.

Friday, December 24, 2010

"Kenapa itu olang talak simayang macam lu?"



Hari ni hari jumaat. Tengah hari tadi aku pergi lah solat jumaat. Tunaikan benda wajib seorang lelaki Melayu Islam. Dalam banyak banyak tengah hari dalam minggu ni,tengah hari ni pulak yang panas. Sekarang dah mendung pulak kat luar tu.

Dengan penuh sesak di Masjid Bandar Baru Sungai Buloh tu,aku naik lah kat bahagian atas kanan masjid,tempat yang dipenuhi dengan konco konco Bukit Rahman Putra kat. Bajet after solat dapat lepak jap dengan dorang. Tapi,separuh khutbah pertama tu aku dengar jamban panggil aku pulak. Lumrah seorang manusia untuk berak. Aku terus turun dengan pantas. Dan keluar jamban masa imam baru angkat takbir. Nasib baik aku sempat ambik wuduk dan cepat cepat masuk saf.

Masa otw pergi masuk masjid tu,aku ternampak ramai lagi lelaki kat luar. Ramai je yang kabut pergi masuk dalam pasal dah lambat. Tapi ada lah geng geng rempit fail pmr dan spm duduk kat luar tu. Pakai baju melayu,tapi tak masuk masjid nak solat. Aku tengok depa macam takda niat nak solat pun. Duduk berkumpul depan toilet lepak lepak borak borak. Aku tengok je dorang sampai aku masuk masjid tu,masa imam dah habis baca alfatihah. Almaklum jamban tempat tu jauh dari tempat sembahyang.

Tiba tiba aku teringat. Dulu masa aku kerja kedai henfon dekat The Store Sg Buloh tu, time hari jumaat,aku seorang lelaki melayu yang pergi. Banding dengan lelaki melayu yang dekat kedai lain semua tak pergi langsung tiap tiap minggu. Aku ada jugak skip satu dua kali. Tu pasal terdesak sangat,takda staff lain.

Petang tu la,habis solat jumaat,aku sambung kerja. Masa tu aku kerja dengan seorang kawan aku cina. Dia cakap lah.

"Kenapa dia orang semua talak simayang macam lu? Melayu tu semua. Saya tak pernah pun tengok dia orang simayang. Itu hali hali punya simayang pun talak nampak. Lu Melayu jugak kan macam dia orang?".


Aku terus tersenyum tengok dia. Aku bukan nak bajet atau riak atau apa aku cerita ni. Aku pun bukan bagus sangat. Aku nak cerita realiti orang Islam sekarang ni sampai orang lain tengok kita macam mana. Bukan masalah Melayu. Tapi orang Islam yang take religion for granted.

Aku pun jawab lah.

Aku:Saya bagi situation macam ni lah okay. Bayangkan you ada boss besar. Bila boss bagi you arahan,tiba tiba you tak buat even takda masalah pun. You sengaja taknak buat. You agak boss you marah tak?

Cina:Mesti lah banyak marah *terdiam* Ohh.Okay faham faham.

Aku: Kalau marah dia buat apa?

Cina: Marah saya,potong gaji.

Aku: Banyak kali tak buat kerja dengan sengaja,apa jadi?

Cina: Kena tendang kerja.

Aku: Jadi you faham kan?

Lalu beliau termenung kejap kepala otak dia tengah berjalan.

Cina: Kenapa ada melayu minum arak,main judi itu semua? Melayu kan tak boleh buat tu semua. Itu haram kan?

Aku: Ste***,you Buddha ke Kristian?

Cina: Saya half half. Dua dua ambil. Bapa saya Kristian mak saya Buddha

Aku: *dalam hati* boleh pulak mcm tu

Aku: Jadi,dalam Kristian,dia bagi ke minum arak?

Cina: Talak boleh punyaaaa. Bible talak bagi.

Aku: Jadi kenapa you minum? (aku tau beliau tu champion minum arak)

Cina: 0.o".............

Aku: Sama jugak lah. Tidak kira agama apa pun,sekarang ni manusia tetap manusia. Kalau orang mau buat silap tu tetap pilihan dorang untuk buat silap. Macam you jugak. Minum banyak mabuk dengan amoi cantik tu semua (aku pernah tengok camera dia), tapi you tau tu semua salah kan?

Cina: Saya takpa lahh saya cina. Tapi you all melayu mah.

Aku: Jangan samakan agama dengan bangsa. Melayu tu bangsa, Islam tu agama. Kalau macam boss kite tu,dia bangsa Cina, agama Buddha. Melayu adalah melayu, Islam tu adalah Islam. Kalau ada orang Melayu buat silap, jangan salahkan Islam. Salahkan orang yang buat silap tu sendiri. Pasal,orang melayu pun banyak dilahirkan sebagai Islam je,tapi amalan dorang semua tu Islam ke? Kadang kadang,Cina Muslim pun lagi kuat agama dia dari Melayu Muslim.



Aku tak ingat dialog kitorang lepas tu. Tapi yang aku ingat, conclusion topik kitorang, pegangan agama tu yang penting dalam dunia zaman sekarang. Pasal memang tak kira agama apa pun, memang merata rata banyak manusia memang tengah sesat. Ramai yang jadi lebih kepada Atheist sekarang ni sedar atau tidak sedar,lebih kurang macam propaganda FreeMason itu hampir berjaya lah. Cina tu pun dia tau pasal Freemason.

Aku teringat cakap Ustaz faveret aku dulu masa kat sekolah."Sekarang ni bukan perihal agama Islam dengan agama lain. Tapi SEMUA agama dengan Freemason. Mereka ini yang paling bahaya. Mereka ini yang mengubah manusia untuk meninggalkan agama dan jadi Atheist. Pengaruh mereka kuat di dunia ni. Dan di saat paling kuat itu,waktu itu lah,senangnya terjadi seorang Muslim boleh beriman pada waktu pagi dan murtad pada waktu petang"

Sebagai orang Islam, aku perlu kuatkan pegangan aku jadi orang Islam. Tak payah nak kuat pegangan jadi orang Melayu, dan tak perlu nak risau pasal orang Melayu jadi apa atau macam mana. Apa yang perlu risau,sebenarnya apa nak jadi dengan orang Islam sekarang ni. Aku pun bukan seorang Muslim yang baik. Aku ada silap aku jugak. Aku cuma mampu berusaha untuk jadi Islam yang lagi baik je.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...