Dengan ditemani angin sejuk,bilik yang gelap, dan laptop,semua tu jadi satu jenis gabungan yang unik. Gabungan tiga tiga menyebabkan aku rasa macam nak post je satu lagi. Aku nak post cerita pasal post post ni. Ambik kau.
Kadang kala,bila ingin dikarang,adakah ikhlas apa yang aku taipkan? Adakah ia datang dari akal,atau dari hati? Adakah ia post yang cuba diperah dari otak untuk dicari idea yang hilang,ingin ditambahnya demi membuat satu yang baru?
Oh tidak sama sekali.
Yakni apa semua yang diperah dari minda,semuanya ditapis. Apa yang terlahir dari hati,semuanya dibawa bicara akal. Baru satu karya sastera elektronik terhasil di sebuah muka terpampangnya huruf dan ayatan seorang manusia,hasil nukilan hati dan tapisan akalnya.
Ditanya diri ini adakah keikhlasan seseorang hamba yang dikenalinya,namun tidak dipeduli diri sendiri,dibiarkan persoalan semua terawang. Biar orang lain bahagia,kerana setiap sekecil kecil kebahagiaan itu besar baginya.
Aku pun tak tahu apa yang aku mengarut tengah malam macam ni. Banyak sangat persoalan dalam akal fikiran yang serba kekurangan. Apabila akal terlalu penuh pemikiran kritikal,terlalu banyak yang difikir akibat sekecil kecil perkara. Tidak lena dikala tidur,tidak boleh dibawa jaga. Masih banyak benda yang aku tak faham,dan memerlukan jawapan. Tidak perlu ditanya,kang tak pasal pasal tahi menimpa. Setiap perkara terlalu mempengaruhi hidup ini. Sekecil kecil tahi cicak pun,kalau jatuh kat kepala pun boleh mengubah hidup. Kerana itu pun dikira takdir. Siapa yang sangka bagaimanakah masa depan nanti kita macam mana? Allah Maha Mengetahui. Dengan Dia saja kita memohon perlindungan,dengan Dia saja kita memohon apa yang terbaik untuk diri.
Post ini adalah dicipta bukan untuk korang memahami,atau dibaca. Tapi kalau dah baca,baca je lah.
1 comment:
xle bla ayt ko herel :)
Post a Comment