.

Wednesday, June 15, 2011

BMW; Best Man Wins atau Bangga Menang Wanita?

Gila. Aku selalu dengar perkataan ni dulu masa zaman dulu dulu jahiliah hingusan. Okay fine. Form 2. Masa tu ada lah hot stuff kat sekolah aku,dan memang ramai kawan aku yang terdiri dari kaum Adam nak tackle dia. Tak tahu la kaum Hawa pun nak jugak ke.

Oleh kerana kawan kawan lelaki aku ni,memang pentingkan friendship dalam kawan kawan,memang kitorang takkan bergaduh even pasal kes awek ni. Buat gelak gelak je. Kitorang cuma pegang pada satu benda, Best Man Wins. Masa tu la. Masa zaman muda muda dulu dulu jahiliah hingusan.

Itulah last time aku dengar perkataan tu. Until tiba tiba lately ni,terborak dengan sahabat dekat mamak,pasal dari topik kereta BMW sampai ayat Best Man Wins.

Aku nak story balik,betul ke Best Man Wins? Ayat Best Man Wins ni selalu orang guna time ada competition nak mengorat seorang wanita. Kalau lelaki tu menang,dapat perempuan tu,dia akan dianggap Best.

Lelaki pun,akan guna perkataan tu bila dia nak explain situation kat orang lain after dia dah menang awek tu.

Tengok ayat tu betul betul dalam dalam. Adakah seorang itu lelaki yang the best the bomb the sweetest the comelest the cutest the penambat hati the bla bla bla bila dia menang hati perempuan?


Twilight Made Me Gay

Aku ada story. Sat na aku cerita. Based on a true story yang aku dengaq dari seorang sahabat. Nama diubahsuai.


Badang (bukan nama sebenar),dia ni ada hati dengan seorang minah ni,nama dia Minah (bukan nama sebenar). Badang tak berani nak luahkan perasaan dia kat Minah ni. Dia expect,Minah ni anggap dia kawan semata mata. Minah ni pulak,jenis typical awek comel yang bendul. Apa yang ada depan mata,yang tu dia percaya. Badang dan Minah ni,nak kata tak bahagia,tak jugak. Dorang selalu happy together gether.

At the same time,Minah pun,kenal dengan Jantan (bukan nama sebenar). Jantan ni player. Tapi Jantan ni memang la berkenan dengan Minah ni. Tapi,Jantan memang honest bila nak dengan Minah. Jantan dan Minah pun,selalu happy together gether.

Minah,seorang yang lurus bendul,dan happy go lucky. Nak kata player,tak. Tapi,dia layan je apa yang ada. Kata dah lurus bendul. Dua dua laki tu,dia always together gether. Jadi hati dia terpaut kat dua dua. Cuma tengok je mana satu yang lagi best.

Badang dan Jantan ni,memang compete habis lah. Compete compete compete macam macam. Belanja makan,ayat romantik,bla bla bla. Lalu,Badang rasa dia rendah diri,dia serahkan kat Minah biar dia pilih sendiri mana satu.

Bila dah bendul,Minah pun cuma tengok apa yang dia nampak je. Bukan nak soal banyak. Last last,Minah pilih Jantan. Mana taknya,Jantan ada kereta BMW (bukan kereta sebenar),kaya,loaded,baik pulak tu (dari pandangan Minah). Jantan pun suka. Dia berbangga dengan kemenangan wanita beliau. Jantan dengan bajet sweet berkata dengan Minah, "Awak betul pilih saya? Macam mana dengan sorang lagi tu?".

Minah pulak cakap "Bak kata pepatah Bahasa Penjajah,the Best Man Wins. Awak lah yang the best my cayang cayang bucuk tembam masam!"

Okay geli.

Badang masih jadi kawan Minah. Dia cuma nak tengok Minah happy. Tapi Jantan,cuma nak tengok 'adik'nya happy. Dilayannya Minah itu pelbagai sampai ternoda. Kerana sayang dan best,Minah cuma ikut je.

Lima bulan kemudian,Jantan naik bosan. Minah ditinggalkan. Badang geram tak puas hati Minah kena macam tu. Tapi Badang punya hati bagaikan Seth Tan,dia terima keadaan Minah seadanya macam tu. Badang banyak tolong Minah nak upkan diri dia balik,semua benda. Dan Minah,baru sedar sebenarnya siapa yang lagi baik.

Lalu mereka pun live happily ever after.


Aku dah malas nak taip hujung hujung story tu. Tetiba rasa penat. Cukup lah aku letak ending cenggitu.

Okay. From the story,apa yang korang nampak? Minah tu sendiri kan yang cakap kononnya The Best Man Wins? Tapi apa yang jadi?


Aku google Best Guy tetiba keluar mamat ni.


Bagi aku tak ada istilah Best Man Wins sebenarnya. Dunia ni penuh sangat dengan tipuan Syaiton Nirrojim dan 9 akal lelaki sampai sejahat jahat manusia pun diorang boleh nampak terbaik sangat. Kita sendiri tu lah kena pandai pilih. Kena pandai teliti akal sorang sorang tu. Kena pandai teliti hati seseorang tu.

Perkataan macam ni cuma timbul pada lelaki yang berbangga diorang dapat awek/bini. Berbangga yang dorang skill lagi terer dari sorang lagi. Perlukah dibangga? Tidak. Awek/Bini bukan untuk dibangga. Awek/Bini untuk dihargai setinggi tinggi penghargaan pasal wujudnya dorang dalam hidup. Kalau bangga pasal awek/bini,nampak sangat pasal dorang tu cun melecun hotsetap mantap je. Cuba tunggu nanti kalau dia dah menopaus,kedut multiple,gigi tak ada. Kau bangga lagi tak? Ce cuba ce cuba.

Benda benda macam BMW ni selalu timbul pasal ego lelaki + niat tak betul.

So girls,kalau dah konpius sangat tu taktau nak pilih mana satu,tak perlulah nyanyi lagu Farah - Antara Dua ke,mintak kaunseling Doktor Fadzilah Kamtumi ke,apa ke. Istiqharah yang paling penting. Seriously,it works. It really,really,works. Trust me. From there,you will receive the sign from your Creator itself. Apa lagi yang lagi best dari tu kalau dah macam ni,ye dok?

8 comments:

Ai-Sis said...

banyak betul cerita kau pasal wanita dan lelaki ye.hahaha.boleh jadi lelaki idaman malaya da kau ni.hahaha

Kucing Serius. said...

Well. Hero Malaya kan. Ahahaha

Datin Tyka said...

hero sangat ke...
wanita adalah yang terbaik

Kucing Serius. said...

Terbaik lah. Selalu kena tipu,pastu ego tak nak mengalah. Huu

Unknown said...

senang citer,aku selalu menang. Best Man Wins kan?> haha

Dini said...

hi. i'm new here! :D saya banyak jumpe blog2 best tapi semuanye saya malas nak jadi follower sbb nnti buat semak dashboard. tp saya follow blog awak sbb awak lelaki yg suka kucing. haha ok saje je nk bgtau.

----

Badang ni, kes 'nice guys finish last' pulak. kan kan? :p

Haikal Blank said...

hahahhahaa cerita ko takley blah...ending cam harem. pengaruh nora lelehna tetap ada...keh3...

kucing betull.....(biasa hanjing betul) HAHAHA guraw...:P

Kucing Serius. said...

Yeahh. Nice guys finish last. Betul betul :D

Haikal.Itu nora lelehna memang tak boleh la nak bawak buang. Ahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...