Ya. Aku sangat tidak suka Kimia. Sejak azali lagi. Tapi ada lah sekejap tu je aku suka masa awal form 4. Itu pun pasal aku cuma dapat faham kimia dari fizik masa tu. Sekejap tu je lah aku suka. Makin lama,aku tak dapat nak terima dah Kimia tu. Sampai lah sekarang. Sejak dari dulu pun,bagi aku Add Maths yang semua orang kata susah nak mati tu,lagi senang daripada Kimia.
Sampai sekarang ni aku kagum dan terfikir fikir. Macam mana otak orang lain boleh proses dan faham kimia tu gerak cemana? Aku punya lah cuba nak fahamkan tapi aku tak dapat jugak nak lekatkan kimia dalam palotak aku. Pasal tu lah Kimia aku dulu masa SPM aku dapat B+. Fizik dapat A biasa,Bio dapat A-. Sesungguhnya,aku lagi suka Fizik dan Biologi berbanding dengan Kimia yang sememangnya macam Kimak. Yang paling gila lagi ramai budak budak cakap depa suka Kimia dan Kimi'A' Itu Mudah. Lancau.
Macam mana pun,aku tetap hargai cikgu cikgi aku kat SBPI Gombak dan Matriks Selangor yang mengajar aku Kimia dengan penuh usaha habis. Kalau tanpa mereka,aku yang tak suka kimia ni memang tak akan dapat lebih dari D agaknya. Aku cuma dapat B+ masa SPM pasal aku faham dengan penerangan cikgu aku tu saje,tapi bukan penerangan buku Kimia aku. Kalau kat matriks pulak,sejujurnya,40% dari apa yang aku pernah belajar Kimia kat sini je yang aku faham dan melekat.
Aku cuma sekadar traumatik sedikit je pasal tinggal beberapa hari lagi aku nak masuk UiTM Shah Alam. Dan aku paling takut nak hadap Kimia yang aku akan study kat sana nanti. Betul. Teramat benci dengan Kimia. Semester 1 ni memang tak ada Kimia kat sana nanti,cuma Fizik , Akaun dan Arts (tak silap aku). Tapi Kimia akan tetap hadir untuk menyusahkan hidup aku,pada semester lain.
No comments:
Post a Comment