.

Friday, December 17, 2010

Macam monyet mimpi basah.



"I love youu :( Yeahhh love is blind. Sebab aku love dia la aku jadi macam ni. Sebab aku sayang dia lah aku jadi gila. Sebab aku sayang dia la aku jadi tak tenang. Sebab aku sayang dia lah aku selalu risau. Sebab aku sayang dia lah aku always down kalau aku nampak benda yang buat aku jealous. Sebab aku sayang dia lah aku always tak tentu arah. :( ADUHH. Aku tak tahu kenapa aku sayang dia. Sayang sangat, heh dia ni baik sangat, sangat sangat sangat baik, always ada sebelah aku and ikut cakap aku. DIA NI PALING TERBAIK! Serious. Aku sayang dia :( Dia ni teramat baik and sikit pun aku takkan lepaskan orang macam dia"


Gila bullshit. Aku terjumpa ayat ayat macam ni dekat internet. Blog budak form 3 tak silap aku. Sekadar terjumpa. Tak ada langsung kaitan budak tu dengan aku atau sesiapa dalam hidup aku.

Bila aku baca ni,teringat pulak dulu dulu. Zaman muda muda yang ramai kawan kawan tengah hangat bercintan habis. Tapi kawan aku tak macam atas ni. Aku cuma nampak banyak benda macam ni kat myspace.

Apa yang aku percaya,selalunya budak budak macam ni lah yang akan tersangkut dan terjebak dalam keadaan yang lebih teruk nanti lepas ni. Tak percaya?

Aku ada kawan yang macam kat atas tu. 4 tahun bersama balak dia. Sejak form 2 sampai 18 tahun. Kawan aku ni sangat baik,totally,aku rasa perempuan melayu terakhir kot dia tu. Malangnya lelaki tu power sangat ayat dan muka pecah rumah,jadi banyak benda dia dapat. Tapi siapa sangka,hujan datang di tengah hari. Laki yang baik sangat tu mintak clash untuk awek baru yang lebih hot dan mantap,dan terus tinggalkan awek lama macam tu je. Kawan aku ni pun frust menonggeng. Nasib baik abang PRD ni ada tolong dia :P

Pengalaman dah mengajar aku,tak boleh sayang kat seseorang tu sangat sangat. Pasal benda tu boleh makan kita sampai bila bila. Bila hati dah hancur remuk pasal pasangan tu,baru korang tau langit tu tinggi rendah. Tapi itu lah. Kalau dah terhantuk,baru nak terngadah kan? Kalau sayang tu takpa. Fitrah manusia kan. Tapi biarlah sayang diri kita ni dulu. Sayang kita terhadap orang lain tu baik dibawa kepada benda baik. Kalau couple sekarang selalu nak kiss, nak peluk, nak berkepit, sampai bila kan? Aku sendiri sayang ada sorang tu jugak sekarang,tapi aku tak perlu nak ekspresikan lagi dah dengan asyik keluar berdating ke apa. Biar sayang tu bawak aku jadi lelaki yang lagi baik.


Cinta yang lebih lebih macam atas tadi boleh jadi aksi terlebih kalau tak kawal


Cuma,aku tengok,susah nak bagitau macam mana dekat budak budak zaman sekarang ni. Generasi yang akan datang ni. Bila dah jadi semua ni,sememangnya sangat tidak efektif cara cara nasihat daripada mereka yang pernah cuba bagi nasihat pasal couple ni. Contoh,Kempen Anti Couple. Aku faham dorang cakap pasal apa,tapi,kadang kadang dulu kita rasa semua indah lagi kan? Kita tak dapat lagi tu semua,sebenarnya mereka ajak kita hentikan semua tu dengan elok,bukan hentikan semua tu dengan tak elok(clash pasal gaduh,ada orang lain,etc etc).

Tapi,apakan daya? Sepatutnya yang bagi nasihat dekat budak budak yang dalam macam ni sebenarnya orang yang pernah berpengalaman. Bukan setakat yang tahu teori saja macam dorang yang anjurkan kempen tu,tapi kena tahu serba serbi dalam benda ni. Rasa,pandangan,cara pembesaran,pengalaman,dan pegangan agama. Yang terbaik untuk dorang ni sebenarnya,seseorang yang ada dalam lingkungan umur kita,atau tua sikit. Kalau Fadzillah Kamsah pun,dia akan cakap respon yang sama je pasal benda ni. "Muda muda,cinta monyet".

Masalahnya depa tak faham. Depa orang tua generasi yang sangat lain dengan yang muda muda, yang zaman sekarang ni punya budak budak. Mak aku sendiri admit,generasi aku ni tangkap cintan lain dari zaman dia. Serious sangat banding dengan zaman dulu. Walau mak aku open nak cakap pasal benda ni semua,tapi kalau nasihat dia tetap nasihat yang typical dari orang yang lahir zaman 50an. "Hang belajaq dulu. Dah besaq gaji besaq umah besaq baru cari perempuan pi kahwin. Sekarang ni hang toksah amek serius pasal semua tu"

Haih.
Aku bukan salahkan sesiapa. Setiap perkara buruk yang terjadi pun,datang dengan izin Allah melalui silap kita sendiri. Aku sekadar suarakan part aku.

Sebenarnya banyak lagi tapi aku dah ngantuk ni.

1 comment:

ain izwani said...

thumbs up la weyh , nice post !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...