Agak lama aku biar blog ni berhabuk. Dan aku taknak biar macam tu. Aku sayang blog aku. Member aku nak luah apa apa. Lately ni aku memang aku sangat sibuk memandangkan final submission modulator,banglo,poster,dan review secara serentak. Dan dengan jawatan class rep tu aku bertambah lebih sibuk nak setelkan bab review kelas. Lagi lagi lah bila aku pulak yang jadi satu satunya lelaki dalam group aku,kena jadi leader pulak untuk group banglo aku. Untuk poster pun,leader jugak.
Nasib baik semua dah setel. Sekarang tunggu semester ni nak habis. Iaitu,ahad ni. Ahad ni je.
Tekanan semua menekan aku untuk lari sebentar ke rumah,dimana semua tekanan aku berubah sikit. Tidak lah hectic,cuma still dalam kemampuan aku. Aku mampu handle lagi hal rumah banding dengan 35 orang studiomate bermacam kepala kat sana.
Sekarang sepatutnya waktu aku tidur,melenakan kepala,mimpi Lisa Surihani,dan bukannya blogging. Mungkin aku tak tidur lagi malam ni. Sekarang ni hari hari terakhir menjadi class rep memang menekan hebat situasi dan emosi. Taubat aku takkan jadi class rep lagi dah.
No comments:
Post a Comment