.

Wednesday, December 15, 2010

Jalan Tuanku Abdul Rahman


WARNING:Ini bukan gambar Faiz Zakaria



Jalan Tuanku Abdul Rahman. Ke Tunku Abdul Rahman? Lantak lah.
Yang penting,tadi aku ada lalu tempat ni. Bukan first time,tapi dah banyak kali dah sejak aku kecik. Cuma ni yang kali pertama selepas beberapa bulan aku last lalu kat sini.

Bila aku tengok,tak banyak pun perubahan kat tempat ni sejak aku kecik. Yang ada cuma kedai kedai dah tukar,ada hotel baru,tu je lah yang aku nampak. Sebelum ni hotel tu tempat wisma apa entah tak silap aku. Lain lain semua sama. Kalau rasa pemurah gila pun boleh lah datang sini. Maksud aku bukan nak derma kat orang orang Pakistan Bangla Indon Myanmar Pukimak yang datang kerja kat situ. Tapi derma derma kat orang yang mintak sedekah kat situ. Kalau rasa nak dengar nyanyian pop yeh yeh free pun boleh datang kat sini. Tak payah nak bukak RTM.

Jalan ni sebenarnya banyak sangat potensi dia kalau nak letakkan sebagai pelancongan. Kalau korang tengok sendiri,daripada stesen LRT kat depan sogo tu,sampai lah Jalan Melayu yang gerbang dia je cantik tapi dalam takda apa, kalau upgrade dan ubahsuai betul betul boleh jadi macam Pitt Street kat Sydney,Australia tu. Tau tak tempat apa tu?

Pitt Street satu tempat shopping yang lebih kurang depa jadikan pedestrian mall. Lebih kurang lah. Jalan tu,walau nama jalan tu pitt STREET,jalan tu sendiri dah tutup dan letak macam tile kot untuk orang jalan jalan. Depa mat saleh tak bagi kereta lalu lalang sangat walaupun tempat dorang tu sejuk. Pasal depa tau kalau kereta lalu banyak mesti tempat tu jadi panas. Jadi untuk khaskan tempat tu jadikan pusat shopping,depa betuikan tempat tu khas untuk shopping puas puas.

Kalau nak compare dengan Jalan TAR ni, korang tengok sendiri lah macam mana. Kimak punya panas. Dengan kereta asyik sesak kat situ. Sejak kecik lagi family aku suka pergi tempat ni. Tapi aku sorang memang traumatik macam haram. Lagi lagi lah bila mak aku pergi shopping tengok handbag dengan kasut kat Sogo selama 5 JAM straight masa tu. Aku punya menangis nak rak masa tu pujuk mak aku balik. Ingat lagi hari tu, sampai sogo pukul 11, balik pukul 4.30,sepanjang hari tu kat tempat handbag dan kasut. Sejak tu aku dah takut dengan Sogo sebagai budak kecik yang berumur 4 tahun. Sumpah takut. Sekarang aku cuma pergi sana kalau time hujung bulan puasa,malam malam. Baru happening kan kat sana. Sejuk,plus ada pasar sampai pukul berapa pagi. Orang dok beribadah kat masjid time tu tapi aku ikut family aku pergi sana. Biasalah,aku masih melayu lagi.



Jadi bila eh Jalan TAR ni nak upgrade? Aku harap, aku pursue architecture ni aku dapat upgrade tempat tempat yang ada potential kat KL ni,biar ada international punya standard. Kuala Lumpur tau,bukan Kuala Langat. Baru pelancong datang pun puas hati. Ini kalau aku jadi pelancong pun aku taknak pegi tempat macam ni.

Okay,niat post aku dah lari jauh melencong.

Yang aku nak sentuh kat sini,bukan lah pasal jalan busuk tu. Sebenaqnya pasal Jabatan Kebajikan kat KL ni. Kuala Lumpur ye,bukan Kuala Langat.

Tadi,masa lalu kat Jalan TAR,aku dalam kereta kecil ibuku berwarna kuning, tengok je sekeliling dari tingkap tu. Aku ternampak,ada seorang makcik tua,buta dan main keyboard. Umur mungkin lingkungan 60-70 kot. Aku dah touching dah tengok dia. Jalan sikit lagi aku ternampak lagi ada pakcik pula main keyboard lagi. Kali ni soundsystem terbaik. Aku bukak tingkap saja nak dengar dia main. Masyuk bai. Pakcik ni pun buta dan tua jugak. Aku tengok,ramai orang lalu lalang situ bagi duit kat dia. Alhamdulillah,masih ada orang Malaysia yang caring lagi.

Aku dah notice lama dah sejak dulu lagi. Dari dulu area Jalan TAR ni memang penuh dengan pemain muzik macam ni. Haih. Aku kesian tengok dorang. Mana pergi welfare department negara ni? DBKL pulak? Sapa sapa je lah? Takkan dorang tak dapat agak atau terfikir ada orang yang perlukan pertolongan macam dorang ni. Kita tengok kat situ,tak tahu yang dorang ni betul betul cari rezeki ke, dipergunakan ke. Tapi kalau yang ada kuasa tu buat, at least dia boleh siasat apa,siapa,kenapa,bagaimana. Kalau betul,tolong. Kalau tipu,at least,aku rasa tak ramai yang tipu pasal benda ni. Tapi ada possibility kecik je entah entah pakcik tu taukey Zouk ke kan. Tu yang soundsystem power tu. Mana tau.

Kalau kitorang rakyat ni pun lalu,kitorang pun tak mampu nak buat apa. Cuma bagi seringgit dua,sepuluh, tu okay la,nak bantu dorang ni. Tapi,dorang yang ada kuasa? Mana pergi? Kenapa tak tolong diorang ni? Kitorang lalu lalang pun,taktahu nak adu kat siapa. Kononnya rasa nak adu kemudian. Tapi balik rumah je dah lupa nak buat apa. Sampai rumah pergi main facebook,bukan nak google Welfare Department KL ni.

Ada kuasa tapi tak bergerak pun. Kuasa tu untuk perut korang je ke? Kalau dorang yang buat kerja tu takpa, tapi kenapa masih banyak lagi pemain pemain dan peminta sedekah ada kat tempat ni. Aku tak puas hati betul dengan typical government. Kerja dorang meeting,makan,tidur,balik awal. Kerja utama dorang,tinggal. Last last,semua orang tak puas hati,terkena kesan pasal depa buat kerja macam tu. Tak percaya? Aku sendiri dah terkena banyak kali dengan typical gov mcm ni. Kat matriks sendiri pun dah terkena banyak kali,tapi dengan staf staf sokongan je lah.

Kalau lah aku jadi billionwan,aku taknak semua ni jadi. Jalan tu sendiri aku beli buat aset,pastu tolong orang orang melayu yang mintak sedekah,main muzik semua tu,etc etc. Aku tengok semua tu tadi aku rasa macam nak cekik je orang yang kaya kaya ajak dorang tolong depa ni. Macam pengerusi JCORP yang rambut putih muka macam pakcik KFC tu yang datang menyemak kat matriks hari tu,ajak semua orang berJihad Bisnes tu. Tu bagus lah. Tapi,aku rasa kau dah mampu,jom Jihad TolongOrang pulak?

1 comment:

Anonymous said...

HAHAHA, nice one hairil. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...