.

Tuesday, May 31, 2011

Berapa hari tak update?

Rasa macam lama gila. Bajet je. 3 hari tak update aku rasa macam dah lama gila dah. Bosan kot duduk rumah. Bosan gila.

Tidur aku tidak menentu. Aku tak tahu nak buat macam mana. Fikiran pun tumpul sebentar akibat mengantuk tapi tak boleh tidur setiap masa. Minda terfokus ke benda lain. Dan benda tu menyebabkan aku langsung tidak terfikir nak buat post baru.

Sehari semalam aku tak tidur. 40 jam kemudian baru aku tidur. Siang. Sampai waktu asar mak aku kejut aku. Mak aku tak suka anak dia tidur waktu asar. Lepas tu aku pun bangun lah dengan kemamaian tidak terkata. Kira kira balik,aku tidur 2 jam je dalam masa 3 hari straight.

Tidur 2 jam pun,malam tu tak tidur lagi pulak.

Saturday, May 28, 2011

Feeling aku-tak-tahu-apa-aku-rasa-kalau-aku-jumpa-macam-ni

Aku selalu ada satu feeling ni tau. Nak kata kesian,boleh kata lah jugak,tapi tak sampai tahap tu lagi. Nak kata rasa bersalah,pun tidak. Nak kata sedih,tak jugak. Aku tak tahu nak describe macam mana. Tapi,aku tahu lah rasa sendiri. Aku tahu aku ni lelaki yang sensitip. Eceh. Cuma,feeling ni aku memang,nak kata suka pun tak,nak kata tak suka pun tak. Entah lah. Tapi feeling tu buatkan aku gerak lah.

Contoh situasi?

1.Tengok seorang awek kepada pemain DOTA yang tegar.
Aku memang seorang yang tak suka DOTA. Sejak azali lagi. Aku tak tahu kenapa orang lain boleh suka sangat dengan game ni. Dah cuba main,tapi tak boleh jugak nak suka. Sampai ada kes yang member aku break dengan awek dia yang jenis Pilihan Mak tu gara gara DOTA. Gilalah. Sampai macam tu penangan game ni?



Yang aku tau,DOTA ni Dunia Orang Tanpa Awek. Dan so far aku tengok awek awek kepada pemain tegar game ni memang asyik tension. Tension dengan balak depa main DOTA je kerja. Sampai susah nak macam macam. Lepas tu nanti awek depa ni carilah benda lain nak buat. Pastu jumpa balak baru. Pastu pemain DOTA ni frust kejap 5 minit pasal clash. Then sambung main balik. Jerit jerit macam tak ada apa.

Macam tu ke harga diri perempuan depa letak nak dibandingkan dengan DOTA?

Aku memang tak ada kena mengena,tapi aku tak suka tengok perempuan kena macam tu. Macam tak ada apa apa nilai. Pasal tu lah,awek awek sekalian. Kalau balak anda stop main DOTA tu untuk jawab text korang,sayangilah beliau sepenuh hati.

2.Nampak orang tengah susah yang aku pernah been through
Contoh? Masa dekat UiTM. Satu masa tu ramai ramai kena pergi Dewan Sri Budiman tengah malam. Bukan satu,banyak kali lah. Aku,macam biasa orang terakhir kena tinggalkan studio dengan a few budak lain yang tak ada kereta. Studiomate yang lain kebanyakan dah kena angkut dengan kereta himpit himpit pergi dewan. Tinggal empat orang je yang terakhir termasuk aku. Dengan bawak barang banyak macam haram. Tertunggulah kitorang sejam setengah dekat bus stop tunggu RapidKL dengan bawak banyak barang.




Masa tu aku terfikir "Kalau lah aku ada kereta ni,aku nak je bawak studiomate aku ulang alik dari studio pergi dewan tu. Aku taknak tinggalkan seorang pun."

Feeling macam tu lah. Kenapa orang yang mampu taknak tolong dorang ni angkatkan baranglah at least?

Aku tak boleh tengok orang susah. Tak boleh. Sensitip. Dan aku memang rasa macam tensen gila kalau aku tak tolong orang yang tengah susah. Kalau ada makcik datang kat aku jual apa apa,aku beli je lah bila aku mampu. Kesian kot. Kenapa tak tolong bila kita mampu? At least bagi untung sedikit lah kat makcik tu. Tu aku selalu beli bahulu masa dekat UiTM dulu.

3.Nampak orang kena aniaya.



Lagi aku tak boleh tengok. Salah satu kes contoh. Aku selalu baca blog orang. Ada lah blog seorang perempuan ni yang aku follow dia dari Form 3 sampai sekarang. Masa tu dia single mingle. Sekarang dah bercerai. Huh? Kira aku follow dia dari zaman single,couple,tunang,kahwin,bersalin,cerai. Blog dia best. Cuma aku terkejut dengan post baru dia tengah sedih sedih pasal kena cerai setelah senyap berapa minggu. Huu. Dah lah comel. Seriously memang jenis Pilihan Mak. Mak aku tengok mesti berkenan. Rugi laki dia.

Dia cakap,rumahtangga dia jatuh pasal dianiaya. Sampai macam tu sekali. Memang terus aku dengan jiwa sensitif menyentuh perasaan ni aku rasa kesian lah. Dan bercampur baur. Bukan feeling tu aku nak highlight. Tapi feeling yang aku rasa bila aku tengok dia sedih. Isk. Aku takleh nak describe. Kalau nak letak emoticon cuma boleh nampak macam :( atau :/ je.

4.Solat Jumaat kat masjid yang panas.
Panas kering tak apa. Ni kalau panas yang angin dia,semacam. Kalau kat rumah,aku selalu solat Jumaat kat Masjid Bandar Baru Sungai Buloh. Siapa siapa yang duduk Sungai Buloh ni aku rasa tahu lah kot keadaan dia macam mana. Besar tu memang besar,tapi panas dia,lain macam. Angin dia sendiri panas dan lembab. Panas lembab. Lepas tu ramai Indon dan Bangla.

Bukannya aku nak complain tau.

Masa tu lah buatkan aku tak khusyuk dan aku selalu terfikir yang "Kalaulah aku jadi jutawan ke,billionwan,serius aku letak aircon kat masjid ni. Selesa nak beribadah." dan jugak "Kenapa authorities tak letak tempat ibadah semua properly? Bagilah keselesaan sikit. Seronok orang beribadah. Tu je dah cukup." .

Bukannya apa. Aku panas kering tak apa. kat Malaysia,architecture cincai je. Tak banyak bangunan yang air ventilation elok. Dah tu,tak angin tak masuk,tak letak aircon lak.

Sampaikan dahulu masa zaman nakal nakal kecik kecik cinonet jahiliah dulu,aku pikir 10 kali setiap kali orang ajak pergi Solat Jumaat kat situ. Kalau masjid lain,laju je aku on.

5.Feeling yang Aku-Dah-Cakap-Awal-Awal-Tapi-Kau-Buat-Jugak



Rasa macam nak cakap padan muka tapi kejam sangat. Kalau sekali dua tak apa. Kalau 10 kali straight? Tak ke tension?

Kadang kadang kita kenal sorang tu macam mana,dan kita cuba nak tolong dia yang terbaik habis bila dia mintak nasihat. Kita pun bagi lah tolong rekomen itu ini. Tapi dorang ni pulak,bertindak melulu depa tak guna akal panjang main buat. Bila dah buat,baru menyesal yang dia tak dengaq cakap. Sekali dua tak apa lah. Mungkin aku punya nasihat pun tak berapa bagus. Kalau banyak kali in a row dia terkena? Bila dengar cakap aku je dia okay pulak. Dia sendiri admit yang kata dia selamat dengan nasihat aku.

Aku rasa macam Aku-Nak-Cubit-Pipi-Kau-Kuat-Kuat-Sambil-Jerit-Dengarlah-Cakap-Aku-Pasal-Aku-Tak-Nak-Kau-Kena-Apa-Apa-Yang-Buruk-Lagi-Pasal-Kau-Ikut-Hati-Kau. Ada perkataan lagi pendek tak?

6.Jumpa awek cun yang totally ikut taste kau,randomly.

Ayu Raudhah. Bini Baru Saya Muahx!


Hehe. Hehehe. Hehehehehe. Aku tau aku lelaki yang hormon teenager. Tapi aku dapat kawal lagi. Hehe. Lumrah lelaki kan.

Contoh situasi. Tetiba aku terjumpa ada seorang perempuan yang ayu gila,cun,comel,lembut,memang totally ikut taste. Gila totally 100% taste lah kalau physically. Stock yang kalau korang nampak mesti nak bawak balik rumah terus tunjuk kat mak. The thing is,dorang yang korang jumpa ni cuma random people je. Macam,yang tukang jaga kedai buku,duduk depan kita bila dalam KTM atau bas,jadi cashier,etc etc. Yang macam tu lah. Dia macam awkward moment kejap where kita terpegun yang wujud-lagi-perempuan-comel-macam-ni. That kind of feeling lah. Nak kata segan,tak. Cuma,rasa macam tak percaya. Lebih kurang lah.

Tapi dorang tu,comel tu comel camtu je lah. Bukannya aku nak mengorat pun. Ehem. Sekadar datang dan pergi camtu je :)

*kat 7 Eleven baru dekat Bukit Rahman Putra Fasa 1 ada awek comel sangat sangat kerja shif malam. Suka usik dia alang alang time beli rokok atau topap. Taknak pergi kedai lain dah. Hehe. Hehehe. Hehehehe.



6 je feeling simple. Tapi aku tak dapat nak describe. Situation atas atas ni semua aku compilekan semua sekali. Senang sikit nak baca.

Duit? Apa tu?


"Gua bangga gua kaya! Lu ada apa? Awek pun tarak!"


Duit. Duit tu apa benda? Masa aku belajaq ekonomi dulu Sem 1, depa kata dalam bahasa mat saleh "Medium for exchange and tradings". Lebih kurang lah. Duit ni boleh guna nak beli macam macam. Rokok,cekodok,goreng pisang,awek. Apa lagi? Pendek cerita,dengan duit ni,macam macam boleh buat. Hang nak beli satu dunia pun boleh.

Sekarang ni nak buat apa apa pun,semua guna duit. Makan? Bergerak? Berak? Semua guna duit. Paling paling pun nak pergi jamban pun kena bayaq 20sen kan? Kalau ayat manis sikit dengan makcik jaga toilet tu terus dapat free. Hehe. Tapi still,kat mana mana guna duit. Tertekan tak?

Orang punya lah pandang dengan kertas dan besi bernama duit ni,sampai lupa semua benda. Ye lah. Contoh,perempuan. Pantang nampak lelaki ada duit. Terus dia ambik. Muka pecah rumah pun kisah apa. Kalau perempuan yang jujur sangat lak tu,sangkut pulak dengan lelaki rempit yang tak ada duit. Ini fakta ye. Sapa sapa jangan terasa. Lelaki pun yang stok tak guna tu,nampak perempuan ada duit je,mengikis. Perempuan pun percaya je lah. Konon "sayang" punya pasal kan.

Sekarang aku tengah cuti,duduk rumah,dan aku taknak aku duduk rumah ni cuma menjayakan aku dengan mengumpul lemak dan melembikkan otot. Aku kena cari kerja. Aku nak cari duit. Aku tengah kesian kat mak aku. Takkan dia je nak sara aku dari kecik sampai dah besaq panjang ni. Jadi sekarang dalam kepala otak aku cuma nak cari duit. Duit. Duit. Duit. Duit yang halal.

Thursday, May 26, 2011

Kenapa dengan kumpulan nasyid?


COMELNYA. Tunjuk kat mak aku mesti berkenan :D


Ada apa dengan kumpulan nasyid ni? Aku bukan nak promote depa,atau cakap pasal yang kat atas ni. Aku cuma Google gambar nasyid je tadi,lepas tu aku jumpa yang tu. Aku pun terus berkenan lah. Letak jadi gambar hiasan. Hehe.

Tadi aku blogwalking,tergodek godek jugak blog yang ada pasang lagu nasyid kat blog depa. Terus aku teringat group nasyid yang aku suka. Raihan,Hijjaz,dan Rabbani. Masa kecik kecik dulu aku gila fanatik kot Raihan.


Dulu masa zaman zaman kaset,mak bapak aku belikan kaset album ni kot untuk aku dulu


Sampai sekarang pun aku paling suka lagu lagu nasyid dari group Raihan ni. Pasal apa? Penuh dengan mesej kot. Lagu simple je,tapi bermakna. Nampak seni muzik dia tu sendiri (Cewah). Dan tidak fake,macam muzik nasyid yang lain.

Muzik nasyid yang lain?

Aku TAK SUKA nasyid jiwang jiwang. Aku tak faham. Kenapa berdakwah dengan masukkan jiwang jiwangan? Aku tak nak cakap sapa. Tapi banyak kali dah aku dengar. Lepas tu,yang dengar tu pulak macam bajet baik. Bukan baik pun,tapi bajet baik. Beza tu tau. Bajet baik,dan betul betul baik.

Sejak genre nasyid jiwang ni,istilah NASYID tu bagi aku dah hilang. Macam tak ada dah. Cuma kalau aku nak pasang dan dengar pun,aku dengar lagu Raihan, Hijjaz,Rabbani. Banyak lagu dorang je yang betul betul dakwah melalui lagu. Paling aku suka Raihan lah. Yang lain tu sekadar dengar gitu gitu je.

Bagi aku,aku dah tak anggap dah nak berdakwah ikut muzik,wajib ikut nasyid. Padahal ada orang nasyid tu pergi melencong tempat lain. Bila ada dakwah,aku layan. Macam,Too Phat - Alhamdulillah yang pernah jadi hit dulu. Aku suka. Ramai pun suka kan? Ada studiomate aku selalu pasang lagu ni dan banyak lagi lagu lagu dakwah dia. Nasib baik bukan nasyid jiwang. Nasyid dia pasang best best lah,banyak dakwah.

Umur VS Experience; Aku pilih Experience



Pernah tak,dalam satu situasi,ada orang lagi muda dari kau,tapi experience dalam satu satu benda tu sangat banyak. Kau rasa macam dia ni tua dari umoq dia. Tapi masa yang sama,ada jugak orang lagi tua dari kau,tapi pengalaman tak ada. Apa yang dia tau cuma hidup dia yang biasa biasa je. Mana satu yang kau nak pilih kalau nak tanya soalan korang? Kalau nak tanya dua dua pun,hangpa nak tanya mana satu?

Kalau aku,aku tanya yang lagi muda tu. Lantak lah. Pasal apa? Pasal aku tau yang dia ada banyak experience and knowledge.

Aku pelik. Kadang kadang ada orang yang terlampau pentingkan umur sangat sangat. Apa,wajib ka lagi tua tu lagi banyak knowledge depa? Ego umur pengaruh sangat kot. Mentang mentang jauh lagi muda,depa biasanya ingatkan budak budak muda ni tak pergi jauh. Kalau tahu pun,ego pasal umur tu buatkan depa tak ambil tau. Memang lah common yang biasanya lagi tua tu lagi biasa makan garam. Tapi kena ingat lah. Budak budak muda sekarang ni pun hebat belaka. Umur 14 tahun pun dah ada yang jadi programmer berbanding dorang yang 26 tahun tapi still nak belajaq IT terkial kial lagi kat Fakulti Sains Komputer tu. Contoh lah eh. Contoh je.



Cuba hangpa semua pikiaq betui betui. Betul tak apa yang aku cakap?

Wednesday, May 25, 2011

Aku faham lah,kenapa dorang cakap macam tu masa nak masuk U

"by , i miss u so damn much ! i know that u in orientation now . but , i can't stop thinking of u . u are far away from me now . i just wanna meet u . but we can't :( u at kedah and i'm here at johor. argghhh ! miss u miss u elmo ! when we will hangout again by ? hmm. i'm counting days now by . coz this saturday i will go at UiTM . u will busy with ur class n i with my orientation week . busy busy busy ! i wanna meet u by . i know that i suppose to be strong n not crying . but i told u already that i can't promise i'm not crying . i miss u a lot :( u take care yeh by . until we meet again later . ilysm n imysm ! xoxo from me ^^ "- kata kata seorang Budak Baru Habis Sekolah, Blogpost 24th May 2011.





Ayat ayat Geli Mat kat atas tu aku jumpa masa blogwalking tadi after subuh. Mungkin bagi budak yang baru habis sekolah,baru rasa nak naik dewasa,dan belum lagi jumpa ramai orang,mungkin benda macam ni kot yang depa rasa. Aku admit,benda macam ni biasa lah kot. Pernah saksi,pernah alami jugak lah kot (tapi BUKAN macam kat atas ni.strictly),dan apa yang aku tengok sekarang,dunia betul betul dah berubah. Bukan lama pun aku tinggalkan zaman sekolah. Dua tahun je. Hampir dua tahun.

Tapi tengok lah,semua tunggang terbalik. Kawan kawan aku,ramai dah berubah. Termasuk aku sendiri pun dah berubah. Dulu ada awek,masuk matrik je tak ada. Kawan kawan aku pulak,dah ramai yang tukar awek,balak bile masuk U. Yang single jadi double dah. Yang double lak jadi single. Yang alim pun dah carried away. Yang nakal dulu pulak dah jadi makin alim.

Serius. Sangat tunggang terbalik.

Semua tu buatkan aku baru faham family aku pernah cakap "Alah,budak sekolah je tu","Masuk U nanti lagi ramai orang beb. Percayalah. Semua akan berubah","Baru habis sekolah nak bajet dah besar. Perjalanan jauh lagi lah.". Semua kata kata tu ditujukan khas untuk generasi aku. Batch tahun monyet,1992.

Sekarang ni aku seorang siswa. Hidup pun dah lain. Buatkan aku faham kenapa family aku cakap macam tu. Aku tengok balik diri aku,member aku semua,dan jugak budak budak yang lagi muda ni,memang aku rasa macam, "Eh,macam pernah dengar ayat ayat ni.". Memang pernah pun. Beza dia,cuma aku yang cakap dekat junior aku semua.

Nampak tak situasi dia? Faham tak? FAHAM TAK??

Dulu mungkin lah rasa macam setia gila. Kononnya mampu bawak sampai kahwin. Planning,nak anak berapa,nama apa. Yang pendek akal tu terus buat anak la tu jugak. Tapi yang gerenti punya mesti salah satu dari partner tu buat taik. Tak kira perfect macam mana pun dorang masa tu. Lepas tu clash. Lepas tu heartbreak.

"EYKAA , KENAPA KAU TINGGALKAN AKU ? JANGAN TINGGALKAN AKU ? AKU RINDU KAU :'( KAU JAGA DIRI TAW . HAPPY TAW KAT SANA . JANGAN SEDIH . AKU DOAKAN KAU BAHAGIA . AKU SAYANG KAU EYKA . AKU SAYANG SANGAT . AKU CINTAKAN KAU EYKAA . AKU TUNGGU KAU . HATI AKU SENTIASA TERBUKA UNTUK KAU EYKA . SAMPAI AKU MATI AKU AKAN TUNGGU KAU . I LOVE YOU EYKA :'( AKU RINDU KAU EYKA . AKU AKAN PELOK BAJU KAU NI SAMPAI AKU MATI :'(" - Lagi satu post Budak Baru Habis Sekolah,sorang lagi.


Fine. Aku sendiri pernah rasa macam ni. Tapi hidup mengajar aku,yang,probability aku nak dapat balik dulu tu semua memang ada,tapi tu pun pasal bagi aku takda yang mustahil dlm dunia ni. Banyak lagi surprises untuk aku dalam masa depan ni. Aku tak boleh nak jadi macam mamat atas ni. Mamat ni gila. Serious gila. Tengok lah blog dia. Terjumpa tadi jugak masa blogwalking.

Haih. Jadi budak sekolah,tolong jangan ingat partner tu segalanya. Boleh? Eww tau. Nak tau lagi pasal pengalaman semua korang tanya je lah depa yang lagi tua. Dan berpengalaman. Seriusly.

Uniquely Kelantan. Bukannya aku pernah pergi pun.


Apa kejadah ada muka dia ni tiba tiba. Bukan nak post pasal dia pun.


Tadi aku godek godek blog Oh!Azizah,blog neighbour aku. Dia dok kat depan rumah aku je. Selalulah datang lepak borak borak dengan mak aku. Baik gila kot dia. Aku baca blogpost dia pasal makanan kelantan. Dahlah aku tengah browse tengah tengah malam macam ni,tiba tiba nampak makanan. Gila. Lapar kot.

Bila aku baca tu,aku rasa macam nak post pasal Kelantan ni. Aku memang dah lama nak post pasal tempat ni,pasal,entah. Tak tahu pasaipa. Aku tau lah aku ni darah Penang + Jawa. Tapi kalau aku nak bercuti,aku nak pergi sangat sangat Kelantan. Nak cuci mata. Nak makan. Nak santai.


GILA MARVELOUS


Aku tak boleh cakap slang Kelantan. Seriusly,tak boleh. Tapi yang aku tahu,aku nak makan makanan sana. Macam gambar atas ni,Lompat Tikam. Dulu selalu makan dekat warung adik Bob Lokman kat Bandar Baru Sungai Buloh. Dia claim dia orang Kelantan. Memang best lah. Makanan kat situ memang sedap gila. The best Nasi Kerabu,Lompat Tikam, dan macam macam lagi yang aku tak tahu nama. Yang aku tahu,sedap gila makanan kat situ.

Dah la awek Kelantan comel comel. Aku tak tahu kenapa. Darah siam ka? Selalunya so far kalau kat mana mana ada awek comel je mesti orang Kelantan. Macam kat department aku kat fakulti pun,bila tengok tengok comel je ni,tiba tiba dapat tau dia orang Kelantan. Banyak kali macam tu. Kat matriks dulu pun. Kat mana mana je lah. Nampak comel comel sikit,orang Kelantan. Ex aku pun dulu darah Kelantan jugak.


Result kalau Google Cek Mek Molek. Aku pun letak je lah.


Oleh itu,sebagai lagu hiasan,aku nak letak lagu M Daud Kilau - Cek Mek Molek. Ditujukan khas kepada sapa sapa yang rasa depa tu awek Kelantan yang comel. Enjoy.

Monday, May 23, 2011

Untunglah duduk rumah.

Aah. Sangat untung lah sekarang duduk rumah. Cuti tiga bulan bermula dari semalam. Gilalah. Sekarang aku tengah mengalami krisis tidur yang masih tidak tune lagi mengikut hukum alam. Bila orang tidur,mata aku terbeliak lagi terjaga. Susah betul nak lena sebelum subuh. Dah biasa dulu bila after subuh baru lah aku tidur.

Sekarang kat rumah,aku masih bingung bingung lagi. Kewarasan akal masih ditahap studio,dan bukan rumah. Sedangkan tidur pun,aku lagi lena tidur atas lantai yang keras banding dengan tilam hempuk. Gara gara dah biasa sangat tidur atas tikar dan toto di studio.

Tidur lama lama pun,kepala tak habis repair lagi.

Bagi aku masa seminggu nak tune balik kepala ni. Bagi center balik dan terus ikut mood rumah untuk tiga bulan. OH YEAH. Tiga bulan bai. Boleh jadi gemuk kalau aku malas,boleh jadi kurus kalau aku rajin. Tapi masih maintain tahap hot.

Target cuti ni; Stop Smoking,bina badan ni balik,belajar Adobe Premiere, Belajar AutoCad. Kerja? Tunggu dulu.

Sekarang pun,benda pertama yang aku dah buat cuma update aku punya Left 4 Dead 2. Penuhkan dengan update The Sacrifice,No Mercy,dengan Cold Stream. Canggih jugak lah. Aku memang kipas susah mati dengan benda alah ni.



Oleh itu,aku nak letak,awek angan angan aku dari game ni. Nak jugak letak. Nama dia Zoey. Kalau lah ada mod dia pakai baju kurung,tudung. Pastu tukar nama dia Zahirah ke,Zana ke, apa apa lah nama melayu,aku set terus jadi poster bilik aku. Girls with guns are really sexy you know?

Friday, May 20, 2011

Jam biologi tunggang terbalik.

Sekarang,jam pun dah 3:44AM. Gila. Sudah lama jugak aku memilih karier sebagai burung hantu. Tapi dulu sambilan je,sekarang dah tetap. Sedangkan bila aku kat rumah pun,tak dapat aku nak letak jawatan sebagai burung hantu. Orang lain tengah tidur,aku tengah berjaga. Semua gara gara studio yang memerlukan life waktu malam. Buat kerja tengah malam,pagi lepas subuh tidur.

Agak lama aku biar blog ni berhabuk. Dan aku taknak biar macam tu. Aku sayang blog aku. Member aku nak luah apa apa. Lately ni aku memang aku sangat sibuk memandangkan final submission modulator,banglo,poster,dan review secara serentak. Dan dengan jawatan class rep tu aku bertambah lebih sibuk nak setelkan bab review kelas. Lagi lagi lah bila aku pulak yang jadi satu satunya lelaki dalam group aku,kena jadi leader pulak untuk group banglo aku. Untuk poster pun,leader jugak.


Muka kelat aku nak pikir cemana nak siapkan model buduh buduh ni.Dua malam dua hari tak tidur dan tak mandi siapkan natang ni


Nasib baik semua dah setel. Sekarang tunggu semester ni nak habis. Iaitu,ahad ni. Ahad ni je.

Tekanan semua menekan aku untuk lari sebentar ke rumah,dimana semua tekanan aku berubah sikit. Tidak lah hectic,cuma still dalam kemampuan aku. Aku mampu handle lagi hal rumah banding dengan 35 orang studiomate bermacam kepala kat sana.

Sekarang sepatutnya waktu aku tidur,melenakan kepala,mimpi Lisa Surihani,dan bukannya blogging. Mungkin aku tak tidur lagi malam ni. Sekarang ni hari hari terakhir menjadi class rep memang menekan hebat situasi dan emosi. Taubat aku takkan jadi class rep lagi dah.

Monday, May 9, 2011

Chah

Nurul Aishah. Seorang sahabat lama yang aku tengah rindu sekarang ni. Sejak kecik form 1 aku dah member dengan dia. Selalu borak apa semua. Tapi sekarang, dah lama tak borak dengan dia. Dan memang,aku admit aku rindu dia. Haha.

Tiba tiba aku rasa nak post pasal makcik ni. Saja. Aku nak highlightkan pasal makcik sorang ni. Kenapa tiba tiba? Pasal aku rindu dia. Gila apa. Tengah menunggu je nanti kalau dia masuk UiTM Shah Alam kan,terus meminang je lah hahaaa. Mak aku pun mesti berkenan. Cewah.

Saja je. Aku nak habaq kat hang lah chah. Lama dah tak borak dengan hang kan. Kira,aku post blog ni saja lah nak highlightkan yang aku rindu hang. Memang aku sangat busy gila macam apa sekarang,kacau hang pun sekali sekala dekat facebook. Pastu hang ingat aku sombong. Takpa lah. Aku tak sombong. Yang penting,post ni bukti aku rindu hang. Highlight besaq besaq biar semua orang tahu. Tak kisah pun depa tahu ke tak. Nah. Aku dah nak habis first sem dah. Sampai rumah nanti kita borak habis jom ye :D




Makcik gemuk yang aku maksudkan.Haha

Mak



Ramlah binti Ismail. Mak saya. Mak saya comel. Pasal tu lah anak dia pun sama. HAHA.

Orang selalu post dekat blog pasal awek depa,balak depa. Tapi aku nak post pasal mak aku. Orang paling istimewa dalam hidup aku. Seumur hidup. Dari kecik,sampai besar,sampai bila bila pun. Dia tetap yang paling aku sayang. Dia lah cinta mati aku.

Hari Ibu tahun ni aku teman mak aku pergi tengok Konsert D'lloyd dekat Istana Budaya. A'ah,konsert untuk orang tua tua. Tapi aku pergi jugak. Kesian mak aku nak tengok tapi tak ada orang nak teman. Biar la,aku nak teman jugak. Walaupun dalam Istana Budaya masa tu dipenuhi dengan warga tua,aku layan je. Asalkan aku nak teman mak aku.

Aku sayang mak aku. Hari ibu kali ni memang hari paling bahagia untuk aku. Pasal apa? Pasal nikmat aku tengok mak aku happy sangat sangat. Nikmat bila tengok dia senyum,bila dia gembira. Selalu cuma tengok mak aku tengah rindukan anak anak dia je. Aku suka tengok dia gembira. Perasaan yang paling happy kot seumur hidup ni,setiap kali bila tengok dia senyum gumbira. Lagi best dan seronok daripada dating dengan awek,tengok awek senyum semanis mana pun,tengok mak aku happy lagi best. Aku nak dia gembira sentiasa. Setelah dia besarkan aku dari kecik,usaha nak bagi aku gembira,aku nak bagi dia gembira jugak. Gembira selalu. Dah masa bukan untuk dia jaga aku,tapi aku yang jaga dia.

Mak. Mungkin mak tak baca blog ni,tapi,I Love You more than everything. If it is not about you,then I would not be here,this big right now,typing this post down. When it comes to eternity love,it is not about the others. It is about my love towards you. Happy Mother's Day :)

Friday, May 6, 2011

Antologi seorang yang tiada motosikal.

Motosikal? Apa tu? Kali pertama hidup aku bergelumang dengan sahabat yang bermotor adalah masa aku form 3 dulu. Tu pun,pasal kawan kawan rapat aku dulu sorang dua ada naik motor dah. Selalunya yang kaya sikit tu ada kereta terus,walaupun tak ada lesen. Pergi sekolah pun naik kereta. Kiranya,aku selalu bergelumang dengan para sahabat berkereta. Nak lepak pun naik dengan dorang,naik kereta. Sampai sekarang pun,semua sahabat rapat aku naik kereta. Tak ada sorang pun yang naik motor.

Kat rumah pulak,jangan harap nak nampak motorsikal kat situ. Satu pun ahli keluarga aku tak ada lesen motor,atau ada motor,atau suka motor,atau selalu naik motor. Yang pernah pun ayah aku la. Abang aku suka sangat merempit dengan kereta dia. Kalau mak aku atau kakak aku,bila dengan perkataan motor,depa cakap "Gila ka???? Jangannn ehhhhh"

Bila aku naik SBPI Gombak, memang tak ada lah motorsikal dalam kamus radius sahabat aku. Siapa nak bawak motor pergi asrama penuh? Warden je. Merempit pakai kain pelekat datang hostel atau surau. Masa tu,aku memang masih tak ambil kisah pasal motor. Memang langsung tak terlintas pun aku rasa perlukan motorsikal dalam hidup. Buat apa? Sama jugak masa masuk matrik dulu.

Tapi sekarang,aku UiTM Di Hatiku. Jalan bukit bukau,celah sana celah sini. Makan kat dalam tak ada. Semua benda kat luar. Seronok duduk sini,tapi sukar kalau susah nak gerak. Naik bas, perjalanan motor 5 minit boleh jadi 45 minit. Tu pun kalau keadaan tenang je. Kalau dalam UiTM pun jamm,kereta berduyun duyun pelbagai celah,mahu dekat sejam setengah. Last last jalan kaki sampai berpeluh boleh perah satu baju.

Aku memang dibesarkan hidup tanpa motorsikal,dalam keadaan yang tidak memerlukan motorsikal. Dan sekarang bila aku rasa perlukan, aku tak reti nak naik. Betul. Gelak lah nak kata apa pun. Kimak benda dua tayar berenjin ni. Aku lebih kepada kenderaan 4 tayar je. Kereta la. Kepingin gua akan kereta.

Bukan aku nak complain. Banyak benda aku dah terlepas dan susah pasal tak ada kereta, tak reti bawak motor dan jugak gabungan jadual pack + bas yang lambat. Kira kalau aku gerak naik bas,banyak masa aku terbuang macam tu je. Tekanan semua tu memaksa aku macam macam. Tertekan aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...