Dengan comel.

Just at the right time.


Cakap pasal comel.




Aku sekarang ni dalam keadaan yang aku tak boleh nak percaya manusia yang comel ataupun sebagaimana pun menarik hati akal nafsu fikiran mental zahir sampai batin. Serious. Aku tak boleh percaya langsung. Pasal lately ni aku banyak kantoikan ramai orang tahap gila gila punya kantoi. Dan dari situ aku nampak macam mana zaman sekarang ni sebenarnya. Apa yang aku boleh cakap? Manusia yang nampak paling baik tu lah yang tak boleh dipercayai.

Just in time.

Cakap pasal percaya,









Aku rasa macam nak karok. Apa kena mengena dengan karok dan percaya? Well. Percayalah tu kan lagu Siti. Lagu Siti lak selalu gila orang karok dekat pusat karaoke yang busuk nak mati tu. Masuk sana wajib bawak tong oksigen. Pastu buat buat menyelam kat situ. Aku rasa macam sangat style je. Teringin nak buat.


----------------------------------------------
Apa kau mengarut ni kucing serius?

Aku cuma tengah stress :|

Wednesday, May 16, 2012

Puisi Hantu Gigie.




Aish. Ada jugak Hantu Gigie yang sanggup tolak kucing jatuh dari tingkat tinggi. Memang meow dah jatuh dah. Tapi nasib meow ni tetap meow. Boleh jatuh tempat tinggi. Hihi. Dah lah kucing comel. Jatuh pun tetap comel.

Ehem.

Pengalaman,tetap pengalaman. Itu paling berharga. Walaupun sekejap. Kuantiti bukan kualiti. Macam macam aku alami sejak aku away dari blog ni. Macam gila. Sungguh. Tak mampu aku terungkap. Tak mampu. Berapa tingkat kucing dah jatuh. Hidup kena teruskan walau jatuh patah rusuk. Walau sakit badan badan jatuh bangunan tinggi. Senyum kena tetap ada.

Nyawa Masih Ada Lagi 8 :)

Tuesday, November 8, 2011

Luahan Cuti. Part 1.

Entry Ini Berbentuk Luahan.




Jangan marah aku. Aku tak update lama pasal aku sibuk je tau. Haa. Macam macam macam kena buat. Separuh gila dah aku. Jangan lah marah aku :(

Dulu,aku ingat. Selalu bila aku bangun tidur,aku dapat buat entry baru. Haaa. Sekarang tak dah. Bangun tidur aku nampak design lah pulak. Haa. Jangan marah aku :(

Sorry lah gila lama tak update. Hatiku dipaksa duduk dengan design je semata mata sekarang. Assignment yang tak berupa assignment. Tapi assignment lah. Huu. Jangan marah aku. :(

Korang ni,aku tau aku comel. Tapi jangan lah marah aku. Hikhikhik *blushing*.


Ehem.

-------------------------



Jujur. Aku dah mula rasa perubahan sikit dalam diri aku ni. Sejak,semester ni. Bukan pasal apa. First time aku ada drive kereta ni lah,aku ulang alik Shah Alam Sg Buloh tiap tiap hari. Lepas tu,subject baru kali ni yang sangat berbeza dari semester lepas. Sangat sangat berbeza. Kena banyak buat research,kena banyak membaca. Bacaan pulak,banyak alter pemahaman aku.

Dah lah,batch aku ni budak syllabus baru. Campur dah dari Semester 7 punya ada,Semester 4 punya ada. Campur habis dah.

Lepas tu,again,hidup tersangkut dengan project project untuk semester ni. Bangun tidur,design. Bukak laptop,design. Bukak Facebook, tengok aktiviti department dan jugak fikir design. Drive kereta,fikir design. Makan,fikir design. Duduk dengan family,fikir design.

Tak ada masa nak fokus benda lain. Macam ni rupanya hidup. Dah lah baru PERMULAAN awal hidup Architecture.



Aku,bukan tak seronok. Tak. Serius,aku sangat seronok. Syukur aku ada sambung belajar. Syukur aku suka dengan apa yang aku belajar. Aku suka. Aku suka sangat sangat. Cangat cangat sukew lew. Serius ni. Kucing serius.

Setiap hasil apa yang aku buat,aku seronok. Aku seronok dengan design dan bacaan semua tu.

TETAPI


Aku dah mula rasa macam cerita Click tu. Yang ada universal remote control tu. Yeah.

-Aku akan menyirap gila teramat kalau traffic jam. Jerit sorang sorang dalam kereta.

-Sekarang ni rumah aku jadi rumah bujang. Remote berterabur. Bila rasa macam nak tengok TV,tak tahu mana satu remote/ada je problem nak on TV.

-Dengar bebelan yang sedikit je,aku akan tension nak mati. Tak macam selalu.

-Bila esok presentation design,akan ada je benda muncul malam before tu. Family gathering atau selesema yang serius. Salah satu.

-Aku kena elak benda lain semata mata nak duduk sorang sorang buat design. Duduk dalam bilik,kunci. Hp,silent. Esok pagi,10++ misscall.

-Nak layan aktiviti lain? PENAT.

-Makan? Starting to eat unhealthy food. Asalkan cepat.

-Aku lagi seronok duduk sorang sorang buat design atau membaca atau buat apa apa je aktiviti yang bagi faedah kat design aku.

-Apa yang aku enjoy buat sekarang? Buku,research,blog,design,makan.

-Social life,memang tak ada lah. Hidup aku cuma studio dan rumah dan mamak.

Almost. Almost dah macam beginning nak jadi macam cerita Click tu.



Korang dah tengok ke belum cerita tu? Tahu kan jalan cerita dia macam mana? Pasal seorang yang workaholic. Abaikan semua benda yang lain,semata mata untuk kerja je. Kerja dia je. Lepas tu jumpa universal remote control,nak fast forward segala natang.

Tapi dia tu arkitek betul. Aku cuma student. Dah lah muda lagi. Darah masih muda,semester pun semester yang muda. Takkan dah nak sampai macam tu kot. Gila apa. Cuma yang tu,kronik lah. Aku ni pulak,sekadar dah mula rasa. Kenapa boleh rasa? Pasal aku sibuk. Sibuk sangat. Kena susun betul betul masa and priorities.

Tapi,KALAU aku build up sikap macam ni,aku akan jadi macam ni,



AKU TAKKAN BIARKAN JADI MACAM TU

------------------------

-
-
-

Akan Bersambung Di Part 2. Penjelasan semua akan ada di situ.

Friday, September 30, 2011

Perasaan Yang Sangat Berbeza.



Mak aku pergi Haji. Sebulan setengah dia tak ada kat Malaysia ni. Huu. 13 November,she'll be back.

Jujur. Perasaan dia sangat berbeza. Sangat sangat berbeza. Mungkin,bagi sesetengah orang,ini sekadar,berjauhan dari ibunda untuk sebulan setengah. Alahhh,dah biasa lah kononnya. Memang,aku pun dah biasa berjauhan dengan mak aku. Dulu sekolah masuk hostel. Berbulan bulan tak balik. Lepas tu masuk matriks. Berbulan bulan tak balik. Lepas tu masuk UiTM Shah Alam. Berbulan bulan tak balik (Sem lepas lah).

Sekarang,bila aku ulang alik selalu balik rumah,mak aku pulak bertolak pergi Haji. Semalam. Ye. Semalam. Khamis. 29/9/2011. Baru sehari. Tapi cukup sudah macam macam perasaan.

Kena biasakan.

Perasaan yang sangat berbeza. Sangat sangat berbeza. Tak pernah rasa macam ni. Tiap tiap hari balik rumah,nampak mak akan greet sambil tersenyum. Semalam lepas hantar mak kat Kelana Jaya,aku dapat rasa gila rumah ni sangat,sunyi. Keluar lah sepuluh kali dari rumah pun pergi mana mana. Balik rumah,tengok,rasa sunyi.

Sunyi.

Macam Mana Perasaan Dia?




1. Perasaan yang kau tersedar apa perasaan Mak kau bila kau duduk berjauhan dengan dorang. Maybe korang duduk asrama. Maybe korang duduk dekat kolej. Memana je lah. Asalkan berjauhan. Masa tu,you keep reminding your mom everything's going to be fine.

But we didnt know how she felt. Apa yang kita rasa ni minor je. But as for her,she's a MOM. A mother. We know how a mother always cared for her family right?

At the moment we felt okay. Sekarang Mom kita yang berjauhan,baru kita rasa macam mana.


2.Kita sedar Mak kita dah tua. Kita selalu tolong dia buat macam macam. Kita tahu,mak dah tak larat buat kerja berat berat. Mata dah tak nampak sangat. Clumsy comel comel pulak tu. Pasal tu,kita dah tak nak duduk jauh dari dorang. Nak make sure she's okay.

But tnow,we are letting her going all alone. Going to a place far away from you.

It is the feeling where you are worried on how will she be doing there without you. Superbly.


3. Sangat sangat jarang where you see your mom is out of home. Mungkin dia keluar jalan jalan ke,apa ke. Sangat sangat jarang.

Even when she goes out,you'll call just to make sure she's safe. You are able to know her location,and what she's doing.

Ni mak tak call lagi ni from sana. So we didnt know how she's doing there. We didnt know.


4. When you think about home,you'll be used to that she's home. Rasa nak tengok mak kat rumah. Keluar lah sepuluh ribu kali pun. Bila teringat rumah,kita expect kita nak jumpa mak. Tu je.

But,sekarang,kat rumah. Cuma nampak bilik mak je. Reminders dan tugasan tugasan je yang kita nampak. You are all alone at home.




Doakan agar Mak aku selamat menunaikan Ibadah Haji di Tanah Suci Mekah. Selamat perjalanan pergi dan pulang. Selamat sepanjang berada di sana. Doa sahaja yang aku mampu buat sekarang ni.

Sunday, September 18, 2011

Fine. Aku Nak Buat Confession Pendek.

Memang,seminggu sudah berlalu. Aku tak update. Dan aku sibuk sebenarnya dengan kehidupan seharian,semester baru yang dah bukak. Kerja yang ada sem ni memerlukan aku sangat banyak membaca. Buku dah banyak dah kena buat research itu ini.

Rindu macam nak gila dengan aku punya blog. Eee rindunyewwwwwww.

Tapi,apa yang aku nak sentuh,bukan pasal rindu atau tak. Rindu tu memang semestinya. Megan Fox pun rindu kat aku. Ehem.

Aku cuma nak confess. Bukak semester ni,jujur,aku agak terseksa dengan "tempat aku". Nama tempat aku digantikan dengan "tempat aku" di atas sebab sebab censorship.



Fine. Macam bajet je kan. Terseksa konon. Sebab apa? Pencemaran mata. Memang,dulu aku memang sangat biasa dengan benda benda macam ni. Pencemaran mata sekeliling. Semalam pun lepak dengan Tengku Nizam dan Rien Rose kat Pelita. Siapa tahu Pelita KLCC tu macam mana? Selalu pun,penuh dengan manusia pelik pelik. Tapi itu pun,aku boleh je rilek. Mungkin pasal tak ramai orang malam semalam.

Aku rilek je. Aku normal je. Tapi,hari ni memang betul betul aku sedar.

Semua pencemaran mata kat "tempat aku" tu sangat mengganggu. Teruk. Sangat teruk. Sedangkan aku boleh lagi tenang di luar Shah Alam berbanding dari dalam. Mata mungkin melihat. Riak wajah aku mungkin masih comel.

Tapi hati berasa sangat benci.

Di "tempat aku" kali ni sudah jadi sangat berbeza dengan sem lepas. Sangat sangat berbeza. Seminggu,penuh dengan pencemaran mata.

Pakai seksi sana sini. Peluk peluk laki perempuan sana sini in public. Bertudung atau tidak bertudung,sama semata mata. Kenapa teruk sangat ni? Tempat belajar dah kira macam Pavillion pulak.

It is too much. Aku tak suka. Sumpah aku tak suka.

Saturday, August 27, 2011

Fine,aku tak suka perkataan BYE.

Perkataan Bye. Simple. Simple je. Satu perkataan. Tiga huruf. Fine. Ni satu perkataan yang paling aku tak suka. Sangat sangat tak suka. Allergic. Sejak kecik lagi aku tak suka. Pasal apa?

Pasal bye ni jarum Yahudi kah? Hoh!


Teringat aku kecik kecik comel comel kiut miut dulu dulu ;">


Bye,commonly known orang guna nak cakap nak pasal nak tanda kan selamat tinggal. Yes. Goodbye. Nak blah je,cakap goodbye. Clash je,cakap goodbye. Habis lepak mamak,cakap bye. Habis gayut je,bye. Nampak simple kan? Tapi aku allergic. Sejak kecik lagi.

Perkataan ni buatkan aku rasa tak senang. Merubah sesuatu keadaan yang best,jadi tak best. Pasal apa?

Melambangkan perpisahan.


Seriously,aku tak suka perpisahan. Rasa macam,terputus. Instead kalau orang cakap Bye ke,KBAI ke,aku akan twist story terus cakap Take Care ke,beri salam ke. Tak kira. Tak percaya? Cuba korang tengok balik kat Facebook ke,memana ke. Ada aku cakap bye?

Apa apa je lah asalkan bukan BYE. Even dulu gaduh gaduh pun,aku taknak cakap bye. Aku akan cakap take care. Paling terdesak masa bila bila? "Bye wehhhhhhh." Aku akan habiskan dengan perkataan lain jugak.

Aku pun tak suka KL Sentral pasal reason yang sama masa dulu. Titik pertemuan,titik perpisahan. Fuh. Dari KL Sentral pun,naik KTM nak balik Sg Buloh,aku rasa moody kejap. Pasal dah berpisah tadi kat suatu tapak bernama KL Sentral. Seorang takes the other way,seorang takes this way.



Ini bagi aku. Pasal aku tak suka perpisahan. Bukan tak boleh terima. Cuma boleh sentap tengok anything yang melambangkan benda tu. Serious. Kucing serius. Akan wujud rasa terputus aku dengan seseorang tu. Rasa away dari seseorang tu. Padahal tak pun. Even away kejap temporary,aku akan rasa,"Is this the last meet?".

Kalau perkataan lain lain tak apa. Memang tak apa. Serius tak apa. Entah lah. Apa ek nama benda ni. BYE-WORD-O-PHOBIA ek? Korang rasa macam mana huh? Aku curious nak tahu. Huu.

Bagi aku,sekecil kecil pertemuan atau perkenalan itu sangat sangat bermakna bagi aku. Tidak kira dengan siapa. Apatah lagi nilai seorang lover,nilai sahabat,nilai keluarga.

The value stays forever once it is created.

*mood: Tisu kejap. Huuu.

Tuesday, August 23, 2011

Sunday, August 14, 2011

Mentaliti Rendah dan Ego Tinggi.

Tinggi melangit sampai di tahap mereka tidak mampu nak menerima menggunakan akal. Mereka asyik gunakan emosi dalam setiap perkara. Susah jugak aku nak cari orang yang ego rendah,hati terbuka,minda terbuka. Sangat susah.

Sepanjang hidup,bila aku jumpa seseorang tu,aku selalu perhati je perangai dia. Apa yang dia juangkan dalam everyday life. Apa yang dia fikir. Bagaimana dia fikir. Fikir panjang,atau fikir singkat. Fikir mendalam,atau fikir secara kasar.



Aku rimas bila jumpa orang yang,terikut emosi. Seriously rimas. Bila nak tegur,salah. Melenting. Ego tinggi melangit. Bila aku jumpa orang macam ni,aku memang sengaja nak test dia dengan apa yang dia tahu.

But apa yang diorang cakap, shows clearly that they know nothing. All they know is to blame. Nak maintain "Darjat Diri", "Maruah Diri".

Yes,kita manusia memang kadang kadang emosi berada luar kawalan. But when it comes even in Facebook,the virtual world? Aku rasa dah cukup masa dan cukup ketenangan nak fikir depan laptop tu,nak reply tanpa ada gangguan. Lain lah kalau nak mengamuk on the spot kan in real life? Memang biasa,emosi akan overcome akal masa tu. Aku still boleh consider. Still boleh memahami.

Tertanya tanya diri ni,mana akal korang letak bila dalam Facebook pun nak marah marah melenting. Dalam realiti macam mana lah agaknya kan?



Aku bukan jenis yang degil. Aku bukan jenis yang tak terima pendapat. Aku seorang yang suka ajak orang lain berfikir. Tu je. Tak kira if it takes time or not,memang,aku suka ajak orang berfikir.

Kau ada tahu apa yang aku tak tahu. Kau pun ada tak tahu apa yang aku tahu. Aku perlukan ilmu yang kau ada. Please,enlighten meeeee. Kalau berbincang elok elok,dua dua untung.

Pasal kemampuan aku fikir pun still limited. Masih rendah,dan masih banyak nak upgrade. I need to know what you do know.

Tapi orang Melayu kita,suka sangat melenting. Bila ajak berbincang,tapi point tak ada pun. Apa yang tipikal orang Melayu suka cakap?

"Ahahaha. Bodoh. Mana ada macam tu doh. Kau ni budak budak,mana tau apaaa? Hahaha bodoh. Budak kecik tu,senyap je lah"

"Junior,mana tau apa. Tapi dorang claim dorang tahu semua. Bajet jeee korang. Bagus lah tu? Blah laaa"

"Alaaa,tahu lah dia tu hebat kannnnnn. Nak cakap macam macam pasal kitorang ni pulak."


Banyak kali aku jumpa manusia macam ni. Alasan tak kukuh. Unless,kalau clearkan pendapat,ada isi dalam point. Baru aku terima. Aku respect ilmu yang ada pada orang lain. Bukan aku respect orang. Tak kira siapa pun kau,kalau ilmu tak ada,tiada makna. Manusia tetap manusia,aku layan kau seperti manusia. Tapi ilmu yang kau ada tu aku cuba nak kutip.

Setiap perkataan perlu ada ilmu. Bukan emosi.

"Bukan macam tu. Memang ada benarnya kau cakap,but point A tu salah. Sebabnya,A tu berupa Hanjeng. A tu kena berbentuk macam B. Pastu bulat bulat lukis jadilah bentuk Kucing,faham tak? Tu yang aku nak sampaikan."

"Junior,there are certain things that you should know. Memang,korang pandang macam tu,tapi,ada lagi yang korang belum alami. Macam A,korang nampak macam A je kan? Tapi sebenarnya,ada lagi. Disebalik A tu ada B. Lepas tu ada C. Kalau fikir fikir balik,nampak lah muka Kucing yang comel dari situ. Faham tak?"

"Oh,ye ke? Macam tu ke? Hmm. Maaf la. Baru tahu. Sebelum ni,nampak macam A tu muka Kucing. Tapi Hanjeng rupanya. Maaf lah. Sekarang saya dah tahu. Terima kasih info. Dapat saya majukan diri."


Dialog adalah sekadar contoh semata mata. Harap maklum.



Nampak tak? Setiap perkara yang diperdebatkan tu,ada point,ada isi,jelas apa yang dia nak sampaikan. Tapi orang ramai sekarang tak. Bila berdebat,marah itu ini,carut itu ini. Memalukan diri korang je. Ewww ewww.

Kita semua manusia. Ilmu setiap orang yang kita kenal tu kena ambil. Bila ditegur,jangan nak melenting. Terima dengan hati terbuka.

Tak tahu lagi dunia ni kejam macam mana. Kalau setakat tegur sikit pun tak boleh,aku tak tahu macam mana kau nak hadapi jeritan,makian,caci hamun kat dunia luar ni. Semua tu yang mengajar erti hidup.

Come on. I've seen worse. And I've HAD worse.

Nota Paw Kucing: Maaf. Aku tengah menyirap. Banyak perkara menguji masa bulan puasa ni. Sedang cuba sedaya upaya mungkin untuk bersabar. Entry personal. Abaikan segala kepedasan dan kutip mesej yang ada. Sekian,Terima Kasih.

Thursday, August 4, 2011

Kecewa sedikit. Sedikit je.



Tipulah kan kalau manusia takdak kecewa langsung. Aku pun ada kecewa. Sekarang ni tengah berlaku sikit. Sikit je. Ehem.

Kekecewaan datang apabila nampak di mata,turun ke hati. Pecah kejap. Sekejap je. Gua terer bab repair repair hati ni. Ehem.

Bagai kucing berguling guling tak dapat makanan.

"Frustration is the difference between Hope and Reality."


Bila perkara agak terlari walaupun sedikit,dibutakan dengan harapan. Pegangan kepada Realiti mula tergoyah.

Nampaknya percubaan aku nak masuk ke mainstream agak kurang berjaya. Tu lah,nak jugak masuk mainstream. Cuba indie sket. Indie kan lagi bagus. Berdiri atas kaki sendiri. Berguling atas katil sendiri. Makan maggi guna mangkuk sendiri.

Semua atas usaha diri sendiri.

Itu lah realiti sekarang. Aku tak perlu rely kepada mereka yang bergelar "Tuhan Blogger" untuk naik. Bukan bermaksud aku bodoh sombong. Bukan aku berdendam. Sekadar berpegang kepada realiti. Bila kuantiti naik bukannya kualiti turut ikut.

Perkara sekecil ini adalah pengajaran. Kualiti tetap aku akan juangkan.

Deleting all contests entry.

Tuesday, August 2, 2011

Kesempurnaan hidup dan kesedaran.

Hidup ni bukan selalunya indah. Orang selalu cakap,hidup ni bagaikan roda. Kadangkala berada di atas,kadangkala berada di bawah.

Bagi aku,roda itu bagi setiap manusia,speed dia beza sikit. Mungkin bagi sesetengah orang,dia akan duduk kat atas lama. Roda hidup dia pun gerak slow. Dia pun dah rasa selesa sangat duduk kat atas tu sampai lupa apa yang kat bawah tu sangat menyakitkan.

Boleh kata jugak,lagi tinggi tangga dia panjat,lagi sakit bila dia jatuh,bukan? Silap hari bulan boleh K.O kalau tak kuat.



Tak perlu sebenarnya nak rasa selesa dengan tempat yang tinggi. Bila dirasakan hidup itu sudah sempurna. Bila dirasakan semua harta tidak akan dapat berkurang. Bila dirasakan hidup tidak akan ditimpa masalah. Bila dirasakan hidup sentiasa akan gembira dan penuh dengan senyuman.

Mampu membawa kealpaan dan lupa pada waktu susah nanti.

Dem. Aku dah banyak jumpa orang macam ni. Banyak sangat. Mereka yang hidup sempurna dan melupakan mereka yang susah. Mempunyai kesenangan tapi tidak diendahkan mereka yang memerlukan. Gelak ketawa setiap hari sehingga kesedihan orang dianggap remeh. Mereka menganggap tingkah laku orang lain adalah rendah sekali. Yang mereka tahu,melemparkan pelbagai kata.

"Alah,Anak Emak. Asyik tolong mak je tahu."

"Takkan kau tak dapat keluar kot? Umur dah besar panjang tapi tak dapat nak keluar."


Susah senang,sakit perit hidup seseorang tu, siapa yang tahu? Kesempurnaan hidup kau je yang kau nampak.

Sihat sebelum Sakit
Muda sebelum Tua
Kaya sebelum Miskin
Lapang sebelum Sempit
Hidup sebelum Mati


Ingat. Tidak merasa susah,bukan bermakna kita tidak akan merasa. Mungkin sudah lama rasa senang,tak bermakna susah tidak akan datang. Roda hidup kau cuma berjalan slow. Sangat sangat slow. Jangan kau lupa yang orang lain turut mempunyai roda hidup tersendiri.

Fikir fikir kan.

Friday, July 22, 2011

Sesat dalam emosi manusia. Aku tak dapat describe.

Fakers and Wannabes. Manusia. Macam macam. Memang aku masih cuba nak memahami erti manusia. Masih nak faham dalam dalam perangai orang macam mana. Masih nak memahami akal macam mana. Kepelbagaian dunia membelit setiap sudut otak aku. Sampai cramp cramp.

Okay cukup gaya lebat cakap.

Setiap kali aku jumpa manusia,aku akan cuba nak kenal dalam dalam perangai dia. Apa yang disebut,apa yang dia lihat,apa yang dia buat,apa yang dia fikir,semua aku teliti. Aku tak kira. Memang automatik aku akan teliti macam tu. Rasa macam kena,aku layan. Ada rasa tak kena,aku layan je.

Semakin banyak aku jumpa manusia,semakin banyak perangai.


Pengaruh Sinetron sama goe


Ini adalah satu kisah interaksi 6 bulan antara Kekanda dengan si Polan:

"Bila berinteraksi,si Polan cakap ala ala sopan santun. First impression? Baik gilaaaaa. Tapi macam ada tak kena.

Makin lama makin kenal. Oh,suka cakap buruk pasal gua rupanya. Lantak lah. Thanks free pahala! Gua memang dah nampak perangai dia dulu before orang lain.

Masa dah jalan,makin timbul aduan dari member terdekat. Dorang pun kena,malah kena lagi teruk dari gua. Okay. Gua jadi tempat luahan.

Berpakaian ala ala Hip Hop. Gaya pun Hip Hopeless. Cakap aku kau,dan jugak I U dengan semua orang in real life. Bila dalam blog,gua lu dengan gaya,err,pelik.

Setiap wanita akan di mengorat sipolan. Bila gua sendiri nak bercakap lepak lepak dengan yang macam cun,beliau akan potong line tak kira siapa dengan tak hormat. All the time. Bila gua lepak dengan yang tak comel,tak pulak nak potong line. Lantak lah. Sabar lagi.

Yang tak cun,dia pulaukan dan downkan habis habisan. Yang cun,dia sibuk mengekor.

Bila perempuan ada,berdakwah bukan main. Bila gua cucuk dia baik punya nak tengok akal macam mana,dapat pinjam laptop kejap. Pergh,Video Blue 40GB! Fak. Tokey kedai handphone gua dulu pun tarak banyak macam ni. Lantak lah. Sekarang dia dah delete kot time cuti ni.

Gua ping blog,dia sibuk buruk buruk kan pasal blog,serentak masa aku duk aktif ping blog dulu before 2nd FB Profile gua ada.

Sekarang? Dia stalker blog gua. Setiap kali gua update,setiap kali tu dia tak puas hati. Bila ada orang bukak mulut,dia sibuk batu api."


Tak faham? Baca balik story dari atas sampai habis.

So,that is the story about interaksi Kekanda dan jugak Si Polan. Bila aku tengok balik story tu,aku tak faham. Si Polan nak kejar apa? Kekanda cuma dengan hidup dia je. Tetapi di setiap corner Kekanda buat,Si Polan akan muncul menyelit dan menyusahkan. Mahu upkan diri tapi member mutual Kekanda dan Polan dah tahu siapa Polan sebenarnya. Elok lah,dah hujung hujung baru dorang nak sedar.

Memang aku tak mengerti. Manusia jenis apakah itu? Aku tak dapat nak describe. Any comments?

Sunday, July 10, 2011

Entry pendek luahan perasaan.



Ambik kau. Apa lu ingat kucing tak ada perasaan? Gua kucing yang boleh jiwang karat lu tau. Kucing lu boleh?

Okay dah. Cukup mengarut.

Lagu kat atas ni melambangkan mood aku sekarang ni. Jiwa kacau melambung lambung secara tiba tiba hari ni,sejak bangun tidur. Tiada mood untuk update siang tadi. Tiada mood untuk apa benda pun.

Dalam hidup ni,putus cinta,putus harapan,bukanlah bermakna putusnya nyawa,bukan bermakna hancurnya dunia.

Benda benda menyakitkan sebegitu cuma bermakna satu penanda baru dalam hidup. Ramai orang tak nampak benda ni. Memang,sakit dan perit masa tu,kita tak berfikir apa pun. Kewarasan akal menyebabkan manusia boleh rasa nak terjun dari KB Mall. Tak pun Pavillion. Kalau nak terjun dari KLCC,susah. Mana boleh panjat atas tu.

Bagi aku,sudah terbukti pun,jelas dan nyata,perit jerih aku melalui masa aku putus cinta dulu ada hikmah disebalik semua tu. Fasa sakit tu telah melahirkan diri aku yang baru. Totally,baru.

Macam mana aku lalui semua tu? Cuma ingat Allah,ingat masa depan. Potensi diri ni bukan untuk diwastedkan gara gara cinta busuk yang tak kesampaian masa dulu.

Aku tak henti henti bersyukur kerana aku berjaya melalui fasa tu.


Video kawan gua kena tibai bebel pasal dia kantoi curang. Gua bukan macam dia tau.

Saturday, June 18, 2011

Kenangan Manis dan Pahit



Nampak tak gambar kat atas? Ya,ini bukan bini Najib ataupun bini baru Paklah,tetapi beliau lah Datin Tyka. Seorang Datin yang rajin berblogging,seorang sahabat masa berjumpa dekat gathering Sahabat Blogger. Yeap. Beliau buat contest la beb. Tu aku buat title ala ala tajuk karangan Bahasa Melayu SPM ni.

Okay cukup. Dalam banyak banyak kategori yang beliau bagi,aku pilih, Dalam Hidup.

Auzubillahiminasyaitonirrojim. Bismillahirrohmanirrohim.

Ehem ehem.


Gambar keluarga? Bagi aku,ni gambar keluarga aku. Seorang lagi takda pasal dia tak dapat datang masa ni.


Kalau nak bercakap pasal hidup,dalam banyak banyak pengalaman,aku nak pilih pasal kehidupan dekat Kolej Matrikulasi Selangor. Kenapa aku pilih tempat ni? Macam macam. Kat sini aku jumpa keluarga,aku jumpa maksud hidup,dan banyak mengajar diri ini pasal kehidupan. Serious. Kucing Serius. Walaupun aku keluar halfway which is selepas PSPM 1,tapi pengalaman sekentut tu la yang banyak mengubah hidup aku. Totally,ubah. Bukan 360 darjah,tapi lebih 720 darjah. Lu buat doughnut drifting pun tak cukup.

Mana taknya,di sini aku berkawan dengan pelbagai jenis makhluk. Skop sahabat tu dah terbukak lebih luas. Skop pandangan pun,lebih terbuka,pengalaman sendiri pun banyak yang aku dapat.

Semua bermula masa 10 Mei 2010, aku jejak langkah ke satu bilik AL1-T2-11,bersama dengan Farouq Zainol Kamal. Benda pertama yang kitorang borak, "Weh aku belum makan lagi ni. Lapar doh. Jom makan?"

Dan apa yang aku reply, "Aku makan asap je >:D" . Lalu dengan itu kitorang menjadi sahabat karib sampai sekarang. Birthday kitorang pun sama,sangat tak sangka. 24 March. Nombor IC yang awal pun sama lah kitorang dua. 920324. Sama sama kantoi rokok masa orientasi,sama sama support masing masing. Sama sama dating masa dulu. Aku panggil dia Mama,oleh kerana Payu Dara beliau yang besar.

Bila matriks ada shuffle bilik,classmate aku ,Scar dengan roommate beliau Bangkok masuk bilik aku jadi penduduk tetap. Penuh lah 4 orang roommate. Dengan itu, Scar dipanggil Papa pasal sifat kebapaan beliau,dan Bangkok sebagai Abang Long. Lalu bermula edisi keluarga bilik kitorang, The Dons Of La Uche Cabana.

Selain tu jugak,berkembanglah legasi keluarga dengan ketibaan member rapat kepada roommate,datang bilik,dan jadi penduduk tetap bilik kitorang jugak. Sampai satu bilik yang sempit tu,lengkap 18 orang. Katil ada 4 je,so satu katil share 4 orang atau lebih. Ada lagi yang tidur kat lantai.

Memang,truly kitorang hidup sekeluarga. Masing masing support member masing masing. Bila ada sorang roommate susah,kitorang tolong. Bukak puasa sama sama,picnic kat tengah Dataran,lengkap dengan lilin dan macam macam. Itu keluarga yang aku jumpa kat KMS.


Barney Poco Poco Dance. Sunday morning punya chill out kitorang. Dance by aku,rakam by Farouq


Kalau nak cakap pasal personal,tu lagi satu. 10 Mei 2010 jejak langkah,17 Mei 2010 segala berubah.

Aku dengan ex aku dulu,satu sekolah,masuk tempat yang sama jugak kat Matriks. Disangkakan semua indah belaka,rupanya dia main kayu tiga dengan kawan satu batch kat sekolah. Mana taknya kan,awek sendiri masuk tempat yang sama. Mesti expect gila best kot?

Banyak kali seorang lelaki ni kecewa dengan sumpah palsu dia bagi aku masa dekat Matriks tu sahaja.

Tetapi itu semua kisah lama. Aku dah post benda ni dalam bentuk kiasan,sendiri mau cari.

Pasal apa yang terjadi dalam soal personal aku,aku banyak belajar kot pasal soal love and relationship ni. Pasal tu aku tak suka gila gila kalau aku nampak perempuan cari lelaki lain masa balak dorang sibuk. Aku sendiri pernah jadi lelaki sampingan tu,masa tu jugak aku sound dorang. Dah ada balak,layan balak sendiri. Dorang bukan apa,sibuk cari duit,sibuk belajar,bukan sibuk menggatal. Perempuan pulak nak touching itu ini.

Masa tu la,masa aku tengah heartbreak gila vavi tu,ramai yang bagi support kat aku. Roommate aku especially. Hanya lelaki yang faham diri lelaki. Aku pun masa tengah gila serabut,kelas semua tak pergi,duduk je kat dalam bilik,diri serabut macam apa. Totally. Masa tu jugak aku start blogging. Update aku punya blog daily.

Aku apply UiTM dulu pun masa aku leleh air mata tak habis lagi pun. Lantak la korang nak cakap apa,yang penting,kalau lelaki dah boleh nangis,makna dia sangat besar.

Bila result UiTM dan PSPM keluar,istiqharah kata aku patut pergi UiTM. Aku pergi la meninggalkan semua tu,tapi yang paling terharu,roommate aku 18 orang tu,The Dons Of La Uche Cabana,semua tolong aku angkatkan barang barang semua letak dalam kereta. Ramai ramai hantar barang dalam bentuk tren. Ahaha. Sorang angkat hujung beg sini,sorang lagi angkat hujung sana. Then continuously sampai barang yang last. Dorang lambai kat aku masa tu,dengan support aku non stop sampai aku masuk UiTM untuk course Archi ni. Dari situ,aku mulakan hidup baru.



Totally hidup baru.

Aku duduk kat rumah,aku blog je masa tunggu masuk U. Masa tu lah follower aku naik. Masa tu blog aku mula dapat notice. Masa tu aku kemaskan balik blog aku,masa tu jugak lah penulisan aku makin matang. Tak ada dah shortform apa semua. Aku bangga dengan diri aku sendiri,aku dah jadi seorang yang lagi better dari dulu. Aku syukur sangat sangat.

Dan bila dah kat UiTM,hidup baru ni sangat bermakna. New friends,new life,new experience, and my new self.

Pasal tu aku bersyukur sangat sangat sekarang ni. Bila nak fikir balik sekarang ni,memang nampak obvious hidup ni sangat adil,sangat cantik Allah dah letak. Memang,dia bagi kita sakit masa dulu,tapi sakit tu pasal nak perbaiki diri kita. Sedar sedar tengok,tiba tiba diri nak dah jadi someone new. Seseorang yang jauh lagi better dari dulu.

Kalau tak kerana kejadian yang tak best dulu,tak mungkin sekarang ni aku tengah tulis blog,tak mungkin ramai bloggers aku dapat kenal,tak mungkin aku dapat Architecture,course yang aku memang nak sejak dulu. Tak mungkin aku hidup sebahagia dan sematang begini sekarang ni.

Tidak mungkin aku jumpa mereka yang aku temui sekarang :)

Wednesday, June 1, 2011

Lelaki dan Perempuan. Kawan baik?

Post ini adalah post reply kepada post blog ini. Kredits to Myz Ziema :D

Ok. Back to the topik.

Lelaki dan Perempuan.Boleh ke kawan baik?

Jawapan. Boleh je. Oh yeah. Aku sendiri ada kawan girl yang sangat rapat dengan aku sejak kecik sampai lah dah besar. Sejak dia tak lawa sampai lah dia naik lawa. Sejak dia hingusan sampai lah dia dah boleh drive kereta. Pendek cerita,dari dulu sampai sekarang. Sekarang dia hot woo macam Nicole Sherzinger!


Warning: Ini bukan Syuhada Aziz


Hampir dekat mana mana aku pergi ada je kawan girl yang baik dengan aku. At least,seorang. Eceh bukan nak kata aku ni flirty player gatai miang ke apa. Aku baik tau. Hehe. Cuma aku friendly. Friendly tak kira ada jantina atau tak. Bila dah panggil sahabat,memang dia tu seorang sahabat bagi aku.

Macam contoh,Syuhada Aziz,dia memang dah kenal aku macam mana dah. Baik buruk aku semua dia tau. Dari zaman aku gemuk kecik kecik dulu,sampai sekarang hot dan tough. Hehe. Bila dia ada prob dia luahkan kat aku,nak tanya pendapat lelaki. Bila aku lak,aku luah kat dia. Dan,memang,perasaan nak feeling loving loving tu tak ada.

Dekat SBPI Gombak pun dulu,ada je. Dulu ada satu group kitorang kat sana,campoq laki perempuan,depa panggil LANDMASH. Gabung semua huruf nama kitorang jadi nama tu. Lepas tu,kitorang rapat gila kot sampai lah dah jadi macam satu family. Sampai sekarang. Apa apa jadi kat kitorang semua share sesama kitorang,tak kira laki perempuan.

Dekat matriks pulak,Schaza. Dia ni lah,masa aku susah dia tolong aku,masa dia susah aku tolong dia. Masa bengong bengong pun kitorang share together. Selalu bagi moral support each other. Dekat UiTM? Assistant aku masa dekat class lah,Farisha Rashid. Kitorang rapat gila sampai macam adik beradik. Anything apa apa luahkan on each other. Farisha lah selalu. Hot stuff woo,balak beratur je tau setiap masa. Ahaha.

Tapi still,kawan tetap kawan. Tak ada feeling feeling loving loving tu semua. Tak boleh lebih dari seorang kawan.

Lelaki dan Perempuan tanya:Macam mana hang boleh differentiate? Kawan perempuan dengan lovelife?
Hati kita boleh rasa sendiri. Dari hati tu,terus gerak dengan step sendiri. Tu je. Banyak yang tak faham bab benda ni. So,dorang akan selalu terbagi false hope,dan,receive banyak false hope jugak. Depa sangka kawan je,tapi the other side pulak dah naik syiok sendiri.

Salah satu cara nak overcome ni is dengan,lelaki please be open gila dengan diorang yang nak jadi kawan je ni. Yeap,open GILA. Dan open tu bukan bermaksud lucah ye. Open maksud,terima semua benda dengan terbuka,tak kira depa tu buruk cemana. Sempoi je. Tak payah nak menayang ke apa sangat. Dah.

Aku letakkan role ke atas lelaki pasal Lelaki sepatutnya yang LEAD. Perempuan sekadar MENERIMA. Tinggi pangkat macam mana pun perempuan,hati perempuan tu berjaya tersangkut dengan adanya effort dari LELAKI. Okay korang mesti tak faham kan apa kena mengena?

Perempuan,majoriti Lurus Bendul. Lelaki,majoriti akal banyak. Macam mana lelaki tu layan,macam tu perempuan terima bulat bulat. Kalau lelaki nak mengorat,tapi salah cara pulak layan macam kawan sehabis habisnya,memang automatik perempuan akan sumbat korang dalam satu level ni,omputih panggil Friend Zone. Masa kat sini lah yang korang susah gila nak jayakan harapan korang masuk dalam hati dorang.



Lelaki tanya: Lah. Habis tu cemana aku nak ngorat perempuan ni? Nanti depa automatik sumbat aku dalam label kawan :(
Follow je benda ni. Magik seorang lelaki nak tekel awek,version the basics. Klik sini.

*gila bahaya aku post benda ni =S

Lelaki dan Perempuan tanya: Habis tu. Aku nak kawan je dengan diorang tapi diorang lak yang sangkut dengan aku. Aku nak buat macam mana ni?
Awal awal jangan bagi harapan. Buat bodoh je. Elakkan moments yang boleh ada rasa romantik atau sweet kejap. Kalau dah termasuk tu,stay away kejap. By that time,kau boleh ambik masa kau fikir,dan lepas tu kawan balik dengan dia buat muka setebal yang mungkin. One more thing, BE OPEN.

Lelaki dan Perempuan tanya: Tak boleh jugak lah! Kalau kawan dengan dorang jugak gerenti aku sangkut :(
Pasal tu,be more socialized jugak. Nak diikutkan,yang selalu dalam macam ni,budak sekolah lelaki paling parah dalam kes ni. Ye lah,hormon tinggi,jarang jumpa perempuan. Bila dah jumpa,rasa macam she is the only one. Padahal awek tu lalu depan dia je nak beli kuih. Pastu blah. Ataupun,lelaki yang ego depa tinggi. Kecik kecik malu nak berkawan dengan perempuan,last last sampai ke tua tak reti.

Kawan je dengan ramai lelaki dan perempuan. Dan yang penting,dengan niat ikhlas. Jangan nak kawan dengan orang cun putih hot lawa dada best atau hensem tough mantap buntut ketat je. No no no a big no. Nilai kawan tu sangat tinggi dengan nilai rupa paras. Ikhlaskan diri kawan dengan semua orang. Tak kira rupa pecah rumah,atau macam mana. Dari situ,boleh build up diri korang dengan semua benda dan skill layan opposite jantina. Jangan bagi false hope dekat sesiapa masa berkawan tu. Lelaki mudah perasan,perempuan pulak lurus bendul.

Any hitbacks just comment kat bawah ;)

IQ jatuh ke bercinta? Atau orang IQ jatuh je bercinta? Part 1

Statement nak gempak je kan? Okay okay. Nak cakap pasal cinta ni. Satu benda yang semua orang pernah rasa. Aku sendiri pun pernah rasa dulu. Sekarang punya,err,maaf ye. Percintaan aku dengan Lisa Surihani terpaksa dirahsiakan dari public. Alamak,terbagitau pulak.

Aku sendiri pernah tengok ramainya orang jadi bodoh bila bercinta. Aku pun pernah rasa. Dan memang rasa bodoh gila. Tapi aku tak menyesal. Benda tu jadi pengajaran untuk aku. Mematangkan aku,dan buatkan aku lagi faham dengan cinta ni. Pasal tu lah sekarang Lisa Surihani steady je dengan aku dulu. Cuma tiba tiba dia dengan gosip dengan Yusry pulak. Aku pun,dump lah dia. Ehem. Sii Saleha dah ada. Ehem.

Okay back to the topik.

Betul ka IQ orang jatuh bila bercinta? Ataupun korang ada rasa yang orang IQ jatuh je bercinta? Kejam tak statement. Ahaha.

Well,aku pernah baca dan khatam satu buku tebal ni,dulu ada jual kat MPH Bookstores,taktaulah kat Kedai Buku Gula-Ika ada jual kan (Hehe. Hehehe. Hehehehe),buku ni title dia Why Men Wants Sex And Why Women Needs Love. Geli kan tengok aku baca? Ahaha. Tapi okay lah. Laki ke perempuan ke,baca buku ni baru faham badan korang macam mana.



Dia state dekat dalam buku,yang "Bila seseorang tu bercinta,IQ anda akan jadi rendah dari biasa" . Dah translate dalam Bahasa Ibunda from English of course.

Aku tengok pun,memang betul lah. Cuba tengok sekeliling. Ada banyak kan kes tinggal mak bapak pasal balak depa,pergi kahwin lari sampai ke Lombok. Macam macam. Pasal pada waktu tu,otak tak boleh nak berfikir dengan waras. Menyebabkan anda pandang yang "Cinta tu adalah segalanya". Gelinya aku cakap macam tu. But it is a fact. Aku pernah rasa sendiri.

Pasal tu jugak lah,aku dah tahu jugak kenapa wanita boleh sayang seseorang tu dengan sepenuh hati jiwa raga. SESEORANG je tau. Bukan ramai. Tak kira lelaki tu muka buruk kontrak Indon ke,atau Bangla yang kerja isi minyak. Dan jugak,aku dah tahu kenapa lelaki boleh kahwin empat. Hehe hehehe hehehehe.

Saturday, May 28, 2011

Duit? Apa tu?


"Gua bangga gua kaya! Lu ada apa? Awek pun tarak!"


Duit. Duit tu apa benda? Masa aku belajaq ekonomi dulu Sem 1, depa kata dalam bahasa mat saleh "Medium for exchange and tradings". Lebih kurang lah. Duit ni boleh guna nak beli macam macam. Rokok,cekodok,goreng pisang,awek. Apa lagi? Pendek cerita,dengan duit ni,macam macam boleh buat. Hang nak beli satu dunia pun boleh.

Sekarang ni nak buat apa apa pun,semua guna duit. Makan? Bergerak? Berak? Semua guna duit. Paling paling pun nak pergi jamban pun kena bayaq 20sen kan? Kalau ayat manis sikit dengan makcik jaga toilet tu terus dapat free. Hehe. Tapi still,kat mana mana guna duit. Tertekan tak?

Orang punya lah pandang dengan kertas dan besi bernama duit ni,sampai lupa semua benda. Ye lah. Contoh,perempuan. Pantang nampak lelaki ada duit. Terus dia ambik. Muka pecah rumah pun kisah apa. Kalau perempuan yang jujur sangat lak tu,sangkut pulak dengan lelaki rempit yang tak ada duit. Ini fakta ye. Sapa sapa jangan terasa. Lelaki pun yang stok tak guna tu,nampak perempuan ada duit je,mengikis. Perempuan pun percaya je lah. Konon "sayang" punya pasal kan.

Sekarang aku tengah cuti,duduk rumah,dan aku taknak aku duduk rumah ni cuma menjayakan aku dengan mengumpul lemak dan melembikkan otot. Aku kena cari kerja. Aku nak cari duit. Aku tengah kesian kat mak aku. Takkan dia je nak sara aku dari kecik sampai dah besaq panjang ni. Jadi sekarang dalam kepala otak aku cuma nak cari duit. Duit. Duit. Duit. Duit yang halal.

Thursday, May 26, 2011

Umur VS Experience; Aku pilih Experience



Pernah tak,dalam satu situasi,ada orang lagi muda dari kau,tapi experience dalam satu satu benda tu sangat banyak. Kau rasa macam dia ni tua dari umoq dia. Tapi masa yang sama,ada jugak orang lagi tua dari kau,tapi pengalaman tak ada. Apa yang dia tau cuma hidup dia yang biasa biasa je. Mana satu yang kau nak pilih kalau nak tanya soalan korang? Kalau nak tanya dua dua pun,hangpa nak tanya mana satu?

Kalau aku,aku tanya yang lagi muda tu. Lantak lah. Pasal apa? Pasal aku tau yang dia ada banyak experience and knowledge.

Aku pelik. Kadang kadang ada orang yang terlampau pentingkan umur sangat sangat. Apa,wajib ka lagi tua tu lagi banyak knowledge depa? Ego umur pengaruh sangat kot. Mentang mentang jauh lagi muda,depa biasanya ingatkan budak budak muda ni tak pergi jauh. Kalau tahu pun,ego pasal umur tu buatkan depa tak ambil tau. Memang lah common yang biasanya lagi tua tu lagi biasa makan garam. Tapi kena ingat lah. Budak budak muda sekarang ni pun hebat belaka. Umur 14 tahun pun dah ada yang jadi programmer berbanding dorang yang 26 tahun tapi still nak belajaq IT terkial kial lagi kat Fakulti Sains Komputer tu. Contoh lah eh. Contoh je.



Cuba hangpa semua pikiaq betui betui. Betul tak apa yang aku cakap?

Friday, May 6, 2011

Antologi seorang yang tiada motosikal.

Motosikal? Apa tu? Kali pertama hidup aku bergelumang dengan sahabat yang bermotor adalah masa aku form 3 dulu. Tu pun,pasal kawan kawan rapat aku dulu sorang dua ada naik motor dah. Selalunya yang kaya sikit tu ada kereta terus,walaupun tak ada lesen. Pergi sekolah pun naik kereta. Kiranya,aku selalu bergelumang dengan para sahabat berkereta. Nak lepak pun naik dengan dorang,naik kereta. Sampai sekarang pun,semua sahabat rapat aku naik kereta. Tak ada sorang pun yang naik motor.

Kat rumah pulak,jangan harap nak nampak motorsikal kat situ. Satu pun ahli keluarga aku tak ada lesen motor,atau ada motor,atau suka motor,atau selalu naik motor. Yang pernah pun ayah aku la. Abang aku suka sangat merempit dengan kereta dia. Kalau mak aku atau kakak aku,bila dengan perkataan motor,depa cakap "Gila ka???? Jangannn ehhhhh"

Bila aku naik SBPI Gombak, memang tak ada lah motorsikal dalam kamus radius sahabat aku. Siapa nak bawak motor pergi asrama penuh? Warden je. Merempit pakai kain pelekat datang hostel atau surau. Masa tu,aku memang masih tak ambil kisah pasal motor. Memang langsung tak terlintas pun aku rasa perlukan motorsikal dalam hidup. Buat apa? Sama jugak masa masuk matrik dulu.

Tapi sekarang,aku UiTM Di Hatiku. Jalan bukit bukau,celah sana celah sini. Makan kat dalam tak ada. Semua benda kat luar. Seronok duduk sini,tapi sukar kalau susah nak gerak. Naik bas, perjalanan motor 5 minit boleh jadi 45 minit. Tu pun kalau keadaan tenang je. Kalau dalam UiTM pun jamm,kereta berduyun duyun pelbagai celah,mahu dekat sejam setengah. Last last jalan kaki sampai berpeluh boleh perah satu baju.

Aku memang dibesarkan hidup tanpa motorsikal,dalam keadaan yang tidak memerlukan motorsikal. Dan sekarang bila aku rasa perlukan, aku tak reti nak naik. Betul. Gelak lah nak kata apa pun. Kimak benda dua tayar berenjin ni. Aku lebih kepada kenderaan 4 tayar je. Kereta la. Kepingin gua akan kereta.

Bukan aku nak complain. Banyak benda aku dah terlepas dan susah pasal tak ada kereta, tak reti bawak motor dan jugak gabungan jadual pack + bas yang lambat. Kira kalau aku gerak naik bas,banyak masa aku terbuang macam tu je. Tekanan semua tu memaksa aku macam macam. Tertekan aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...