Saturday, April 30, 2011

Ada apa dengan kucing?



Kucing adalah sejenis makhluk yang sangat comel. Ya, aku pun suka sangat sangat dengan makhluk comel bermisai dan manja ini. Suka sangat menyelit dengan orang. Aku paling suka tengok kucing yang gemuk gebu lepas tu suka menyelit dengan aku. Rasa macam nak cekik pun ada pasal geram. Geram yang dia comel.



Kucing ni,ada orang yang takut jugak. Aku pelik apasal doh dorang nak takut dengan kucing ni. Bukannya depa ni nak gigit sampai mati pun. Kalau orang takut,depa pun takut. Pastu lari tergedek gedek pastu pandang balik dengan muka yang comel. Kan?



Kucing pun,suka bermain dengan manusia. Dorang ni,ada yang peramah,ada yang pemalu. Sampai dalam Bahasa Melayu pun,ada simpulan bahasa "Malu malu kucing" . Tengok,kucing ni ada bagi kesan yang mendalam dalam hidup masyarakat. Kalau tak percaya,Catwoman pun ada. Dah lah hot. Cat pulak tu. Ini turut melambangkan yang kucing tu semua adalah hot. Dalam fesyen pun ada catwalk. Sampai macam tu sekali kucing mempengaruhi hidup manusia.

Lagi satu,biasanya perempuan lah akan suka gila dengan kucing ni kalau depa tak takut. Reaksi dorang akan macam

"EEE comewlnyeeee kucing ni!!! Gerawm gerawm nak pelowk2 cubiwt2 jerw taw!"
atau
"Eh eh tengowk tuw! Aderw kuwcing lerww! Alololo comewl gilerwwwwwww"


Kemudian,perempuan tu akan ambil kucing tu dan peluk peluk kucing tu kat dada mereka. Kurang asam. Tengok,kucing ni adalah satu makhluk yang amat disayangi. Sampai bila lelaki main main dengan kucing pun dah jadi sebagai simbol penyayang. Perempuan tengok terus kata lelaki tu penyayang. Kalau fake pun takpa lah. Perempuan percaya punya.



Ternyata,kucing adalah makhluk yang disayangi oleh kebanyakan manusia. Kucing banyak memberi kesan dan impak yang mendalam kepada manusia di muka bumi ini. Ternyata,sayangilah kucing anda,kerana mereka sentiasa menyayangi anda.

Studiomate aku selalu panggil aku kucing. Aku pun tak tahu kenapa. Ada apa dengan kucing ni? Adakah aku mempunyai kualiti di atas semua? Mereka sahaja yang tahu. Yang penting,kucing itu comel. Dan mereka panggil aku kucing.


Bangga betul depa panggil aku kucing. HAHA

Wednesday, April 27, 2011

Batu api.

Sudah lah semalam aku tidur bawah meja macam biasa. Tikar biasa pun nampak hempuk dah bila aku dah mengantuk. Peduli apa,asalkan dapat tidur dengan best gila. Sejurus aku bangun pagi tadi,hati aku memang dah panas dengan sesuatu. Sesuatu yang suka bagi orang panas. Sesuatu,yang bergerak,yang mempunyai akal,tapi hati busuk teramat. Sesuatu yang nama dia, batu api.

"Jangan hipokrit weh"-Siti Mariam


Kata kata di atas walaupun ditujukan kepada studiomate aku,sentiasa terngiang ngiang kat kepala otak aku. Aku tak tahu kenapa. Mungkin ada sesuatu yang sangat mendalam ditujukan kepada beliau yang tidak-disebut. Aku sekadar rasa sesuatu yang aku faham dengan apa yang dia cakap. Tapi pagi tadi,aku dikejutkan dengan luahan kata kata studiomate pasal seorang ini yang batu api. Baru aku dapat sahihkan apa yang aku fikir tu betul.

Tensi aku. Bangun tidur pun memang dah berapi. Lepas dah habis bangun tidur pun baru tahu kenapa aku berapi.

Tidak perlu dihuraikan lebih pasal beliau. Tensi aku. Rasa teramat pelik. Haih.

Aku sayang aku cinta

Laptop ku dah sihat walafiat. Walaupun tidak sesempurna mana,tetapi aku sendiri yang jadi doktor sendiri kepada laptop aku ni. Umur dah setahun lebih,tapi aku tak tahu kenapa perlu dia rosak jugak. Rasa macam nak kena pelempang je cina Sungai Wang yang jual laptop ni kat aku.

Tapi aku tak kira.

Nampaknya laptop aku sihat,dan mungkin aku lebih kepada dia berbanding dengan segala benda lain kat dunia ni. Aku nak online,aku nak blogging. Tapi laptop sayangku,aku ada exam tau. Aku masih kena tinggalkan kau dulu. Aku cuma tak faham,kenapa sekarang jugak yang kau hidup kembali teman aku dikala sunyi. Selama ni aku kejut kejutkan kau suruh bangun,kau tetap tak bangun bangun. Habis kau aku bogelkan dalaman mu,kau tetap tak bangun jugak. Kali ni aku bogelkan sekali lagi, cabut dan letak kembali dalaman kau,baru kau bangun.

Sudah berapa lama kau tidur? Hampir dua bulan aku dalam kesakitan kau tinggalkan aku begitu sahaja. Tapi kau entah tidak sedar lagi. Kali ni aku kejut kau dengan paksa,baru kau sedar.



Aku tahu aku dah banyak kali guna kau. Tapi baru je lagi kau ni. Itu pun dah longgar?


Ya. Apa apa pun. Syukur gila laptop aku dah okay sekali lagi. Sekarang ni,cuma dia punya cable je tak betul pulak. Tak apa. Asalkan dah betul. Aku sayang laptop aku.

Saturday, April 23, 2011

Ghost of you.

This Entry Is In English.Emo Time


I am feeling too lazy to take care of any hearts right now. Enough with mine stepped on every day.

It has been a while. Almost a year since the day that change everything. Sharp 17 May later on, it is the anniversary of a bad memory that changed my whole life. If it is not because of it,I would never be stranded in this UiTM Shah Alam,renewing my whole life,renewing my wholly broken heart,but forgetting you is something that I couldnt do.

Nur Liyana binti Roslan. I know you would not like this post, but, I made this as a recognition for you. The life we had before together was beautiful,but since the day that made me and yourself both confused at the same time,it was something that me myself cant forget and it kept haunting me day by day,everyday, ever since before until today,right now at this moment.

Each of those sleeps ever since before until today,last night,is haunted by your presence,with all those good things we ever had before. Sleepless nights came along with your presence in almost every single time I land myself for a nap. And I really mean it. Every single time.

It came along with all those words that we both,each other,promised together ever since our early moments until our last days being together.

I know that I screwed a lot. I made mistakes as well. I admit my part being a fool for letting you down. A girl like you is not supposed to be treated foolishly like I did before.

Your absence had taught me myself on what Love and Life really are. And I learnt it well. Many kinds of people in this world that I met after you, from the hot ones to those ugly fags,the poor and the rich,the real player and the loyal lovers. There was just too many to list down. I was in search for what really Love is, I want to understand more on it.

What I found is that, the girl that I only love is you. The real love. Nur Liyana Binti Roslan. Despite with all the other shits and stuff,it doesnt matter. To me,Love is You. You are the one that I had always thought about all the time ever since before and now. You are everything. If there would be another chance to be with you again,coupling wont be the choice. I want to lead the love itself to marriage. Seriously.

And right now I am foolishly putting this on my blog,just because I want to put on a recognition for you,for being someone special in my life ever before,for being someone that thought me lots and lots of meanings,and last but not least,for shaping me to someone new right now. I maybe not having any other relationships later on because I dont want to see any more hearts broken being rebounds. Yes ladies,I was a jerk. A jerk that is still in love with his past girlfriend. Better get away now.

I dont know when can I move on with someone new. What I know is that all I want to do is to be better day by day. Just let Allah take good care of everything. I will pray for your happiness with Mohd Faiz Zakaria. May your relationship with him lasts long,and always filled with love and happiness.

Friday, April 22, 2011

Mabuk.

Hari ni,hati ni rasa macam sama ja tiap tiap hari. Kena pijak macam selalu. Tapi,nasib baik hati aku kenyal dan kental dah sekarang sejak ex aku sebelum ni lari dengan paria. Aku terima. Banyak pengajaran aku dapat.

Dan hari ni jugak,aku tengah mabuk. Bukan mabuk apa,mabuk pasal tak tidur semalaman memerah otak. Dari semalam sampai sekarang dah naik malam kedua ni aku tidur sekejap je,dalam sejam macam tu. Kini aku dah senget dan tak betul. Nak tidur,tak boleh,nak bangun,jalan rasa goyang goyang. Kang tak pasal pasal aku poco poco kat depan orang.

Aku sekarang berada dalam penantian ni. Bukan penantian lagu Black Rose tu. Tapi tengah menunggu nak hantar laptop aku repair. Sekarang nak blog guna laptop mak aku,sangat tak best. Siap je nanti,aku nak tukar layout blog ni semua. Dah la tengah cuti nanti. Boleh la aku kutuk lagi siapa siapa yang aku rasa layak dikutuk.

Sekian,


Sila angkat tangan macam saya

Friday, April 15, 2011

Lebih Single.

Kadang kadang hidup ni memang best. Tapi waktu best tu lah yang buat leka tu. Benci sial. Memang tak best. Bila time tak best lak,semua datang selonggok. Nak kata tertekan tu tak,tapi,rasa tak best lah. Pasal tu jugak aku bukak blog ni. Terima kaseh sahabat blogger dan jugak studiomate aku, Iqbal memberikan laptop kat aku.

Masa tensi ni lah semua rasa nak diluahkan. Serious doh. Dalam studio aku ada couple tak ingat dunia asyik nak berkepit je. Ni bukan berkepit yang sweet,tapi berkepit busuk. Menggelababi. Kalau berkepit tapi sweet takpa jugak,sejuk hati jugak la tengok at least. Tapi,ni macam,couple kampung,yang datang bandar pastu bajet budak bandar. CULTURE SHOCK.




Fine semua orang culture shock. Betul tak? Honestly,ada jugak sedikit tak kira orang tu datang dari mana. Bagi aku,aku mampu muhasabah diri lagi. Dan apa yang aku alami tu sekadar pasal makanan la. Makan banyak gila tak ingat dunia. Dah la Shah Alam ada banyak makanan sedap2. Dekat dengan Sunway Piramid. Lagi la. Nak nasi kandaq,KFC,Pizza Hut,jalan kaki je from studio dah sampai. Tambah lagi dengan duit PTPTN,lagi la seronoknya. Yang couple tadi aku cakap tu,culture shock nye macam tu je lah. Couple tak ingat dunia. Couple Kampung bajet sweet. Adoih. Dah la tak sedar satu studio dengan mengutuk depa.

Biarlah. Asalkan mereka bahagia. Aku tahu dorang tak bukak blog aku. Hahaha.

Aku asalnya nak post benda lain. Tapi memandangkan laptop ni kat sebelah tempat dorang asmaradana,aku dah naik meluat. Apa yang aku nak highlight nye,sekarang ni macam musim mengawan pulak bagi manusia. Ramai betul kawan kawan perempuan aku couple,dan paling hebat tu,serentak lak tu. Takda la serentak,tapi,around the same time la. Bukak facebook je,setiap penuh relationship status tukar.

Yang paling hebat,ada jugak yang tukar tukar laki dengan cepat gila lak tu. Cakap sayang kat A satu hari ni. Tetiba esok dia couple dengan lelaki B.

Sekarang aku dah ada kat satu fasa yang aku susah nak faham apa perempuan pikir. Dulu,aku mengakui yang aku senang faham. Tapi sekarang ni,dah susah sikit. Pasal,lagi banyak situasi yang aku nampak. Situasi yang sangat pelik.

"Perempuan,biasa la. Bila puki dah basah,otak campak je kat parit. Kalau ada pun,dorang tak boleh nak guna kalau hati dah cair.atau bila puki dah basah,lagi" - Kata kata melampau seorang sahabat


Aku faham la maksud dia. Perempuan panas tak bila baca atas ni? Haha. Sorry for the harsh words. Im just stating what he told me.

Im just,done with everything now. Thats it. Perempuan,tolong guna akal anda boleh? Bukan hati.

Sunday, April 10, 2011

Kenapa anda kena pilih arkitek sebagai pasangan anda?

Ini adalah post yang aku copy paste 100%


Ini gambar arkitek yang gila. Semua benda dia buat sengih macam tu.



Amaran:Post ini aku copy paste from facebook.Ayat ayat ni bukan ayat aku.Sekadar untuk tayangan umum

1. Arkitek sangat sabar orangnya.



Bukti: Tak caye?? Dah la pengajian diorang 5 tahun.. Fuuu, memang diorang banyak sangat bersabar. Kalau tak sabar memang tak abes tau pengajian diorang. Dah la selalu kena marah, kena sound, kena 'tembak' ngan client kalau design diorang x best..



Kelebihan: Jadi anda jangan takut untuk marah2kan pasangan anda sekiranya mereka wat salah. InsyaAllah mereka akan sabar menempuh dugaan tersebut. Tapi jangan over sangat, marah-marah sayang tu ok la..



2. Arkitek tak kisah berjaga malam.



Bukti: Tak dapat dinafikan lagi arkitek terpaksa bekerja hingga lewat malam untuk siapkan tugasan dan assignment diorang.



Kelebihan: Nanti kalau baby anda lambat tido atau nak tukar lampin lewat2 malam, jangan rasa bersalah untuk suruh pasangan anda je uruskan! InsyaAllah mereka akan menganggap itu adalah perkara biasa.



3. Arkitek adalah lebih romantik berbanding profesen lain.



Bukti: Semua benda diorang wat adalah ngan sepenuh hati. Kalau tak, kerja diorang tak 'touching', nanti client reject.



Kelebihan: Alamilah gaya hidup bekeluarga macam dalam citer Korea yang anda suka tengok tu! (Opsss!!). Dan selalu-selalulah merajuk, sebab nanti beliau akan pujuk anda dengan sangat romantik! Tapi jangan selalu, nanti beliau tak kuasa nak layan.



4. Jimat kos buat rumah.



Bukti: Dah terbukti mereka bleh design rumah macam2 pesen..



Kelebihan: Anda bleh suruh ape saja ikut suka hati anda nak rumah cane, dan tanpa bayaran sehingga akhir hayat. Kalau pasangan anda minta gak, sah lah beliau tengah tade projek (pokai).



5. Rumah bersepah tak ape.



Bukti: Studio dan bilik diorang lagi bersepah! (Bukti berupa gambar tidak dibenarkan disiar demi menjaga imej arkitek)



Kelebihan: Jadi anda takyah la bimbang kalau rumah selalu bersepah. InsyaAllah pasangan anda boleh je tahan. Tapi anda jangan selalu wat perangai lagu ni. Kang beliau cari lain!



6. Kretip.



Bukti: Hasil kerja dan design arkitek memerlukan kretiviti yang tinggi untuk disukai oleh client.



Kelebihan: Kekretifan itu secara tak langsung akan mempengaruhi rumahtangga arkitek. Jangan risau, setiap ulangtahun perkahwinan anda akan diraikannya dengan cara yang anda mungkin tak menduga. Kalah citer Korea! (Itu pun kalau beliau tak lupa la).



7. Sensitip.



Bukti: Mereka perlu sensitif untuk menghasilkan design yang kemas dan teliti. Mereka jugak perlu sensitif dengan persekitaran untuk hasilkan design yang baik.



Kelebihan: Kalau anda ade masalah, moody, emo tetiba atau tak seperti biasa, insyaAllah pasangan anda akan perasan. Cuma beliau nak tanya atau biarkan je anda layan feeling, itu saye tak tau la.



8. Secure!



Bukti: Dalam mendesign sesuatu bangunan, arkitek kena pastikan safety first! Kalau x safety bangunan/rumah tak dapat CF (Certificate of ... ape ntah). Kira sijil layak menduduki la.



Kelebihan: Tak perlu lagi risaukan keselamatan anda, anak2 anda, rumah anda dan harta benda anda! Pasangan anda telah pun memastikan semuanya selamat. Andai berlaku sebarang kejadian tak diingini, cari je beliau. InsyaAllah beliau akan cool je menghadapinya.

....



Kesimpulan: Justeru itu, apa anda tunggu lagi?? Hahahaha (gelak poyo). Hubungilah mane-mane firma arkitek atau student architecture untuk berkenalan dengan mereka. Haha.

Friday, April 8, 2011

Bas Setop.


Studiomate aku semua panggil aku kucing gemuk sekarang. Ataupun garfield. Sedihkan? Huuuu.

Hari ni hari Jumaat. Hari yang menandakan bahawa aku telah tumpang motor orang naik pergi solat Jumaat dekat Pusat Islam UiTM, dan jugak balik naik bas wajib stop kat Seksyen 2. Mengapa seksyen 2? After solat Jumaat memang gerenti aku lapar. Dan jugak bas dalaman tak ada.

Tadi aku termenung di stesen bas dengan sebegitu lama,dan sekarang aku tersangkut di sebuah Cyber Cafe di Seksyen 2 yang dipenuhi dengan budak sekolah tak matang,budak India, dan jeritan pantat pukimak dan lancau gara gara DOTA buduh tu.

Pelik betul dengan orang yang gila DOTA. Aku tak faham kenapa orang suka habis. Left 4 Dead lagi best kot?

Tadi aku termenung dekat bas stop tu,aku terpikir macam macam. Dah la aku tersangkut kepanasan,dengan baju Melayu hensem hensem pulak tu. Gila panas dan gila lama. Macam macam aku terfikir.

Sekarang dah April dah. Dah lah aku dah naik umur 19 tahun. Dan sekarang ni aku dekat UiTM ambil Architecture? Hang biaq betui?

Tengok takdir Allah,semuanya sangat cantik Dia dah susun.

Aku teringat la,dulu masa aku dekat matriks,aku ingat lagi hidup aku tidak teratur,tak hensem janggut tak shave,kelas tak datang sebulan,separuh gila,dan tidak menentu gara gara putus cintan buduh dan harapan masa tu. Memang la. Ikut akal pendek,memang aku rasa macam semua dah tak ada lagi dah. Sekarang,walaupun semua tu masih dirasai sket sket,aku tahu kalau takda tu semua,aku tidak akan ada dekat UiTM ni. Bersyukur aku.

Masa pun rasa cepat sangat. Sekarang dah nak habis semester 1 dah. Lagi 2 minggu aku masuk final,dan sebulan lagi nak masuk review final. Okay. Memang sangat cepat. Budak budak matriks lak,Isnin ni depa dah nak masuk final PSPM dah.

Dan sekarang ni aku tengah menyirap tak habis dengan budak kecik tak sunat lagi cakap pantat kat komputer sbelah aku ni. Suara dah la tak pecah,bajet dah besar. Lempang nak tak?

Sebagai penutup kata,baru aku sedar aku masuk CC orang tak bertamadun rupanya. Budak sekolah,budak menggelabah jerit jerit mencarut padahal mimpi pun tak lagi,budak entah apa apa online pasang lagu sekuat alam,dan komputer cikai,semua kat sini. Fine. Aku keluar dulu.