Contoh ayat:
"Tidak dinafikan, cinta semasa remaja agak membara dan penuh dengan emosi (serta syahwat). Jika tidak ditangani dengan cara yg penuh hikmah, maka lambat laun akan menjadi masalah yang parah."
Atau apa apa jenis nukilan yang memang nampak obvious macam baca buku Contoh Karangan SPM.
Lagi satu,
"Memang la biasa cinta muda kan. Masa tu la rasa nak buat macam macam. Tapi kalau sekali dah kena,habis weh. Baru tahu teruk hidup macam mana lepas tu. Memang lah syok awal awal,tapi yang kemudian,korang takkan tahu teruk dia. Jangan menyesal nanti."
Antara dua quote ni kan,mana satu korang rasa nak dengar? Yang at least,buatkan korang terfikir. Kalau tak banyak pun,sikit lah. Mana satu? Cepat jawab. Grr.
Okay.
Kalau aku,aku pilih yang 2nd punya. Pasal,even tak kira waktu bila pun,even bila dikala kewarasan akal dah hilang,aku paling boleh terima ayat yang lebih kurang macam tu. Pasal bagi aku,semua benda macam tu nampak lagi mesra dan lagi terus ke hati. Nampak lagi ikhlas.
Aku selalu nampak benda benda dakwah yang terlalu nampak formal masa zaman aku sekolah dulu. Standard lah,sekolah. Semua benda unsur nasihat semua kalau tak ada nak marah marah,gerenti formal habis. Contoh macam yang ayat pertama tu lah. Semua benda nak dikarang macam tu. Aku pun terfikir la "Teenagers kot,takkan ayat macam ni je dorang nak baca? Macam tak boleh masuk je"
Masa tu jugak,aku ada kenalan sekolah yang suka berdakwah dakwah ni,dan setiap perkataan diorang tu,masuk terus menusuk dalam hati. Rasa macam,mesra gila dorang ni. Tu lah fakta. Aku akan bergaul dengan budak budak yang macam ni. Dorang ni AJK Surau jugak kiranya. Dalam mesra mesra dorang,dorang pandai berdakwah. Hati sejuk je bila dengan dorang. Bila diorang kata apa apa pun,rasa diri ni nak ikut. Nak banding dengan dorang yang suka marah marah tiba tiba,kata itu haram ini haram. Rasa lagi nak menentang lagi ada la. Apa la yang akal budak sekolah boleh pikiaq kalau dah menyirap? Lagi lagi lah setan dah cucuk masa tu.
Dari situ lah aku start faham orang. Pendekatan tu yang penting kot,memang kena dengan cara yang betul. Siapa nak dengar kalau ada orang marah marah tak puas hati kata kau tak boleh buat itu ini? Siapa yang nak baca dan hadam kalau ayat dodoi tidur macam ayat yang first sekali tu? Gila. Pasal tu la jugak dulu kalau kat surau masa sekolah,tak mengantuk pun boleh jadi mengantuk bila dengar ceramah yang tak-boleh-masuk. Kalau ada ceramah best lak,makan ubat mengantuk pun boleh tak mengantuk pasal ceramah tu masuk-terus-dalam-kepala-dan-melekat.
*By the way,hujung hujung ni nak letak kredit dengan seorang Sahabat Blogger Dunia Adib. Aku ambik gambaq from dia,gamba Kucing Macho. Planning nak buat header atau Profile Pic. Hehe
1 comment:
nice entry dari kamu :)
Post a Comment