.

Saturday, August 6, 2011

9 Definisi Cinta.

Ini adalah entry yang panjang. Buka minda dan baca sehingga habis untuk elakkan salah faham.


Baru baru ni aku tergodek entry lama aku. Cerita pasal Lovey Dovey dan Logik Bercinta tu. Aku rasa agak tak cukup. Sangat tak cukup. Dan memang,ada pihak yang mintak penjelasan lebih pasal ni.

So,here it goes again. Aku post mintak penjelasan Apakah Definisi Cinta secara random kat Sahabat Blogger. Nak mintak pendapat orang lain. Aku petik je dari orang ramai. Sekarang,aku explainkan logik Cinta yang aku dapat,based on these 9 definitions of Love yang aku dapat,serta ikut pandangan aku,dan berpegang kepada realiti.


Nak bagi cawan ni kat bini aku boleh? *blushing*



1. Blog Seth Tan
"Cinta bermaksud kita menerima seseorang itu sepenuh hati mengenai keadaan Zahir dan Batinnya,mampu mementingkan dorang dahulu sebelum kita,perasaan yang sangat kuat untuk mengabdikan hidup ini untuk mereka setelah kita mengenal diri mereka dan menerima sepenuhnya sama ada baik ataupun buruk."


Macam mana kau nak mengabdikan diri kau untuk balak dan girlfriend korang,kalau korang tidak memiliki dorang secara halal? Walaupun sekejap Cinta itu berputik sebelum berkahwin,memang,korang still tak mampu nak mengabdikan sepenuh hati. Betul tak?

Boleh ke korang nak apa apa dengan dorang before kahwin? Tak kan? Even though korang menjaga batas,Cinta korang tu pun,still tak sampai matlamat. Adakah sekadar perasaan yang korang rasa itu,Cinta?

Cinta itu tidak mencapai sepenuhnya. Kerana pengabdian diri kepada masing masing tu bukan 100%.


2.Cik Aan Raihan
"Love is not about finding the right person, but creating a right relationship.
It's not about how much love you have in the beginning but how much love you build till the end."


How are you going to create the right relationship with limited space and movement? Yeap. Limited tu,maksud aku,batasan. Kena jaga batas lah kan of course bila tak kahwin lagi. Bila korang langgar,yea,something will go wrong. Tak kira langgar batasan sikit sikit macam pegang tangan ke,apa ke. Something will go wrong.

Macam nak siapkan bangunan lah. Build dari bawah,sampai ke atas. Bila ada batasan, sama lah macam bangunan terbengkalai pasal ada limit. Ada material yang tak ada,so kena tunggu lah. Padahal kat atas tak siap lagi. Tunggu je bila nak continue nak siapkan.

Hasil? Kat bawah tu buruk dah,anjing datang lepak,pokok tumbuh sana sini,simen dah pecah pecah,Indon datang party apa semua kat situ. Sama lah macam Cinta yang korang build tu. Cinta yang start build sebelum kahwin tu akan dikotori.

Cinta selepas kahwin tu pulak macam bangunan yang disiapkan dengan sempurna stage dia dari awal sampai habis. Tak ada halangan membawa kepada tiadanya terbengkalai,tak ada pokok tumbuh,takda semak apa semua,semua berjalan lancar. Bangunan yang siap tu? Complete without any failure.


3. Mejuez,



"Cinta itu bagaikan lukisan,perlu dilukis,dihiasi,dinilai dan dihargai."


Kalau bercouple? Setiap perhubungan tu macam satu canvas putih. Batas adalah bagaikan bilangan pen. Bila bercouple,sangat banyak batasan. More batasan in a relationship,more batasan in drawing. Contoh,kurang pen nak melukis. Faham tak macam mana? Err,macam,apa benda tah proportional to bla bla bla tu. Dah lupa.

Dengan bilangan pen yang kurang tu,korang pun lukis lah sepuas hati,cuba lukis lawa lawa. Tiba tiba nak tukar pen lain tak boleh,pasal ada satu pen je. Canvas yang dilukis tu pun,tak siap. Lepas tu menyirap. Letak tepi.

Lukisan itu jadi lukisan separuh jalan. Tidak dapat dihiasi,tidak dapat dinilai,tidak dapat dihargai. Silap hari bulan,canvas tu kena koyak,buang.

Lukisan tidak dapat siapkan. So,Cinta tak menjadi. Yang betul betul komited tu,cari jalan nak siapkan lukisan dia tu. Pergi kedai cari pen. Keluar duit.

In real life,kira cari jalan nak nikah lah.

Kalau sudah bernikah, dikaitkan dengan definisi ni,macam, dah ada banyak Pen untuk buat lukisan tu. Boleh lukis sepenuh hati. Boleh hiasi sepenuh hati. Boleh tukar tukar pen warna warna untuk mencantikkan lukisan tu. Batasan adalah ditahap minima.

Lalu,terciptalah lukisan yang cantik dinamakan Cinta di atas canvas putih bernama Relationship.


4.Fahmi Mahat.
"#1: cinta melemahkan pencintanya , dan akan mengikut kehendak yang dicintainya
#2: dihadapan orang yang dicinta, kita merenung ke dlm mata, di hdpn yang dicrush + suka, kita tersipu
#3: cinta adalah harapan"


#1: Perkahwinan menguatkan antara satu sama lain,tidak melemahkan. Kerana apabila berkahwin,kehendak masing masing tu memang dah fulfilled. Tapi bukan pada couple. Still ada yang missing. Seriously.

Mengikut kehendak yang dicintanya? Kalau dapat pasangan yang kehendak bukan bukan sebelum kahwin,kau nak fulfill ke? Kehendak agama mau letak mana? Kantoi lah yang bercouple tu tak tinggikan agama.

#2: Aku pernah baca dulu,tapi hilang sumber. Dia kata "Merenung wanita yang bukan mahram secara berpanjangan umpama merogol wanita itu". Correct me if I'm wrong.

Kau nak "rogol" orang yang kau Cinta tu? Sanggup ke? Kalau kau claim kau Cinta,kau takkan sanggup.

#3: Harapan tetap harapan. Kena berpegang pada Realiti jugak.

"Frustration is the difference between Hope and Reality." - John C Maxwell.


Dalam realiti,apa apa pun boleh berlaku. Bila bercouple,bila bila boleh clash. Dalam dua hari boleh ada balak baru. Takda waktu idah,takda apa semua. Bila Cinta selepas kahwin? Harapan dan Realiti adalah sangat terpelihara. Paling teruk pun,harapan itu hancur sekejap,ada waktu 3 bulan untuk berfikir lagi,mewaraskan akal.

Kerana ikatan yang sangat kukuh dah ada.


5.Miss Nurul.
"cinta itu kawan :) haha ayat cite kuch2 hota hai :))"



Kalau dah kahwin,lagi banyak kita mampu share. Aku repeat, MAMPU share. Pasangan tu yang lagi tahu serba serbi pasal kau,tahu baik buruk pasal kau. Lalu,dia lah yang jadi kawan sejati kau.

Pasangan = Kawan Sejati
Cinta = Kawan
Pasangan = Cinta sejati.


Kalau belum berkahwin,admit lah kan,yang dah tahu segala baik buruk tu,gerenti ada langgar batasan agama. Gerenti. Tak banyak pun,sikit. Kerana malu itu sudah berkurangan yang amat. If so,mana korang letak agama korang kat hati korang?

Matematik kat situ! Jangan asyik nak kira No Study = No Fail je.

6. Cundaa.
"cinta yg ikhlas datang dari hati yang suci..
cinta untuk ALLAH, taat perintahnya,
cinta untuk manusia, jujur dan setia kepada sidia.
c=cinta
i=itu
n=nikmat
t=tAPI
A=awas.....jgn buta kerana CINTA"



Apabila Cinta untuk Allah tidak ada,kita tidak akan taat perintahnya. Kalau tidak taat perintahnya, mana mau dapat hati yang suci?

Kalau tidak ada hati yang suci,macam mana nak bercinta dengan ikhlas?

Apabila tidak ada keikhlasan,macam mana nak Jujur dan Setia kepada si dia?



Semua sangat sangat berkait kalau tengok betul betul. Alah,kalau couple memang gerenti ada langgar punya perintah Allah,secara sedar tak sedar. Paling paling pun,bergayut sampai hati jadi bubbly. Betul tak? So,fikir balik ikut definisi Cinta ni.

Adakah anda berCinta dengan suci sebenarnya kalau bercouple tu? Kalau Cinta mula selepas kahwin,memang gerenti suci.


7.Azizah Alwi.
"Love is like handling a gun, having them to point at your heart and trusting them to never pull the trigger.itu definisi cinta bagi aku.haha"


Kalau bercouple,memang gerenti bila bila korang akan clash. Gerenti. Bila clash tu,pasangan tu yang akan tembak hati korang. Kalau berkahwin? Aku tak cakap dorang tak akan tembak hati tu. Tapi probability tu adalah sangat kurang. Kepercayaan tu pun adalah sangat banyak terhadap pasangan.

Pasangan yang berkahwin akan fikir masak masak,fikir dalam dalam,untuk tembak hati orang yang pernah dorang share hidup bersama tu.

8.Nyamuk Terbang.



"cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan..wlau pedas hingga mengalir air mata masih mahu dimkan jua"


Sambal Belacan tu nikmat. Pedas tu adalah perasaan. Bila pedas,of course lah cari bahan nak hilangkan pedas kan?

Bila bercouple. Sorang hujung sini,sorang hujung sana. Korang pedas kat hujung sini,bahan nak hilang pedas kat hujung sana. Korang pun pergi lah hujung sana nak bagi hilangkan pedas. Tak pun,at least,contact lah kan.

Tengok tengok nanti,korang akan ada wujud satu jurang kat situ. Jurang tu ada pasal korang bercouple. Memang. Gerenti punya. Jurang tu memang akan ada. Kesan? Pedas tak dapat nak hilang betul.

Perasaan yang mengalirkan air mata tu,tidak mampu hilang sepenuhnya. Muncullah pendam,sakit,etc etc.

Kalau cinta selepas kahwin? At least lah kan,at least,senang je nak capai bagi hilang pedas. Bahan nak hilang perasaan yang mengalirkan air mata tu,ada selalu dengan korang. Sentiasa untuk korang. 24/7 devoted dengan korang. Kalau pedas menangis nangis tengah malam,boleh kejut tengah malam.

Tidak ada kesan perasaan "pedas" yang terkumpul dalam hati. Muncullah hidup yang hasil dari hati yang bersih 2.0

Selalunya perempuan lah yang "mencari tempat dan bahan menghilangkan pedas". Bila ada tu,di situ tempat bergantung dia. Seriously.

9.Mat Lanchang.
"Cinta = Sesuatu yang kita sayang"


Kalau kita sayang sesuatu tu,kita mesti jaga dia elok elok,betul tak? Come on,sayang handphone,jaga handphone. Tak sayang,campak handphone kat anjing. Sayang kereta,bawak carefully. Tak sayang kereta,bawak macam haram.

Macam mana kita nak menjaga betul betul seseorang yang belum halal tu,untuk lead a good life together? Paling paling pun,memang akan ada terkumpul sedikit dosa tu kat situ. Paling paling lah kan. Itu sedikit sebanyak,korang dah mengotori dah diri dia.

Mengotori dia,sama lah macam bagi calar sedikit je kat kereta korang. Sedikit je. So,adakah korang tu menjaga dia? Menjaga tu always come with Sayang. Automatik. Tak dapat dipisahkan.

Pak Jaga pun sayang tempat yang dia jaga tu.

Kalau cinta bermula selepas kahwin,dapat jaga habis dari A to Z. Sehabis habisnya. Kalau couple, A to F. Pastu skip beberapa huruf. Pastu start balik J to M, dan seterusnya.



Nampak tak logik dia macam mana? Sekali lagi,logik akal Cinta yang datang dari definisi secara sekular ni pun,memang akan tunjuk kepada kahwin. Seriously. Nampak sangat tak ada guna kalau bercouple couple,nak claim korang "Cinta" sebelum kahwin sebenarnya. Tidak logik. Tiada logik. Kalau ada pun,still tak lengkap lagi,dan perkataan "Cinta" yang korang claim tu,bukan sampai tahap Cinta yang betul lagi.

Memang guideline Islam tu sangat perfect dengan menyuruh,seseorang yang jatuh hati kepada wanita tu,terus berkahwin. Selepas berkahwin itu lah bermulanya Cinta. Di situ korang nak mula build the relationship to the max. Tak ada tangguh tangguh,limit sangat kurang.

Orang sekarang ni ramai confuse between Nafsu and Cinta. Sampaikan tiap tiap hari dok cakap Ailebiu ailebiu kerana ada muncul satu perasaan dalam diri tu. Tu bukan cinta namanya. Tu nafsu. Bila itu yang diikutkan,habislah hancur Cinta yang korang cuba nak build tu.

So,think again,adakah sebenarnya korang sedang dok layan Cinta,ataupun "Cinta"? Jikalau anda masih ingin kuat meneruskan dengan cara Cinta sebelum couple tu, bermaksud minda anda dijajah Sekularisme. Seriously. Ingat,Cinta,Nafsu dan Jatuh Hati adalah perkara berbeza.

Macam sekarang. Aku bukannya cintakan Lisa Surihani. Tapi sekadar jatuh hati. Ehem. Dia comel.

Fikir fikirkan.


P/S: Ribuan terima kasih ditujukan khas kepada semua yang membantu aku dalam berikan definisi ni. Hehe. Sangat sangat. Terima kasih sangat sangat. Kat sini,aku backlink terus ke blog korang.

To readers,jangan lupa visit blog dorang sekali okay :D

12 comments:

Haikal Blank said...

wooh, gua support azizah alwi punya definisi. Aku pernah dengar ayat tu dan aku sangat suka. hehehe cinta sesama manusia itu virus terlarang. sekali dijangkiti, susah nak sembuh. :D

Kucing Serius. said...

Kan? Aku pun suka. Unik doh. Ganas gitu.

Ni mesti cinta cara gangster niiii

SLeM said...

couple = mengarut la ye =P

Abe Goreng said...

Cinta itu buta, sebab tu orang bercinta suka meraba-raba.:D

UPDATE: Hah! Memang betul la tu!!!

Unknown said...

cinta itu punyai byk tafsiran.. semuanye bergantung kepd kita utk mengatakannye.. :) ttp cinta kpd illahi adalah cinta yg kekal abadi.. :)

adysuR said...

Aku pon suka no. 6 tu. Luar kebiasaan. Hoho.

Kalau nak kenal cinta itu indah maka jangan bercinta sebelum kahwin. Dikhuatiri mengenal cinta membawa kekecewaan ;)

Primadona said...

wah..terima kasih kepada yang suka dengan Azizah Alwi punya defini cinta tu.Sayang korang lebih.haha.. :P

Fahmi Mahat said...

definisi cinta, kalau kita tetap sarcastic atau cuma fikirkan comparison cinta sblm vs slps kahwin, tadek gunanya juga sdr author =)

semua yang saya define tu, mmg dari perspektif cinta lepas kahwin.

untuk yang #1:
a)pernah tgk isteri yg sayangkan suaminya, yang slalu aje pukul dia, tapi at the end, bgtau , dia still syg isteri dia?

itulah cinta. melemahkan isteri untuk percaya segala2 kata suami, yang dicintainya.

untuk yang #2:
lelaki lebih mudah suka berbanding cinta. sbb itu suami, waktu meluahkan sesuatu yang dia suka, dia lebih cenderung untuk tak tgk muka. tapi bila dia bersunggguh2 nak concern, dia akan tengok mata wife dia dalam2, dan bgtau, "yes, indeed, aku nak kau tahu aku syg kau, sbb tu aku bertanggungjawab untuk semua ni. please tell me that it is ok." mcmtulah

untuk yang #3:
cinta adalah harapan, this is THE reality. berapa ramai org yang nikah dan harapkan pasangan nya berubah, selepas nikah? itulah Harapan. malangnya, tak semua harapan jadi kenyataaan.

eg: suami hisap rokok, sblm nikah , kata nak berenti. cinta punya pasal, terima juga offer nikah. lepas nikah, still merokok.

so, nilai cinta, ada, selagi mana si isteri mampu berharap suami akan berhenti.

terima kasih apapun, sbb tag dalam entri.

yang respon,
<a href='http://fahmimahat.blogspot.com">FahmiMahat</a>

p/s: if you step into others' shoes, make sure it is with the size of yours.

Nyamuk Terbang said...

aku suka nmbr 6...siap ad definisi
btw thanx for backlinks :)

Unknown said...

hmm istilah cinta ni sgt subjektif. macam2 definisi boleh keluar.

ya, aku juga suka dgn definisi cinta oleh azizah alwi. sgt mendalam maksudnya.hbungan yg blum halal itu bile2 akan terlerai tanpa berfikir panjang tdk sama sprti psgn yg berkahwin. :)

Kucing Serius. said...

Wow. Ini memang sangat panjang. Yeap,mungkin untuk cinta lepas kahwin. Thanks dengan komen anda yang sangat sangat membuka mata. :)

Cuma,dalam entry kali ni,aku cuma nak menjelaskan mengikut logik general. Logik yang orang ramai,orang umum lihat dulu. Dimana mereka memang akan melihat konteks Couple itu memang ada logiknya,mengagungkan Cinta monyet,dan sebagainya.

Hence,these are all the definitions that I tend to find out based on common perspective towards love. They tend not to find any logics regarding Islamic guidelines of loving.

Honestly,I do support your statements here in your comments. Just,again,that is from the other,perspective. Where you defining it from Cinta Selepas Kahwin. I respect that.

Remember again,try not to go directly to what is right first. What am I stating here is the definition of Love from the general perspektif.

Kira,tengok secara overview. Common sighting between dorang yang couple dan kahwin.

Regarding your points tu,here's something for you to share with.

#1.Selalu pukul. Kena ingat balik,adakah itu mengikut guideline lain dalam Islam? Adakah dia memukul untuk mendidik isteri itu?

Kalau selalu je pukul,itu bukannya cinta. Too much of weakness doesnt bring happiness in love.

Love in Islam will actually lead a perfect life altogether,if you look properly into the other tuntutan agama as well. Semuanya sangat berkait. Ikut semua,tak langgar perintah,semuanya cantik. Pukul pukul pun bila ikut waktu yang perlu.

#2.Yeap. Agree totally. Tetapi kalau dalam konteks bercouple,it is already a sin kan. Kalau dah berkahwin tu,memang gerenti lah boleh nak buat. Ye dak? Yang disebut kat atas tu,merupakan konteks couple. Aku tak nyatakan konteks di atas.

#3. Yes. Agree. Cinta wajib datang dengan harapan. Tetapi,itu kalau tengok dari satu je harapan. Kalau tengok banyak banyak harapan altogether? Of course,kalau seseorang tu cinta seseorang,mesti ada lagi harapan dia yang lain kan?

Harapan untuk kekal lama,harapan untuk hidup bahagia. Betul tak?

Tetapi kerana tu semua orang ramai tak berpegang kepada realiti. Langit tinggi cuba untuk dicapai,dilupakan tanah yang dipijak.

Again,what I stated is based on love through general context,the common view. Based on coupling punya view,based on young minds sekarang ni :)


Ps. Maybe it is not the same size. But to comfort in the shoe,impossible is not in the dictionary.

sYafIk-wAy said...

ko masuk dalam blog aku pastu baca entry tentang berhati-hati memilih jodoh . hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...