.

Friday, June 10, 2011

Matang,Umur,Pengalaman.

Sambung dari post yang ni sebenaqnya. Motif,pasal aku lupa nak kaitkan pasal dengan banyak benda.

Gila. Sebenaqnya banyak orang tengok pasal benda ni. Tak kira macam mana pun,orang nak jugak tengok dari 3 benda ni. Cuma aku nak habaq sat apa jadi pasai benda ni. Cubit kang. Hang baca dulu sampai habis. Tak kira. Baca,sampai habis. Tak habis aku babab kang.

Situasi Pertama.

Korang ada jumpa seorang mamat ni. Nampak comel je (ini bukan movie Dalam Botol atau Comolot.Untuk perempuan je). Korang rasa macam nak mengorat pasal dia hensem dan comel dan jambu ala ala Justin Bieber. Korang pun pergi lah,tegur,nawaitu rasa nak berkenalan. Bila dah baru kenal,tengok,rasa macam nak lempang pulak. Dah lah jambu,perangai gedik manja mengalahkan perempuan. Korang pun rasa menyampah. Korang dah terbagi nombor korang kat dia tadi,tapi bila korang dah blah,dia contact korang,korang rasa malas nak jawab,reply tu semua. Pasal tu. Pernah tak?

Situasi Kedua.

Anggap lah korang ni wanita umur 23. Tiba tiba ada lelaki hensem umur 18,dengan gaya macho beliau,kacak bergaya ala ala Rosyam Nor,wujud sekejap dalam hidup korang. Dia layan korang superb. Macam macam. Penuh dengan kekacakan beliau,buat kan korang cair. TAPI,korang dah set mind korang yang dia ni lagi muda,so tak boleh jadi korang punya. Rasa macam adik sendiri. Korang pun dah pikir macam macam,entah berapa lama lagi kan dia nak meminang korang. Bila korang tengah kerja,dia ni pulak yang still kat kolej. Korang pulak kena ambil,hantar,bayar,semua benda tu. Korang set mind korang dengan benda macam tu,dan tak boleh ubah dah. Jadi,korang malas nak layan dorang. Anggap macam tak ada apa apa.

Situasi Ketiga.

Ada seorang lelaki,muncul dalam hidup si Perempuan. Si Perempuan ni,lawa,hot semua benda. Tiba tiba muncul lah seorang lelaki dalam hidup dia,nama dia Jantan (ini bukan watak post sebelum ni),muka macam A Razak Mohaideen,tapi umur sama dengan si Perempuan. Jantan ni seorang yang sederhana,perangai pun sedang sedang je. Kira,kalau orang tengok first time,orang tak berminat pun nak kenal. Macam tu lah. Okay sambung. Lepas tu,si Perempuan ni,layan lah Jantan ni gitu gitu je. Malas nak layan,malas nak apa semua. Tiba tiba Perempuan dan Jantan lost contact 5 tahun. Bila terjumpa balik,Perempuan tengok Jantan ni adalah seorang yang berjaya. Namun still,bila ditanya, terbukti Jantan ni memang selalunya berjaya dari kecik sampai besar. Cuma kali ni dia dah kantoi pulak dia successful dengan Perempuan ni.


End of story.




Okay. Kalau korang tengok,yang jelas ternyata nampak tu,apa persamaan tiga tiga cerita kat atas? Ada sama dia.

Semua watak kat atas tu kena tinggal pasal early impression perempuan terhadap dorang.

Ramai orang sekarang,mengejar sangat pasal soal Matang,Umur dan Pengalaman tapi tak reti nak nilai. Tak reti mana nak cari semua benda tu. Memang subjektif bagi seseorang tu,tapi,kalau terlalu mengejar sangat,tu yang buat korang rugi segala mak nenek. Betul. Aku tak tipu.

Persoalan dia,tiga tiga situasi kat atas tu,semuanya dalam keadaan orang taknak kenal pun mamat tu lagi. Dah judge,dan set mind sendiri dekat mamat tu. Tak pasal pasal. Mengapakah? Adakah lumrah alam?

Memang kita ada mini mind set lah at least,aku pun sama jugak. Just pasal nak get used to it,aku pun automatik ada lah mind set sikit. Contoh:

"Okay dia ni nampak macam garang. HANDLE WITH CARE"

Contoh je lah kan. Contoh je.

But,takkan itu je yang korang nampak dalam seseorang tu? Come on beb,mana tau tiba tiba mamat tu segarang singa,sejambu Bieber,tetiba ada something else yang deep within their heart? Ecewah. Okay fine. But that's the thing. Contoh la kan.

"La,nampak macam garang,rupanya dalam hati ada taman"

Tu semua selalu muncul kalau kita dah kenal. Kenal yang mendalam,straight ke dalam hati. Bukan kenal setakat borak kosong kat Facebook IM tiap tiap hari. Cuma ni bila kalau dah borak sepenuh hati dan dah masuk kat celah hati dia semua. Dari situ kita kenal seseorang itu.

Bila dah kenal,baru nampak kemanisan dia. Fuh ayat. Tapi betul apa.



Asyik asyik nak judge. Ish. Tu lah,ajak jadi friendly,tak nak. Hidung tinggi. Oink. Ish ish.

3 comments:

Nurarnida Sabrina said...

aku suka lelaki matang. Bukan budak2.Rasa nak lempang kalau pakwe perngai tergedik2 kalah perempuan

Anonymous said...

Eleh rel , dalam jodoh semua benda boleh jadi . Kata orang , ada jodoh tak ke mana if tak de jodoh nak buat camne. HAHA . 'Matang,umur,pengalaman' ? Kalau laki tu muda maacm mana pun , tapi if dia reti memimpin diri sendiri dengan pasangan dia . Lagi better dari laki yang rasa diri dia matang tapi nak pimpin diri sendiri pun susah ini kan nak pimpin orang lain.

Kucing Serius. said...

Well. Memang lah. Tu yang aku cakap. Kalau dia reti memimpin tu semua mestilah dia better. Pasal tu lah aku cakap kat dalam post,kenal sorang tu macam mana dulu. Bukan suruh judge direct cepat je kalau nampak luaran orang tu. Ada banyak lagi than what meets the eye. Orang selalu judge je kan,kalau muda,mesti tak reti memimpin la,etc etc. That is what im trying to highlight here. Kenal dulu sebelum nilai. Maybe message aku tak sampai kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...